semalam, semasa berada di KK. sempat juga jenguk-jenguk pasar ikan kk. pasarnya bersih dan tak bising. tak seperti pasar borong selangor. pekik sana, panggil sini. bising. kat sini, penjualnya tak panggil pun pembeli, mereka tahu pembeli akan datang juga kat lot mereka. muka ceria, tak mengantuk. kalau pasar borong selangor, muka tak ceria,jelas nampak kurang tidur. tak berebut-rebut pelanggang. ikan pun segar-segar. sedikit mahal kalau nak dibanding dulu-dulu.
|
amat berbeza saiznya, yang kecik tu biasa kita makan kat KJ. besar tu pertama kali tengok. besar tu RM5 perkilo. |
|
Ikan buntal. boleh makan ke? orang kata bahaya... |
|
Besarnya sotong.... sotong pisang namanya... |
|
Gaya-gaya penjual ikan. |
|
Suasana pasar ikan KK. dah tak ramai. kami gi pun dah lewat. jam 10am. |
|
Telur ketam.... mengancam... |
|
Udang.... rm 60 sekilo. kat kl berapa? bukan yang bela, ini laut dalam punya tangkapan, sebab tu mahal. |
|
Cdm Muhamad Razali bersama ikan tuna. besarnya..... ini hasil pancing di laut dalam. sekali pergi selama 5 hari baru balik. ada yang 78 kg, 71 kg. sekilo harga rm 8.50. seekor harganya cecah 5,6 ratus rialllll.tapi kena berjuang dilaut lepas....ada yang dieksport ke Jepun. |
|
Depan pasar ikan KK. dsm tam yang bawa kami. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan