Jom Follow

Selasa, 18 Januari 2011

Perjumpaan Cdm, malam ini...inilah catatannya.


Salam.

selasa,
18/1/11,
hari ke 18,
 
baru balik dari Hospital Colombia. pemeriksaan rutin. maklumlah dah sarat. lepas makan pagi. kena ikan kembong bakar, cicah budu. berbaloi-baloi.

hari yang hebat. hari yang dinanti-nantikan. malam ini kelas AT181 di USJ Taipan.
 
ramai yang dah tak sabar. nak bawa orang baru. ada yang nak suntikan semangat.
 
kelas akan bermula jam 8.45pm. sila datang awal, habis pun awal.
 
ada juga yang menyampah dengan hari selasa. upline call, ajak gi kelas. rimas/malas/menyusahkan. 
orang baru lagi suka datang. pengalaman kelas mlm biasanya habis lewat dan sampai rumah lagi lewat. esok nak gi kerja. ini penyebab orang tak suka datang kelas. kita ubah, mula lebih awal dan habis pun cepat. orang lagi ramai akan datang. jom, pakat-pakat datang awal. tak rugi. tandanya kita serius meniaga. kita serius jaga meniaga.
produk ajaib. boleh tengok. boleh lihat. boleh rasai perbezaannya. 
tak rugi dapatkan satu untuk kegunaan keluarga.
BF.

semalam ada perbincangan pasal seminar sabtu ini. tak ramai cdm yang datang. masing-masing sibuk bekerja. masing-masing sibuk berdemo. keadaan berubah. dah rancak. tak menang tangan. ada je, orang nak demo dan didemo kan. Syukur. kemeriahan muncul kembali. 
mereka yang datang tu bukannya tak bekerja, tapi kerja dah habis. demo pada siang hari je semalam. 

Tetap bekerja. Walaupun dah sarat. Meniaga terus jalan. Banyak lagi impian belum tercapai.
Seharian bekerja tetapi semangat tetap utuh.
Bersila pun jadi asalkan dapat sesuatu. Nak booomkan market.
Cdm pun kena hadiri kelas juga. Kena kreatif. Baru meniaga boleh jadi dan bertahan lama.
semalam juga dibentang semula misi dan visi AT 2011. lebih detail sikit. lebih jelas lagi, kalau nak dibandingkan semasa seminar Cdm baru-baru ini. ditunjukan target-target yang mesti kita capai. kalau capai, semua orang pasti dapat manfaatnya. bukan hanya AT je yang beruntung. semalam juga diajar bagaimana nak baca level sales. bagaimana nak dapatkan SMD bonus,agar tak terlepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger