Salam
ahad
30/1/11
hari ke 30
pagi ahad yang ceria. pagi ahad yang menggembirakan. ahad yang dinanti-nantikan. pagi tadi gi hantar anak main futsal kat mcdonal bangi. ada latihan katanya. lepas tu gi makan kat putrajaya.
pagi ahad di komplek kejiranan precint 16 putrajaya... rupa-rupa ada orang meniaga. dah lama tak gi sana. sejak kelas tak buat kat sana. banyak kedai. barang-barang biasalah. barang terpakai. dari buang baik jual. dapat juga duit. ada juga orang meniaga. bukan main-main jual je. dah jadi kerjaya pun. duit lebih sape tak nak. kaya siapa tak mahu. ada juga meniaga ini, kerjaya part time.
Pemilik gerai ni katanya dari melaka. |
Cdm Kartini sempat memilih baju. |
Suasana di precint 16. ramai orang. |
pilih jangan tak pilih. |
buku-buku pun ada. buku novel melayu banyak tadi. |
ini pun ada. |
rezeki meniaga ni 9/10. besar.banyak dan melimpah ruah kalau kena gaya. kena ada ilmu juga baru berjaya. akademi taipan 181, ajar meniaga. ajar bagaimana nak bina rangkaian. meniaga networking tak sama meniaga gini. ini hanya ada 1 untung je. untung runcit. tapi dunia mlm ada 5 bonus pada produk. sebab itu ramai yang memilih kerjaya mlm sebagai kerjaya utama. berani dan yakin.
lepas makan gi kelas di usj taipan. macam biasa.....kelas dihadiri pencari ilmu dan yang ingin ubah kehidupan ke aras yang lebih baik lagi.
paip pun ada orang jual. |
TUNJUK AJARKU SIFU........
BalasPadam