Salam.
Ahad
30/1/11
hari ke 30.
bertemu lagi. jam hampir 2 am. belum nak tidur. baru sampai rumah. kena selesaikan beberapa hal dulu. upload gambar perlawanan bolasepak Piala Sumbangsih 2011. gi stadium lagi. teman anak. malas pu kena g juga. seronok juga tengok kat stadium. malangnya aku sedikit kabur. tak jelas. dah kena tukar cermin mata dah kot. lama sangat dah guna yang ni. tadi tak nampak pun muka pemain.
bertolak ke stadium pun dah lewat. hampir maghrib. tunggu tu, tunggu ni. nasib baik jalan tak sesak. sempat sampai. kereta parkir di parkir w. encik rosli punya pas. dekat dengan pintu masuk. encik rosli bersama 2 anaknya. solat maghrib dulu. bola, bola juga. solat jangan tinggal.
Sebelum masuk stadium, tunai dulu rukun islam ke 2. solat... |
duduk belakang gol. hujan renyai-renyai. kena tempiasnya. nasib baik hujan tak lebat dan tak lama. bila permainan bermula hujan dah berhenti.
semalam ada 2 appt. syukur. setakat ni masih lagi positif. nak join dan nak hadiri kelas pagi ini. harap-harap, kehadirannya ke kelas, akan menguatkan lagi kemahuan nak join. janganlah tak jadi, esok. kalau tak jadi, tanda-tanda awal melepas. aku harap dia tak tanya pada yang gagal. harap tak tanya pada yang tak pernah buat hai-o. harap tak tanya pada yang tak tahu pun pasal mlm. ramai yang kita jumpa, prospek suka rujuk pada yang tak pernah terlibat dengan mlm. prospek xcite, sharing peluang terlalu awal, sebelum belajar. tak closing mulalah tak nak join.
gumbira bila kelantan menjaringkan gol pertama. gegak gempita seluruh stadium. |
kalau tanya pada yang pernah gagal. lagilah dia.... dia gagal bukan pasal syarikat tak bagus. dia gagal bukan sebab produk tak molek. dia gagal bukan pasal upline bengap. tapi gagal kerana tak buat. tapi gagal kerana buat sekerat jalan. tapi gagal kena malas nak jumpa prospek.
kalau kita gagal meniaga kedai makan. bukan pasal meniaga kedai makan tak bagus, tapi mungkin kita tak pandai layan pelanggang. masakan kita teruk. tapi bukan idustri kedai makan tak boleh jalan. kita je yang gagal. sama juga dengan mlm. kita gagal. bukan syarikat yang gagal. syarikat masih berdiri teguh.
dulu ada yang amat bersemangat berniaga. kini tiada lagi. muka pun dah lama tak tengok. kenapa? semangat hilang. impian berkubur. dilarikan pencuri impian. dulu rajin datang kelas, seminar. kenapa tak lagi?entah... tak berminat. tak boleh jalan lagi. dah habis kawan. bla...bla...bla...
Semua dah masuk ke? baju merah dan baju kuning tu. rasa masih ramai yang belum. jadi masih luas lagi kita punya sumber. |
kawan habis. betul ke. cari kawan baru. tak susah. senyum setiap jumpa orang. kalau senyuman berbalas dah boleh mulakan perbualan. bagi salam je.kalau dia jawab, tegur la... sembang-sembang. nak berpisah minta card.
mudah dan senang. kat stadium tadi pun dapat sembang dengan 3,4 orang stranger. berkawan dulu. mana tahu bisa upgreed. jadi dline pula.
petang ini kami akan ke Melaka. hadiri kelas kat sana. ada juga prospek yang nak hadir. nak rasai/tengok kehebatan kelas Akademi Taipan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan