Jom Follow

Isnin, 3 Januari 2011

berakit-raki ke hulu.


Salam.

hari isnin,
hari ke3 tahun 2011,
hari pertama persekolahan.
hari paling sibuk buat ibubapa yang anak-anaknya masuk tadika, tahun satu dan tingkatan satu. ada ibubapa yang terpaksa ambil cuti, demi anak-anak. 
tak sabar nak masuk kelas.




Anak siapa ni. ibunya mana. cari prospek ke?


kami pun pagi-pagi lagi dah hantar anak ke SERI ABIM di BBB. nak pastikan anak dapat tempat di hadapan sekali. jam 7 kami dan sampai sana. tahun ini, anak sulung kami menduduki peperiksaan UPSR. tahun kena lebih rajin, tahun kena lebih tekun. kerap terjadi bila anak-anak ada peperiksaan sebegini,ibubapalah yang paling sibuk, mengalahkan anak-anak. kemahuan yang tinggi nak melihat kejayaan anak-anak mereka. ada yang sampai hentikan semua aktiviti lain, semata-mata tumpu sepenuh perhatian pendidikan anak-anak. hantar dan ambil anak-anak ke pusat tuisyen saja kerjanya. bertuanhya anak-anak zaman sekarang. pendidikan mereka diutamakan. ada ibubapa terpaksa potong perbelanjaan lain demi melihat anak mereka dapat mengikuti kelas-kelas tuisyen. bukan murah pulak tu. malah yang hantar anak-anak ke kem-kem motivasi. tak apa demi masa depan anak-anak. masa depan yang penuh gemilang. memiliki ijazah, master malah memiliki PHD. memiliki pekerjaan yang hebat dan berdapatan tinggi. senang kehidupan nanti.

senario hari ini, amat membimbingkan. peluang pekerja tak banyak. bidang-bidang tertentu saja yang ada jaminan pekerjaan. lain-lain bagaikan tertutup. mesti cipta kerja sendiri. kerja sendiri, biasanya usahawan. meniaga. anak-anak perlu didedahkan dengan semangat keusahawanan. kalau tak, graduat je, tak ada kerja. tak tahu nak buat apa, padahal diri amat berpotensi untuk berjaya.

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renag ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senag kemudia.

ini pantun lama. terpikir juga, sampai bila nak berakit-rakit. bila pulak boleh berakit-rakitnya.

mungkin situasi berikut;
  1. ibubapa dan guru, nasihatkan anak dan pelajarnya. belajar rajin-rajin, belajar dengan tekun. berjaya dalam upsr dan pmr peperiksaan dapat masuk sekolah berasrama penuh. berjaya dalam spm, dapat masuk universiti terhebat.
  2. ibubapa dan pensyarah, nasihatkan anak dan pelajarnya belajar rajin, tekun. usah bazirkan masa dengan aktiviti yang tak membantu menjadi hebat. bila tamat belajar dengan kelas satu, mudah dapat kerja. malah kerja akan cari kita.
  3. bos, nasihatkan pekerja baru, kerja kena rajin, ikut arahan. senang naik pangkat. gaji pun naik.
  4. leader mlm, nasihatkan dlinenya. mula-mula masuk mesti kerja teruk-teruk sikit.kena rajin buat appt. kena datang kelas, kena banyak bekorban. dah berjaya nanti kerja tak berapa penat. masa kerja dah kurang. masa free makin banyak.
  5. pada mula bina perniagaan. mesti berakit-rakit dahulu. kena kerja sampai 14 jam sehari. kadang-kadang balik rumah, kadang-kadang tidak. demi kejayaan perniagaan. tak percaya orang berjaya. boleh baca biografinya. 
itu beberapa contoh. jadi sentiasa kena berakit-rakit. bila berjayanya. kejayaan adalah proses dan bukannya distinasi penamat kita sebenarnya. 

MLM pun sama. bukan boleh goyang kaki, duit masuk. bukan boleh kaya dalam 2,3 bulan. income boleh jadi 4,5 angka tapi belum stabil. tak boleh mengaku dah berjaya. tak boleh mengaku dah cemerlang. kena lihat dalam jangka masa panjang. kalau income stabil, dah dikira berjaya. sebenarnya meniaga mlm,boleh jadi kaya kalau kena gayanya. setakat income besar, tak membawa kita kearah kekayaan sebenarnya. masuk banyak, keluar pun banyak. jadikan mlm sabagai batu loncatan untuk bina kekayaan. dapatkan pasif income. dari rumah sewa, rumah kedai, network yang kukuh, ladang-ladang, bon-bon dan sebagainya. 

berakit-rakit ke hulu. kena tahan nafsu. ingat kesenangan masa depan dan bukan kepuasan masa kini. ramai yang sangkut, bila meniaga ada masalah sikit. simpanan tak cukup banyak. belanja besar setiap bulan sehingga tabungan tak cukup besar. semua nak beli, semua nak ada, semua nak miliki. 

beli kereta dah cukup. bagi orang konfident. lkita pun tak penat jalan jauh. lain-lain tu,tunggu dulu. rumah, motor besar, jam mewah, kasut mahal-maha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger