Salam.
jumaat,
21/1/11,
hari ke 21.
hujan lebat. dari jam 5pm sampai 6.40pm. ingatkan nak berbasikal, putar-putar kinrara. rehat petang ni. pagi tadi, lepas solat subuh aku dah pusing-pusing. lenguh paha bila mendaki bukit. lama-lama ok la tu. susah/sakit/lenguh hanya peringkat awal je. bila dah biasa nanti dah tak rasa apa-apa. tapi hari-hari kena lakukan.
hari ini aku solat jumaat kat masjid seri petaling. masjid biasa aku bersolat jumaat. jam 12 dah aku ke sana. melantak dulu. gerai-gerai banyak disekitar jalan masuk.
hari ini makan nasi biryani kambing.
sempat duduk dengan stranger. namanya Encik Nasir.
aku lihat dia duduk sorang-sorang, jadi apa lagi. terus ke meja dia. lama juga dok sembang. pasal kerja, pasal anak-anak, pasal latarbelakang keluarganya. orang yang senang diajak sembang.
asal rantau panjang. 1984 dah datang KL. cari rezeki. kat kampung dulu-dulu, bawa beras ke kelantan. masa tu keretapi malaysia masuk sampai rantau panjang. bila perkhidmatan tersebut ditamatkan. dia berhijrah ke KL.
sekarang ni menetap di Bangi Lama. anak-anak 5 orang. 1 lelaki, lebihnya perempuan. masih belajar seorang je lagi. sebelum berpisah, dia mintak no fon aku. dia cakap nak call. bukan apa, hari ini fon aku tak bawa. terlepas peluang. dia pun dah tahu pasal hai-o. pasal penapis air. tapi aku cite, pasal meniaga ni, aku buat dah lama dan dah berhenti kerja pun. nak yakinkan dia, meniaga ni ada masa depan kalau betul-betul buat. buat dengan kesungguhan, ketekunan dan kesabaran.
lepas tu aku ke gerai jual baju. nama dia roslan. datang dari kelantan, semata-mata nak jual baju semasa hari jumaat dan malam markas. datang pulak dengan bas je. hanya 2 hari sahaja. aku sempat tanya. berbaloikah datang jauh-jauh. berbaloi-baloi katanya.
esok nak ke Johor. pilihan raya kat sana. nak buka gerai kat sana pulak. rajin. tekun dan kuat. inilah ciri orang berjaya. orang masuk gerai je, mesti layan betul-betul. yakin orang mampu beli baju-bajunya. positif. tak beli tak apa, next....
mudah dan senangnya nak dapatkan stranger. buka mulut je. sebelum tu senyum, kalau berbalas, boleh sembanglah tu..
jangan malu je.dulu-dulu aku pun susah juga nak tegur orang yang tak kenal. sikit-sikit berubah. kini dah ok, tapi kena perbaiki lagi. ramai kawan, senang hari kemudian.
lepas solat, aku ke ioi. beli buku. 2,3 hari tak beli buku, rasa tak sedap je. dapat 3,4 biji dah lega. tunggu masa nak habiskannya. malam ni ke habiskan sebuah, disamping baiki slide untuk seminar esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan