Jom Follow

Khamis, 3 November 2011

Tokey Mid Valley


"Saya berdagang dan membina sesuatu. Inilah kerja terbaik yang saya lakukan," inilah pemikiran lelaki yang membawakan kepada kita Mid Valley City, projek gargantua yang terdiri daripada 8.78 juta kaki persegi ruangan utk disewa dan boleh menempatkan 16,000 kenderaan. Dengan lebih daripada 430 buah kedai dan 5 setengah tingkat, projek ini memberi rakyat Malaysia peluang untuk berjalan kaki sejauh lima kilometer sambil membeli belah.

Tan juga pernah digelar Encik Kos Rendah (Mr Low Cost) dengan pembinaan projek rumah murah yang pertama untuk rakyat berpendapatan rendah di kampung Kongo, Cheras dengan kos RM5,000 seunit. Kemudia beliau digelar Mr Kondo pula kerana membina kondominium dan pangsapuri hotel (hotel apartment) yang pertama di Malaysia. Bukan itu saja, beliau juga diingati dengan mercu tanda lain yang dibina seperti bangunan Queen Victoria dan Capitol Theatre di Syedney, Australia.

Seorang yang yakin sepenuhnya bahawa di dalam perniagaan, "anda perlu buat apa yang perlu dan bukan apa yang anda mahu buat'" dan sering mengikut akal pikiran apabila menyatakan," Anda tidak boleh membuat kerja yang anda bendi selama-lamanya," Tan pernah melakukan pelbagai pekerjaan daripada membekal makanan kepada unit askar hinggalah menjual insurans, sehinggalah beliau mula melakukan kerjanya yang terbaik, iaitu pembinaa hartanah. Di sinilah beliau meninggalkan kesannya dan memenangi anugerah pertama Tokoh Pembinaa pada tahun 1992 (Property Man of the Year Award) daripada Persekutuan Hartanah Antarabangsa, bahagian Malaysia.

Bapa pengasas Tan & Tan dan IGB ini juga terkenal dengan pencapaiannya di luar dunia perniagaan. Tan pernah memenangani tiga piala Melbourne dan seorang ahli Dewan Kenamaan Lumba Kuda Australia ( Australia Racing Hall of Fame). Beliau juga dilantik sebagai 'Commander of the Legion Grandmasters' dan pernah menjadi Timbalan Persekutuan Catur Antarabangsa.

Aku petik dari buku 'bicara wang bersama gergasi asia'.

Ini pulak buku pasal Tan Chin Nam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger