Jom Follow

Jumaat, 28 Januari 2011

MLM6; UTARA

salam.

jumaat
28/1/11
hari ke 28.
Masih awal pagi. Belum tidur. Tak mengantuk. Tidur petang. Balik dari Melaka. Terlena, walaupun dah petang. jadi malam susah nak lelapkan mata. berjaga sambil menghabiskan novel Ryyan Fantasi. sepatutnya dah lama khatam. kehilangan. tak jumpa cari. salah letak kot. balik KK. ada kat meja. sambung bacanya. buku yang menarik. sedikit misteri. Ramlee Awang Murshid. penulisnya pandai olah cerita. tertanya-tanya apakah kisah seterusnya. terpaksa hentikan. kena tidur. tak megantuk, terpaksa. nak bangun pagi. dah berazam nak solat subuh di tempat azan dilaungkan. istiqamah bangun pagi. malu nak cite, tapi syukur Allah masih bagi peluang buat aku. bersolat jemaah subuh. terlalu besar pahalanya. lebih awal lagi bangun, solat tahajud juga. kadang sempat, kadang tak sempat. tak apa asalkan sempat solat jemaah di surau.

petang tadi, kami ke Melaka. jumpa prospek stranger. kenal melalui dunia IT. sekadar jumpa berkenalan dengan sedikit ruang cite Akademi Taipan181. teruja dan mungkin bergabung dengan kita semua. tak sangka. kami jumpa di Maidin MITC.
hairan aku. selalu ke MITC, tak nampak pun Mydin. tiba-tiba hari ini tersegam hebat dekat dengan MITC. Mydin juga medan pertemuan kami.

Asam pedas juga yang dicari. malas nak cari kedai lain. sini pun boleh. tapi sayangnya ikan pari, dah lama.buruk dan berbau. harap tokey ubah sikit. guna ikan segar lagi kaw-kaw. ikan kembong ok.

Cdm Kartini
malamnya kami ke USJ Taipan. hantar barang. terus ke KJ. makan sikit. dan balik rumah. itulah rutin kami semalam.
itulah seronoknya buat mlm. kerja pun tak sama dengan kerja cikgu dulu-dulu. masuk 7.20 am dan balik 3.30pm. itu pun kalau tak ada koko dan kelas teuisyen. kalau ada jam 6.00pm baru balik. sampai rumah dah gelap. syukur juga, aku dah terlepas rutin tersebut. kalau tidak, parah kerjanya. terutamanya awal tahun.

Buat mlm. dah 10 tahun. masa kerja, aku yang tentukan. jam berapa nak jumpa prospek. berapa orang aku nak jumpa. kalau 1 orang, cepatlah boleh balik rumah. kalau jumpa 2,3 appt, lewat sikit balik. tapi kalau 3,4 tahun berniaga, masih kena pulun lagi. tak boleh kerja sambil santai-santai lagi. network belum mantap lagi. kami pun masih belum mantap. tapi sedikit kurang kerja. bukan tak kerja langsung, tapi ada masanya kami giler-giler buat dan ada masanya kami santai-santai.
esok mungkin kami ke Alor Setar. hadiri kelas kat sana. dah lama tak tunjuk muka. hari ini, kami akan sampai. belajar dengan orang utara dan berkongsi kisah kejayaan. mana tahu dengan kehadiran kami, warga AT181 utara makin bersemangat. makin fokus pada meniaga. makin meletup-letup meniaga.  bisa bertahan walaupun jauh dari KL. bagaimana mereka memotivasikan diri mereka. terus bertahan dan terus berniaga. ikan temenung. dah lama tak belasah. pagi sabtu kami akan belasahnya sebelum balik KL. Insyaalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger