Jom Follow

Sabtu, 15 Januari 2011

Bukan sehari 2 buat, terus jadi. tak jadi terus berhenti....

salam.

sabtu.
15/1/11
hari ke 15.

Baru je sampai rumah. Pagi-pagi dah keluar. Hantar anak ke seminar Motivasi Alihan Pelajar, yang diadakan di Wisma Belia, Jalan Syed Putra. Jam 7.20am dah keluar dan sampai sana 7.50am. Nasib baik tak melencong mana-mana. Mudah je cari tempat tu. seminarnya 2 hari, iaitu hari ini dan esok. hari ini berakhir jam 7pm dan esok jam 5pm berakhir tapi lepas itu ada sesi bersama ibubapa pulak sehingga jam 7pm. apa boleh buat. walaupun dah rancang nak ke Melaka esoknya. terpaksa aku sorang je yang pergi. ibubapa cemerlang, anak-anak pun kena cemerlang juo.

Sila naik ke lantai 2, untuk pendaftaran. masa kami sampai dah ramai yang sampai. kat dewan pun dah hampir penuh. ibubapa harapkan kejayaan anak-anaknya.

Baru isi borang pagi ini.

Slaid yang terpapar diskrin masa kami sampai. Dr. Tengku Asmadi T Mohamad, kami temui semasa mengerjakan haji baru-baru ini. orangnya baik, penuh semangat dan selalu keluar diradio IKIM.

Dah lama bangunan dan dewannya. lif pun kecil dan mesti tekan g, bila semua dah keluar. baru bisa gerak ke mana-mana lantai kot...

Aiman bersama geng-geng yang nak dicuci/ dibasuh. agar jadi lebih berdisiplin dalam menjalani kehidupan. terutamanya dalam pembelajaran. tahun ini nak upsr.

Ibubapa yang hantar anak-anak pagi tadi. ibubapa yang bersemangat. anak-anak diharap dapat sesuatu selepas 2 hari hadiri seminar.

Ibu Kartini dan anaknya. sebenarnya kami ingatkan bulan 12 seminar ini. malam 14/12/2010,kami dah call dr T Asmadi. esok mula jam berapa. tapi jawapnya bulan depan jiiiiiii!!

Depan bangunan.

Memang lama; perasmian pada ogos 1970 lagi.

jam 8.20am.
kami bertolak balik. dok pikir-pikir mana mau pegi. perut dah berbunyi. dok mintak makanan. 
kami ke sekitar kajang. bersama geng belajar dulu. Miji dan Samhan. Lama tak jumpa. masing-masing ada kerja. walaupun dekat tapi jarang bertemu mata. kalau rancang jarang jadi. tadi aku call nak ke sana, terus mereka nak g sama. dapatlah jumpa sejam dua. masing-masing ada cerita. seronok dapat jumpa. 
kedai yang kami jumpa, ramainya orang. nak dapat meja pun susah. kena tunggu, baru dapat. makanannya ok, sedap kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang pernah kami makan. ada tempat baru. kuih-kuih pun sedap.

Miji berbaju merah dan Samhan yang biru. Seorang cikgu dan mengajar di sekolah Precint 8. Samhan pegawai sains di Kementerian kesihatan Malaysia, Putrajaya. sama-sama belajar di UPM. ambil fizik. walau dah tahu aku buat mlm, mereka tak ada masalah dengan aku, tak takut nak jumpa. bukan ajak mereka pun. kalau nak join silakan. aku dan AT bisa bantu jayakan. mereka pun ada meniaga. tak meniaga. harapkan sepenuhnya pada gaji,susah sikitla... tambahan dok di bandaraya. kos tinggi dan selalu naik. meniaga macam keperluan pulak. 

Gambar tahun 1997. Tahun akhir di UPM. Lepas bentang projek akhir tahun. ada beberapa lagi yang tak ada gambar ini. Seorang dua je yang bukan guru. Lain-lain masih mengajar. cuma aku yang meniaga mlm secara full time. mana tahu 10 tahun akan datang semuanya akan jadi jutawan. tak mustahil. melalui apa cara, itu aku tak tahu. tapi setiap kita ada impian masing-masing. nak hidup senang, semua orang. senang membeli. nak beli baju, tak payah tengok kolar, nak beli kasut tak payah tengok tapak.

petang nanti kena g ambil anak balik pula.
kena g awal sikit. mana tahu dapat sembang-sembang dengan ibubapa yang sama-sama ambil anak. berkawan sambil bina network dulu. mana tahu suatu hari nanti boleh jadi prospek pulak. senarai nama mesti tambah. kalau boleh 1 sehari. ikut teori kena 2 sehari. ada boleh? mesti boleh. setiap hari kita jumpa dengan orang. jadi ringan-ringankan mulut kita. semakin ramai stranger yang kita jumpa, semakin luas/cerah/maju kita punya meniaga. tapi tak semua mereka kita jadikan rakan kongsi. ada yang jadi kawan seumur hidup. doa-doakan dapat.

Nak bertahan dalam dunia mlm mesti sentiasa appt.nak ada appt mesti ada prospek.kena tambah selalu. kalau tak mana boleh nak pakai kereta ini. Tahniah Cdm Paksu. kereta idaman dah keluar dan menjalar megah di bumi Utara. seluruh malaysia akan dibina rangkaiannya. ketika orang lain, tolak kereta, warga AT beli dan beli kereta.siapa kata meniaga dah tak boleh jalan. diri sendiri yang tak jalan dan bukannnya mlm yang tak bagus. ayuh warga AT, teruskan perjuangan. produk-produk unik dan ajaib semakin bertambah. kita sharing peluang meniaga dan kehebatan produk dengan siapa saja yang kita temui. kalau betul-betul buat, kereta besar lagi pada tu kita boleh pakai. tak ada mustahilnya. 'bukan nasib' tapi kita buat,buat dan terus buat hinggakan nasib ikut kita..kah!kah!kah!
bukan sehari dua terus berjaya...mesti bertahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger