Jom Follow

Ahad, 2 Januari 2011

konvensyen cdm 2011

salam.

hari ke 2 tahun 2011.

hari pertama. cuti umum seluruh negara. tapi bagi kami, hari yang dinanti-nantikan. bukan pasal cuti tapi pasal Akademi Taipan mengadakan konvensyen Cdm. dah 4 tahun berturut-turut Akademi Taipan mengadakan program tersebut. program diadakan untuk satukan pikir Cdm AT semua. paham apa yang perlu difokuskan pada tahun 2011. tahu apa yang yang bakal terjadi tahun ini. pembentangan misi dan visi group. pembakar semangat buat pemimpin-pemimpin tertinggi AT. kami tahu tarikh keramat ini amat dinanti-nantikan oleh warganya. siapa yang hadir,mereka amat bangga.

Agenda wajib Akademi Taipan setiap awal tahun. Ramai ternanti-nanti nak ikuti, tapi kena jadi Cdm dulu.

kehadiran lebih 60 pemimpin tertinggi AT. sedikit kurang dari tahun lepas. tak apa, tahun depan pasti bertambah. kenapa kurang dari tahun 2010? tak payah jawab. takut ada yang terasa pulak. kali ini pengisian cukup mantap dan lancar. nampak lebih bersedia lagi kali ini. 

hari ini, AT bertuah lagi beruntung. dapat hadirkan 2 Cdm Otai. bekalkan kami ubatan terbaik, membaiki hati agar lebih kuat dan kukuh lagi. beri suntikan semangat juang buat kami semua. bekalan untuk bertempur dilapangan. perisai utuh, pertahankan diri dari cemuhan,celaan dan sindiran yang semakin meluas. terkadang pandangan sinis pun kita dah terluka hati, hinggakan hilang kita punya impian. hilang semangat berniaga. itu baru pandangan sinis je, belum lagi berdentum-dentum kutukan. 

dari 8 am hingga 7 pm. mines wellness hotel menyaksikan laungan go go go hong kong. dewan hang li po, dewan keramat AT. dewan penuh nostalgia buat kami. dewan yang menyuluh hati-hati kami. sayang AT atau buat-buat sayang. naik,turun meniaga. 

terima kasih buat mereka yang menyumbang tenaga. terutamanya penceramah.

Slot pertama diisi oleh Cdm Muhammad Razali. Ulas pasal cabaran dan ketahanan dalam meniaga. Ramai yang kalah, bukan anasir luar tapi ketahanan dalaman yang rapuh. Berhenti dikala masih ramai yang berjaya. Bertukar kapal, ketika kapal AT semakin laju meluncur di samudera MLM. Berehat dikala ramai yang bertukar kereta. Hilang kepercayaan pada AT, ketika AT menjadi inspirasi mereka yang rindukan kejayaan dan kemanisan bertindak bersama group yang hebat.

Cdm Ah Hock mengisi slot ke 2; banyak sentuh mlm sebagai industri. Malaysia telah jadi guru pada negara lain dalam mengembangkan mlm. Fenomena global. Mlm menjadi tarikan bukan lagi pasal nak tampung pendapatan. Meniaga MLM bukan tak ada benda lain yang boleh buat. Buat MLM bukan kerana sekolah tak tinggi. tapi meniaga MLM menjadi kerjaya pilihan bagi mereka yang sukakan cabaran. Menjadi kerjaya pilihan bagi yang ingin pendapatan tanpa had. Menjadi pilihan bagi mereka yang mahu kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Sayangnya mutu BMnya sedikit kurang. Mungkin ada yang kurang paham. kalau paham pun tak sampai 50%. Bagi yang dah biasa dengan cdm, ianya tak jadi masalah. Apa yang pentingnya meniaga mesti terus jalan, jangan kisah dengan masalah yang melanda.

Slot ke 3 bersama Cdm Zulkifli Sohor. makin lama, makin hebat. ilmunya semakin mendalam. kupasannya hari ini pasal falsafah mlm. buat mlm dan capai 6K. cepat lagi bagus. mlm dah jadi pilihan, buat, buat dan terus buat.


Slot ke 4,lepas rehat dan solat; Cdm Kamarudin, jangan terlalu bangga dengan pangkat Cdm. kalau kita tak bekerja, mana income bisa ada. kena kerja seperti lain-lain pangkat juga. kena pulun juga. bekerja bak baru sm. lebih Cdm hanyalah pada bonus prestasi. 41%.kejar betul-betul. jangan banyak relax. menaja jangan berhenti. berhenti menaja, meniaga bisa mati.


Cdm Faridah Mohd Ali mengisi slot ke 5. apa yang berlaku/terjadi pasti ada hikmahnya. 2010 tahun penuh pengajaran buat semua orang. terlalu banyak kejutan. datang kejutan tanpa ada isyarat. ramai yang terkedu. 2011,datang membawa sinar baru. ambillah peluang yang terhidang ini untuk jadi lebih berjaya. kita tak ambil,orang lain akan ambil.
Penutup bicara oleh Cdm Kartini. penuh semangat. penuh yakin. penuh pengharapan. tahun 2011 akan membawa AT181 ke landasan yang betul. jadi seperti 2008/2009. AT181, group terhebat, tercepat dan terbesar meniaganya. cepat-cepat bergabung dengan AT181,agar anda tak ketinggalan. AT181 dah ada rahsianya. cuma tunggu masa menjadi-jadi je.

majlis tersebut dikendalikan oleh Ddm Nizam. penuh ceria dan berinformasi.


Mc hebat AT181. juga sebagai pakar komputer. mudoh bbaso, sene kkiro. semakin hari semakin terserlah keluar biasaannya. banyak lagi bakat terpendam dicukil darinya. dah berjanji tahun ini akan jadi Cdm. walau belum Cdm, kepimpinannya terbukti sudah. menjadi sumber inpirasi groupnya. suaranya menjadi igauan ramai. bisa bakar semangat cara bersahaja. suka buat lawak tapi penuh motivasi. bertuah siapa berada dalam rangkaiannya.  kah.kah.kah
semalam juga ada sharing dengan beberapa Cdm
Cdm Bang Ali
Cdm Fitri
Cdm Siti Rahmah.
malangnya gambar mereka ni terdelete.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger