Jom Follow

Khamis, 27 Januari 2011

Kelas16- cakap benda sama....

salam

khamis
27/1/11
hari ke 27.

bertemu lagi. hari ini awal pagi. penuh semangat. baru lepas berbasikal pusing-pusing taman bukit kinrara. lepas solat subuh, terus mulakan langkah. lewat sikit, malas akan selubungi aku. malas akan ikat kaki tangan aku. malas akan terus tarik hati dan persaaan untuk rehat-rehat kat rumah. akan terbaringlah. tewas. tewas.
masalah. masalah. masalah.
susahnya nak istiqamah.
susahnya nak disiplin.
susahnya nak buat hari-hari.
apa yang nak buat?
banyak...

sekarang ni aku berbasikal pagi-pagi. dah hampir sebulan. tiap-tiap pagi. tapi setiap pagi juga adalah peperangan. nak buat ke tak nak buat. tidur atau pusing-pusing. hakikatnya sihat atau sakit. mana pilihan aku. dah tentu sihat.tapi kenapa susahnya nak istiqamah buat. kalau pusing-pusing pun, nak cepat balik. kenapa? malas juga. bosan pun ada. pusing-pusing tempat sama. alasan, alasan, dan beralasan. nak berjaya lawan tetap lawan. 1 jam pun susah. balik bukan ada kerja sangat pun. relak juga. lawan tetap lawan. aku pasti menang.

kaadang terpikir juga. macamanala mereka yang berjaya, seperti dato lee chong wei. hari-hari berlatih. berjam-jam pulak tu. tinggalkan zaman keseronokan remaja. penuhi masa dengan berlatih. hari-hari berlatih. tak bosan ke. jangan tengok sekarang. lihatlah masa dulu-dulu. berapa banyak masa berada digelanggang dari berada dirumah? berapa masa berada ditempat latihan? berapa pulak masa bersama dengan ibubapa? kalau tak sanggup. mana mungkin boleh jadi seperti sekarang.
basikal yang aku gunakan untuk pusing-pusing lepas solat subuh.

meniaga kita pun sama.
istiqamah buat.
hari-hari buat.
letih. bosan. jemu. kena buang.
disiplin mesti buat.
hari-hari mesti ada demo. paling kurang 1.
hari-hari mesti jumpa stranger.
hari-hari kena keluar. jauh atau dekat.
hari-hari kena bersemangat.

kalau tak. tak kekal lama. tak sampailah 2,3 4,6,7,10,11 tahun meniaga. tak jadi kaya la...
kelas mesti hadir. bukan 1 bulan 1 kali. bukan ada prospek baru nampak muka. bukan free baru jengok.
wajibkan diri hadir setiap kali kelas. anggapkan kelas tak jadi, kalau kita tak hadir. kena rasa diri penting pada kelas. kalau mahu meniaga lama dan menjadi-jadi. kalau nak setakat cukup makan, tak apa. jangan pulak dok tanya kenapa meniaga tak besar-besar? 
 
Kelas di ttc sabah.
ada jenis tak suka datang kelas. bosan. cakap benda sama. sebulan sekali je datang kelas. mana berjaya kalau malas datang kelas. kalau berjaya pun, group tak berkembang. kita je yang berjaya. apa yang berlaku masuk dan mati....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger