Salam.
Rabu
19/1/11
hari ke 19.
sambung cite pasal kawan.
member.
geng.
ggu.
meniaga ini. orang yang kita kenal, cari dulu. orang yang biasa dengan kita ajak dulu. orang yang selalu kita temui, pelawa dulu. tapi kalau dah selalu ajak. buat macam-macam. kawan-kawan pun dah tahu. call je, pasti ada benda nak jual. apa kena buat. call juga. nak ok. tak nak. next.
sesetengah tu, mulai meniaga. mesti cari kawan.korek kawan sampai lubang cacing. dok ceruk mana pun cari. ajak berkongsi peluang. jauh pun pergi. buat-buat sesat jalan pun ada. jujurlah. jangan sampai menipu.
apa salahnya, cari dulu lingkungan dekat-dekat dulu. senang nak servis. senang nak bekerjasama. senang nak berdemo. mudah nak datang kelas. kalau nak tinggal, tak ada masalah. kalaulah jauh pun, kat tempat kawan kita tu dah ada kelas ok lagi. boleh ke kelas tersebut.
ada lagi kes, remote upline. suruh upline je yang pergi. teruk lagi, upline pulak yang kena servis.
kalau jauh. kos pun bertambah. baru join, bonus pun belum besar lagi. ilmu pun belum mantap lagi. kita nak berdemo pun masih ajak upline. masih lagi terikat dengan kerja. mana mampu selalu keluar jauh-jauh. pergi, kawan join, tinggal. tak apa kalau kita jenis ni. kawan masuk, mesti jayakan mereka. kalau sebulan sekali jumpa. sebulan sekali bantu demo. bila akan pandai kawan kita tu. kita yang hari-hari demo pun susah nak mantap skill.
kadang-kadang pelik. baru join dah habis kawan. sibuk nak cari stranger.tapi malu. tapi segan. kawan ramai lagi. cari dulu.
ada juga yang nak ada sesuatu dulu, baru nak ajak kawan. senang ikut kot. nak ada kereta dulu, baru ajak kawan join. nak ada cek besar dulu, baru jumpa kawan. susah kalau gitu. kawan ikut, kerana peluang yang kita bawa. cite dengan penuh kesungguhan. biar dia nampak peluang buat duit. bukan nampak kita. bukan ikut kerana kita dah ok. tapi biarlah kawan ikut kita pasal peluang yang kita bawa. belum jadi, tapi yakin dengan peluang.
kalau masuk ikut kawan. kawan berhenti kita pun berhenti. kawan tak datang kelas, kita pun tak datang.
kawan tak datang seminar, kita pun tak datang juga.
kalau masuk kerana nampak peluang.
upline mati, apa kita peduli.
upline tak datang kelas, apa aku kisah.
upline tak datang seminar, apa aku heran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan