khamis,
6/1/11,
hari ke 6.
bertemu lagi, harap tak jemu-jemu,malah setiap pertemuan memberi manfaat buat kita semua.
menjadikan kehidupan lebih ceria dan lebih bahagia. menjadikan perniagaan yang kita tekuni ini semakin menjadi-jadi.
mempercepatkan kita gapai impian.
memberi sedikit input berguna. gunalah buat melayari hidup yang mencabar.
semalam, aku ke safira club lagi. bersama cdm muhamad razali. lain-lain sibuk dengan demo, sibuk dengan demo buat rakan kongsi. walaupun berdua kami gagahi jua,demi memenuhi janji yang telah dimeterai, setiap minggu kami akan turun. dengan kedatangan kami, akan beri inspirasi buat warga AT181 Utara. bukan nak mengajar orang sana tapi sama-sama berkerja untuk hidup lebih berjaya dan lebih baik lagi.
bertolak dari bukit kinrara, jam 4 ptg, sampai sana hampir jam 8 malam. cdm cekmat yang memandu. sedikit lambat. hujan sebahagian besar perjalanan. singgah kat petronas. solat kat situ. bertemu dengan sehabat-sehabat dari Perlis, juga singgah kat situ. seronok bertemu dengan orang-orang positif dan mempunyai impian yang jelas, tak merungut walaupun saban minggu turun ke safira club. bukan muda pun, umur dah cecah 50 tahun. tetap semangat untuk meniaga. mengalahkan orang muda semangatnya. mengalahkan orang muda, ketekunannya. mengalahkan orang muda, kerajinannya. cdm bang li, cdm pok su manaf, dsm cekmat nor. kat situ juga aku dapat lihat, bagaimana cdm bang li jumpa stranger. tegur anak dulu, main dengan anak dulu, dokong anak dulu sambil tegur makbapa pulak. senang je dapat stranger.
Cdm Hasmidar; beri kata-kata aluan. pemimpin hebat keluaran akademi taipan. |
kelas bermula jam 9. selalu gitu. orang lewat sampai. maklumlah hari kerja. kata-kata aluan oleh cdm hasmidar, ice breaking cdm chemat, sharing dan MP. lepas kelas, orang-orang baru akan berkumpul dengan orang yang bawa mereka ke sini. jadi tak berlaku, rebut-rebut prospek. di bawah siapa pun anda, tapi tetap dibimbing sepenuhnya oleh akademi taipan.
lepas kelas. leader akan terangkan MP dan strategi akademi taipan. sesi soal jawab pun ada. masa inilah banyak kekusutan dapat dirungkaikan. ramai yang sign up sebelum balik. |
semalam juga ada demo produk. biozone foood. guna ayam, udang, buah mata kuching.
Cdm Muhamad Razali,; ice breaking dan demo produk ajaib dan ini terhasil dari ayam. inilah yang kita dok makan selama ini. |
inilah jadinya selepas dibakar. |
agenda selepas kelas, makan. semalam kami ke kari corner. dah jemu makan kat pelita. kalau pekena nasi dalca, alamak tidur tepi jalan la kot. bertukar selera.
licin,kelaparan. tengahhari tak makan. semua musuh tewas. Kari Corner, no. 2169 Permatang Keling, 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang. sape-sape boleh g, kalau teringin makan kari. |
sampai KL jam 5.30. tunggu solat subuh. sempat ke sri petaling. lepas anak-anak ke sekolah. aku pun tidur. megantuk sangat-sangat. semalam 2 kali aku berhenti tidur. lepas tu cdm che mat yang teruskan. itulah rutin setiap rabu. ke safira club. ambil aura kat sana. semakin lama semakin hebat. setiap kali ke sana, aku jadi lebih bersemangat. dengar-dengar semakin ramai yang teruja nak ke sana. nak lihat suasana kelas di safira club. suasana yang sukar nak dicapai tapi tak mustahil. setiap yang datang, 90% akan join.
cdm yang hadir semalam;
- cdm kapten jai
- cdm haryati
- cdm rozana rozar- sharing kisah kejayaannya. mudah tapi perlukan pengorbanan.
- cdm hasmidar
- cdm amran
- cdm muhamad razali
- cdm kamarudin
- cdm fitri
- cdm abang ali
- cdm pak su manaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan