Jom Follow

Jumaat, 21 Januari 2011

Kawan2


Salam

jumaat
21/1/11
hari ke 21.

tadi malam. sempat jumpa kawan-kawan, sambil makan-makan. dah lama tak jumpa, teringat pulak. dah 3 tahun kot tak bertemu. kawan mengajar sama dulu. masih seperti dulu.anak dah 4 orang. kali terakhir aku jumpa masa anak 2. masa baru pindah sekolah. pindah ke sekolah menengah teknik sepang. sekarang ni pun masih mengajar kat sana.
 
dua-dua ngajar sana. aku puntak tahu kenapa. tetiba je teringat teman-teman lama. mereka ok. tak seperti sesetengah orang tu. kalau nak jumpa je,takut nak ajak meniaga. ada je alasan nak mengelak. tak apa. jumpa saja.bukan nak ajak meniaga pun. sekadar makan-makan dan bertanya kabar.
ramai lagi yang perlu aku jumpa. sekadar bertemu mata. kenang semula saat bersama dulu-dulu. sama-sama mengajar. 
 
makan pun kat sungai merab. kedai atas bukit. nama puntak tahu. main masuk je. makanannya pun boleh tahan. sedap la.

lepas tu aku singgah di Precint 15. minum kat ali bistro. ramainya orang. muda-muda. dok lepak. berfb dan sembang-sembang. ada juga lepas main futsal. apa istimewa kedai mamak. sentiasa ramai orang. kedai melayu, sepi je.kalau ada pun 3,4 orang. kenapa? makanan pun tak sedap sangat.
 
kat situ aku jumpa pengetua aku dulu. dah lama tak berjumpa. orangnya baik, walaupun berpangkat besar. banyak benda sembang. dapat ilmu dan semangat untuk terus berniaga. dah 23 tahun makan gaji dengan kerajaan. berkira-kira nak berniaga. kerja dah lama. masih cari sesuatu untuk kerjaya lepas pencen nanti.



keluarga bahagia.

pernah ikut meniaga. tapi tak lama. ada je halangan. mana tahu lepas ini, nak teruskan semula. mana tahu. kemunculan kali ke 2 lebih menjadi. rezeki orang mana kita tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger