Makan tengah hari di Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Bandar Puteri Puchong. Dah 2 kali keluar paper. Tu yang datang. Nak rasa sedap ke tidak. Sesuai dengan selera aku ke tak. Saja datang lewat-lewat sikit. Tak nak berebut dengan orang rehat tengahhari. kita ni kerja sendiri, bila-bila boleh makan. Hari selasa dah pi, masa tu belum buka lagi. Pagi lagi kot hari tu. Hari ini tak lepas peluang. Ternyata tak dikecewakan. Memenuhi selera aku. Rasa nak pi lagi lepas ni. Tak jauh dengan Giant, Bandar Puteri. Boleh nampak dari jauh lagi. Tepi jalan pulak tu. Nak masuk mudah.
Macam-macam ada... |
Pandangan dalam restoran. |
kaunter bayaran. |
Mana satu pilihan hati. kena tunggu 45 minit sehingga 1 jam. |
Belut pun ada. boleh pilih mana yang mahu.besar atau kecil |
Cdm Kartini. |
Licin. sedap. boleh datang lagi. lewat-lewat sikit, kalau tak ramai orang. kembong dan cencaru serta limpa goreng berlada. |
Salah seorang pekerja. Asal dari Bangladesh. Dah 3 tahun cari rezeki di bumi bertuah. |
Sekinchan Ikan Bakar. lebih kurang seminggu buka. |
Nasi lemak pun ada. Gerai kat bawah. |
pandangan dari jalan raya. parking mudah dan banyak. |
tak rugi pergi tadi. orang cina pun ramai. kena menunggu sikitla. tempat bakar pun banyak. sambal sedap. kicap pencicah pun ok. jom ramai-ramai serang sekinchan ikan bakar. lain kali kena bawa anak-anak pulak. biar mereka merasa ikan bakar pulak. tak payah gi jauh-jauh lagi. tempat sedap dah ku temui.
dengar cerita pn dh terliur..
BalasPadam