Jom Follow

Isnin, 17 Januari 2011

Perjumpaan Cdm, malam ini...

Salam

Isnin,
17/1/11,
hari ke 17.

bertemu lagi. dah balik kerja atau masih kerja atau masih dalam perjalanan balik. ada yang masih melakukan kerja, overtime. ada yang sedang melakukan kerja ke2, atau kerja ke3. melakukan 2 atau 3 kerja adalah biasa bagi yang menghuni kota metropolitan. ikut kajian lebih 60% pendapatan dihabiskan untuk makanan. pikir-pikirkanlah. mana nak bayar rumah, bayar kereta, bayar bil air, bil telefon, belanja persekolahan, bayar tuisyen, bayar tambang bas, dan berbagai-bagai lagi yang perlu dibayar. mahu tak mahu kita kena buat kerja ke2 atau je3. 

apa-apa pun kita lakukan demi anak-anak dan masa depan mereka. agar menjadi orang hebat dan dapat kerja bergaji besar kelak. cukuplah kita yang berpendapatan cukup-cukup makan, biarlah anak-anak kita kelak berjaya. kita pun tumpang senang.

malam ini, Akademi Taipan buat perjumpaan cdm-cdm. mana-mana yang boleh datang. bincang program hari sabtu ini. 'melangkah menuju cdm'. apa yang perlu dibuat dan apa pengisian terbaik untuk mereka. sape-sape yang free. ada demo, silakan berdemo. demo penting untuk income. kalau tak ada demo, jangan lepaskan peluang untuk datang. sama-sama beri idea, untuk lebih berjaya lagi program sabtu ini. 

minta maaf sebab perjumpaan ini diadakan tergesa-gesa. kami tahu masing-masing sibuk. kacau anda punya jadual. tak apa kita teruskan perjuangan bersama Akademi Taipan.

matlamat?
tulis, rancang dan bertindak.
kalau tulis, memang kita akan lakukan. 
tak percaya malam ini tulis apa yang nak buat esok hari.
nak call Si A, kami yakin anda akan call Si A.
percayalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger