Wow!
Lepas breakfast, aku tak ke mana-mana.
Hanya CDM Kartini yang keluar bertemankan rakan niaga.
Jadi aku ada masa, update blog dan cari-cari idea untuk kukuhkan lagi bisness.
Dengar kata, sampai petang baru balik.
Lepas tu, baru keluar bersama-sama dengan aku.
Semalam.
Kami lebarkan wilayah bisness.
Pahang Darul Makmur dengan Felda Jengka tapak mula.
Jumpa prospek, setelah 5 tahun jalin persahabatan.
Bila LOPA muncul, prospek bagaikan terpukau.
Setuju nak jumpa, itu yang kami berdesut ke sana semalam.
Call bakal prospek, bila terbakar selepas bonus night.
Ternyata tak mengecewakan.
Jumpa dan share peluang buat duit.
Jarang yang akan tolak.
Oleh itu, perlukan keberanian untuk memulai.
Insyalah rezeki melimpah ruah.
Jarak bukan halangan, asalkan punyai kemahuan yang meluap-luap.
5 tahun tertangguh, semalam terlerai sudah, harap akan selama-lamanya.
Kita positif, prospek juga akan positif.
Kita ragu-ragu, prospek juga akan ragu-ragu.
Kita negatif, proapek juga akan negatif.
Bila penuh semangat.
Keyakinan diri akan tinggi.
Timbul keberanian untuk bertindak.
iaitu; tegur stranger, call kawan lama...
Kalau tak semangat.
Nak tegur stranger, malu & malas.
Nak call kawan lama, segan.
Prospek terlalu ramai.
Tak akan habis prospek.
Kiri prospek, kanan prospek.
Depan prospek, belakang prospek.
Atas prospek, bawah prospek.
Kadang-kadang aku hairan.
Bila rakan niaga kehabisan prospek.
Kalau habis kawan lama, aku percaya.
Alasan prospek habis, itu kesilapan terbesar abad ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan