Jom Follow

Ahad, 9 Januari 2011

Bandung2


salam.

ahad
9/1/11
hari ke 9 -2011.

dah 9 hari berlalu. macamana setelah 9 hari lalui tahun 2011. ada perubahan atau sama je dengan tahun 2010. atau makin tak bersemangat. semakin lesu. semakin hilang arah, tambahan pulak kos sara hidup mendadak naik. tak sempat nak bersedia pun. terpaksa hadapinya. suka atau tak suka. disini kita tak ada kuasa memilih. terima saja. 

kita tak boleh pilih apa yang akan berlaku pada kita, tapi kita boleh pilih respond terhadap yang berlaku. dikala kos sara hidup meningkat. kena cari pendapatan tambahan disamping kita lakukan penjimatan mana yang boleh kita jimatkan. kurangkan penggunaan api dan air. sebenarnya banyak berlaku pembaziran 2 sumber ini. ini terjadi pada kami sendiri. boleh kurangkan makan kat luar. sentiasa bawa air BA dari rumah sendiri.

Sekitar hotel.
Hotel penginapan warga hai-o, semasa berada di Bandung.
Kuatnya Cdm Ibu Kartini, bisa angkat kereta tuuu.

Di lobi hotel

Sarapan pagi di gerai depan hotel. turun awal sangat, restoran belum buka lagi. ada gerai seberang jalan dah buka, kami apa lagi. ke sana. makan bubur ayam. sedap juga rupa-rupanya bubur ayam.

kami masih lagi di Bandung. Program tadi, melawat kawah gunung berapi, di Gunung Tangkuban Parahu. sejam perjalanan dari hotel. naik sampai ke puncak setinggi 1800m dari paras laut. bas boleh sampai sekerat jalan je, kena naik van untuk ke puncak. boleh lihat kawah. berkabus. ramai yang melawat. penjual pun boleh tahan juga ramainya. pukukannya terlalu hebat, boleh cair kita punya hati. muka tebal. ikuti kita kemana je. selagi tak beli selagi tu mereka ikut.

sekitar Pasar Buah di Lembang.
Di Pasar Buah, Lembang
Boleh rasa, boleh rasa. penjual arvogado.
Besarnya labu. ubi madu pun ada...
Tekun menjual.
Tempe pun ada dijual dipasar ini.bukannya sikit tu.selain tu ada juga jual jagung bakar dan ketan(pulut) bakar.

sebelum tiba di kemuncak, singgah dulu di Lembang. pasar buah. bukan ada apa-apa keistimewaan pun tapi sebagai tanggungjawab kerajaan untuk membantu petanian tempatan, rombongan mesti singgah dulu di sini. beli buah-buahan tempatan.
Terminal van. pelancong diangkut ke puncak menggunakan van. turun pun ka sini juga.
Puncak Gunung.
Ketinggian dari aras laut.
Kawah gunung berapi yang dilihat dari puncak gunung.
di puncak gunung...
lepas kat situ, kami makan siang di Restoran Kunang-kunang di Kolam Air Panas. makan, solat dan ambil gambar group. terus turun ke Bandung. nak ke Pasar Baru lagi. macet gile. jam 4 baru sampai. itu sempat borong sakan juga sebab semalam dah tengok-tengok. hari ini gi terus beli je...aku hanya putar-putar disekitar pasar baru, sambil ambil foto-foto gelagat peniaga dan barangan yang diperniagakan.
Tempat shoping. pilihan rakyat Malaysia jika ke Bandung.

makan malam  di restoran masakan padang. lepas makan kami balik hotel. nak rehat. orang lain masih lagi melontar. sekitar factory outlet, yang banyak sekitar jalan cihampelas. esok nak ke Jakarta pulak. 

Acara makan malam.
lepas makan, sedang tunggu teksi nak balik hotel. dah penat, seharian berjalan-jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger