Jom Follow

Isnin, 24 Januari 2011

Bayar dulu baru jadi cdm.


salam.

isnin
24/1/11
hari ke 24.

dah masuk opis atau masih minum-minum. 
kat precint 16 masih ramai lagi kot. kalau aku ke sana, terpikir juga. cuti ke hari ini. walaupun hari kerja. masih ramai orang dok makan. padahal dah jam 8am. jam 9am dan jam 10am. agak-agak la kalau nak makan pun.

pagi tadi. jam 5am, anak aku dah bangun. nak main basikal keliling taman sebelum ke sekolah. aku pun bangun sama. bersolat dulu. malangnya basikalnya tertinggal rumah anak buah. tak jadi berbasikal. jadi aku sorang je lah naik. itu pun lepas solat subuh. berbasikal pun dengan kemalasan. nak kayuh pun malas. tidur lagi best. namun aku kayuh juga. lawan malas. lawan malas. lawan mengantuk. lawan mengantuk. walaupun jam 2am baru tidur.

lawan malas. lawan mengantuk.
bukan mudah. bukan senang. tapi mesti lawan jua. nak sihat. nak bertenaga. 
itulah pengorbanan yang mesti dibuat kalau mahu berjaya. itulah pengorbanan kalau mahu capai apa yang diimpikan.
pengorbanan atau mesti bayar harganya. 

nak body macam malik nor. mesti ke gym hari-hari. berlatih sampai 3,4 jam sehari. makanan pun mesti pilih-pilih, tak boleh sebarangan makan. itulah harga yang mesti dibayar. bukan 1,2 tahun bisa jadi mungkin 10,11 tahun baru betul-betul mantap. nak capai, mesti lalui semua itu dengan hati yang tenang.

dalam mlm pun sama.
nak jadi jutawan melalui mlm.
mesti bayar harganya. terlalu mahal. bayarannya tak semestinya wang ringgit, malah masa dan tenaga.
jumpa prospek,ketika orang rehat tengahari. atau lepas kerja orang lain balik rumah, kita jumpa prospek dulu. sampai rumah pun dah lewat. kadang-kadang pagi baru sampai. esok pagi-pagi dah keluar rumah.
kadang-kadang tu jumpa prospek bukan kat KL malah sanggup travel ke Melaka, Kuantan, Penang malah Kangar, sempat lagi gi kerja keesokan harinya.

kalau balik rumah pun keluar juga. jumpa prospek atau hadiri kelas-kelas. ini harga yang mesti bayar.

hari cuti atau minggu. orang lain bersantai-santai dengan keluarga, kita jumpa prospek, hadiri seminar atau hadiri kelas-kelas. ini pengorbanan yang kena buat.
orang lain sibuk balik kampung, kita sibuk cari/jumpa prospek.
orang lain servis keta 3,4 bulan sekali, kita setiap bulan kena servis. hari-hari jalan jauh. malah ada yang lebih 10K KM sebulan. inilah pengorbanan yang kena buat.

orang lain bayar bil hp sekali sebulan, kita ni 2 minggu sekali.

orang lain tidur cukup, kita tidur tak cukup. orang lain rehat sokmo, kita kerja sokmo. kita kerja kadang-kadang terlupa nak makan.

kena bayar. mana ada percuma dalam dunia.
semakin tinggi pengorbanan yang kita lakukan semakin tinggi kejayaan yang kita akan capai. apa yang berlaku tak ramai yang sanggup bayar. nak percuma. kalau nak percuma, hiduplah seperti sekarang ni. cukup-cukup saja.
nak jadi cdm, mana boleh kerja biasa-biasa.
nak jadi jutawan, mana boleh kerja main-main.


 jam berapa kena bangun. berapa lama perlukan masa untuk masak. jam berapa kena keluar. itulah pengorbanan yang perlu dibayar kalau mahu berjaya. kalau tak mahu, hiduplah cukup-cukup makan saja. berapa jam kena berdiri tu. tapi setiap pengorbanan yang dibuat pasti ada balasannya.








ini foto yang aku ambil pagi tadi. dah lama juga aku tak ziarah dia. lepas makan di upm tadi terus ke sana. teringat pulak pagi tadi kat dia. jiran semasa aku menyewa di bukit serdang semasa belajar kat UPM. aku panggil dia mak. sayangnya dia dah sedikit pelupa. umurnya sekitar 60 tahun. beberapa kali tanya benda yang sama je. jemput aku datang ke rumahnya. sambut tahun baru cina. banyak jasanya pada aku. aku selalu mintak roti dengan telur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger