Salam
Rabu,
19/1/11
hari ke 19.
Syukur. Masih hidup.
Masih dapat lihat dunia.
Masih boleh buat amal, persediaan untuk ke sana.
Masih boleh meniaga.
Masih boleh bimbing rakan kongsi.
Masih boleh bertemu dengan orang-orang baru dan berkongsi peluang.
Masih boleh cari stranger, tambah senarai nama.
Ke mana hari ini?
Biasanya aku ke Utara.
Safira Club.
Belajar dari sana.
Ambil semangat dari sana.
Tapi hari ini tak dapat g.
Kena jumpa kawan. Nak tengok produk ajaib. Harap-harap melekat.
sebenarnya kami masih ramai kawan yang belum kami ajak pun. jumpa tapi jarang cite meniaga. sekadar borak-borak biasa. tahun ni kena ubah. kena sharing meniaga. kena cite lebih detail lagi. apa meniaga aku sebenarnya. bagaimana boleh berjaya. bagaimana buat duit dengan meniaga ini. bila tak jelaskan, mereka tahu,tapi maklumat yang salah. jadi mereka ingat meniaga yang kami buat ni sama seperti mlm-mlm lain. mereka tak tahu keistimewaan hai-o sebenarnya, sehinggakan kami bisa bertahan 10 tahun.
Sekolah Kebangsaan Becah Kelubi. 1980-1985.
tingkatan 1-3. Sekolah Menengah Chetok. 1986-1988.
tingkatan 4-5. Sekolah Datok Mahmud Paduka Raja Tanah Merah. 1989-1990.
Matrikulasi UPM. 1991-1992.
Sarjana Muda Pendidikan(kepujian) UPM. 1993-1997
Mengajar- Sekolah Menengah Teknik Cheras. 2000-2004.
itu yang aku punya.
belum lagi Cdm Kartini.
Sekolah Rendah. Sekolah Kebangsaan Perempuan Pasir Putih Kelantan. 1980-1985.
Tingkatan 1-3. Sekolah Menengah Kamil. 1986-1988.
Tingkatan 4-5. MRSM Kuantan. 1989-1990.
Matrikulasi UPM. 1991-1992
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(kepujian) UPM- 1992-1997.
Mengajar Sekolah Menengah Taman Datok Harun- 1997-1999.
Mengajar Sekolah Menengah Seri Indah Seri Serdang. 2000-2002.
Mengajar Sekolah Menengah Puchong Jaya B. 2003-2004.
cuba bayangkan berapa ramai kawan yang kami miliki, tapi yang kami ajak dan masuk. tak sampai 10 orang pun.
jadi masih banyak lagi kawan.
ada yang dah tahu.
ada yang dah tengok.
tapi
belum masuk. bukan apa, kami tak ajak.
jarang kita jumpa, tetiba kawan datang dan nak masuk tanpa dipelawa.
jadi mesti ajak.
jadi mesti pelawa.
jadi mesti sharing.
sape-sape yang nak tahu, meniaga apa yang kami buat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan