Salam
Jumaat,
14/1/11
Hari ke 14.
Sekejap masa berlalu. Dah 14 hari. Apakah 2011 akan sama dengan 2010? Impian tinggal impian. Kehidupan masih di takat sama. Jom!Jom!Jom! Kita upgred kehidupan. Lakukan perubahan. Perubahan membawa kearah kehidupan yang lebih baik. Dari lebih baik ke tahap yang lebih baik lagi.
impian 2011. untuk pribadi aku. nak berbasikal balik kampung. bulan jun nanti. doa-doakan agar menjadi. bukan dok cakap-cakap je. aku dah cakap-cakap pada bbeberapa orang. ramai yang percaya tak percaya. tapi aku yakin aku boleh lakukan. orang lain boleh, mana mungkin aku gagal. aku dilahirkan untuk menjadi juara. aku dilahirkan untuk menjadi hero. aku dilahirkan untuk capai kejayaan. ini personal akula......
impian meniaga lain pulak. aku cite lain. jangan pulak kata aku dah jemu berniaga pulak.dah tak suka meniaga.
aku mesti sebarkan. aku mesti war-warkan pada semua. baru aku kena buat betul-betul. bukan cakap je lebih. dah mulakan tindakan. dah kena berlatih. dah tak boleh main-main, kena lebih serius dan kena yakin pada diri. nak cipta rekod pribadi. bukan nak lawan dengan orang lain. lawan diri sendiri je lah. boleh ke tak boleh mesti boleh.
aku hebat!
aku boleh!
aku pasti berjaya!
langkah awal dah mula. basikal dah beli. walaupun yang biasa-biasa. dah pusing-pusing taman kinrara dulu. nak biasakan dengan basikal dulu. pagi-pagi dah mula pusing. gi solat subuh berbasikal. lepas tu pusing-pusing.
semangat. semangat.semangat.
impian aku tu tak berapa tepat lagi. bulan dah tetapkan. aku mesti letakkan tarikhnya pulak dan jalan-jalan yang akan aku lalui.dok tilik-tilik tarikh yang sesuai. kena beli peta jalan-jalan pulak. tampat mana kena rehat, tempat mana nak tidur. kena jelas, baru jadi.kena tepat baru jadi. lepas jumaat ni kena beli majalah basikal pulak. kena buat biar jadi.
aku boleh.
aku hebat.
aku pasti berjaya.
cakap kena buat.
kena doa selalu untuk capai impian ini. jadi tak jadi mesti jadi.
apakah ini akan kekal sebagai angan-angan atau realiti. kamu. mat din yang akan tentukan. orang lain tak boleh buat apa.
buatlah. buktikan. jangan dok cakap saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan