Jom Follow

Selasa, 25 Januari 2011

Buku2


salam.


selasa
25/1/11
hari ke 25.

semakin cepat masa berlalu. tak terkejar. dah nak closing. kalut. kalut. kena cepat. kena call bank. janganlah cuti, time-time gini. nanti tak sempat nak punch sales bulan ni. kalau lambat, bisa tak jadi pulak. harap-harap semua beres sebelum tutup sales.

kena kerja lebih masa sikit. lepas kerja, kena sambung kerja. tak boleh terus balik rumah. malam baru balik kot. ataupun dah pagi. pilihan sendiri. bukan overtime tapi meniaga mlm. nak dapat lebih, mesti kerja lebih dari orang lain. nak tinggalkan kemiskinan. dah lama susah. dah lama pening pikir gaji yang habis terlalu awal. mana nak cekup lagi. 

ubah minda sikit. dah tak boleh berharap sesiapa lagi. kena bertindak sendiri. tak boleh tangguh lagi. kena cepat berubah. minda makan gaji,kepada minda meniaga. minda cukup apa yang ada kepada minda hidup yang terbaik, dan boleh menyumbang pada masyarakat. minda melayu. minda subsidi. minda free. minda zon selesa. minda kerja kerajaan. minda pencen. dah lama kita terpenjara dengan sikap yang salah. orang lain dah maju, kita masih bertatih-tatih. entah bila nak maju. kalau tak berubah akan sampai masanya kita melarat di bumi sendiri. siapa yang salah. orang lain tak salah.diri sendiri yang salah.

aku tengok kat puchong jaya. restoran cina jam 6.30am dah boleh makan. restoran melayu,masih lagi gelap. tutup awal pulak tu. cina hari-hari buka. tak ada cuti. kedai melayu, asyik cuti je. berbezakan. 

kita yang berniaga dan bernaung di Akademi Taipan banyak dah berubah. tahu apa itu wang besar dan apa gunanya. paham apa itu kerja keras. mengerti apa itu kerja kuat. dah lakukan pun. bukan sekadar cakap.

selepar solat zuhur semalam. aku ke shamleen perkasa. dapatkan buku di stor UPD di sana. jualan murah sedang berlangsung. borong sakan. nak cukupkan 1000 buah buku tahun ini. mesti capai. banyak lagi jualan murah menanti aku tahun ini. dewama dan pameran buku antarabangsa KL. target mesti jelas dan senang tahu, berapa lagi belum cukup. bukan main cakap je. seperti ; tahun ini nak beli banyak buku. mana boleh gitu. susah nak bertindak.

meniaga pun sama. tetapkan bila nak jadi cdm.
cdm; 31/5/2011. jelas dan tepat. biar semua orang tahu. baru kita action gile-gile. 
beli kereta baru; 30/6/2011. jelas dan tepat. semakin jelas semakin mudah kita capainya.

bangunan UPD.

Geram tengok buku-buku tersusun. kalau ikutkan hati semua buku aku nak borong.


Ini koleksi novel-novel yang ada.

Cdm Kartini pun borong juga. Novel-novel dan buku masakan kot.

buku tersusun menanti anda.

ini yang kami beli. hampir 40 buah buku. seronok dan happy sakan. buku murah dan bekalan seminggu dua. padahal petang ahad aku dah ke MPH Alamanda. dah beli beberapa buah buku. tak tahan tarikan buku ni. berhantu...


Lagi koleksi buku-buku
kami ke sana pun bila terbaca artikel dalam Kosmo. terus gi sana. seronoknya dapat beli buku tanpa had.ini kelebihannya berniaga. semasa makan gaji, nak beli lebih sikit, lari budget. kini beli, beli dan terus beli. meniaga, meniaga, meniaga terus meniaga jangan berhenti. jayakan seramai mungkin rakan kongsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger