Pagi tadi. Lepas breakfast. Aku bawa Aiman dan Baby ke
Perpustakaan Raja Tun Uda, yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13 Shah Alam. Dah lama nak ke sana. Sentiasa je ada halangan. Jadi pagi tadi aku nekad. Tak boleh tak jadi. Cuti sekolahlah masa paling sesuai bawa anak-anak ke sana.
Tak susah nak cari. Mudah je. Sampai sana. Terkejut juga. Parkir penuh. Kami bernasib baik. Ada kereta keluar. Dapat parkir. Mungkin berkat baca doa naik kenderaan dan doa mudah dapat parkir.
|
Depan pintu masuk utama Perpustakaan Raja Tun Uda. |
Tak pernah sampai. Nasib baik, kaunter pertanyaan tercokoh kat depan. Masuk pintu utama terus nampak. Tanya apa-apa yang patut. Aiman dan Baby masuk bahagian kanak-kanak. Aku langsung cari bahagian dewasa. Niat nak tengok-tengok je. Maklumlah first time datang. Janji jumpa kat depan kaunter pertanyaan jam 1.30. Ada masa lebih kurang 100 minit.
|
Level-level atas. Seronok berada kat sini. Dikelilingi oleh pencinta buku. Ada juga yang jadikan tempat ulangkaji pelajaran. Kat rumah, tak leh fokus. |
Aku terus ke level 3. Nak masuk kena buka kasut/selipar. Masukan dalam beg(disediakan). Bawa masuk dalam. Kalau sepah kat luar pintu. Selipar akan dikumpulkan kat level bawah. Silap-silap boleh hilang. Level 3, buku-buku dewasa. Cari novel. Memang dah niat. Koleksi novel agak banyak. Ada buku yang ada dalam koleksi rumah buku. First time datang. Tengok-tengok je. Mana letak buku yang bakal aku baca. Memang ada. Memang ada akan pinjam. Bila next time aku datang.
|
Aku snap ni, dekat-dekat aku nak balik. Kosong, bila ramai dah blah. Ada juga gi solat dan melantak. |
|
Rapi tersusun. Rak paling dekat, buku fiksyen. Sempat aku lihat buku. Dah ada yang berkenan. Tunggu masa nak pinjam. Novel 'Hujan Pagi'. |
Masuk waktu zohor. Ada pengumuman. Surau, setiap level ada. Senang nak solat. Tak besar sangat. Tapi kondusif. Ruang menelaah. Luas. Amat selesa. Hari ini ramai. Budak-budak sekolah. Cuti sekolahlah katakan. Ramai juga yang dok sembang. Buku terbuka. Lap top terbuka. Baca ke sembang. Susah nak buat telahan. Suara-suara masih terkawal. Tak ganggu orang lain. Bukan tak pernah buat gitu.
|
Buku ini jadi pilihan aku tadi. Separuh je sempat baca. Kena sambung. Buku travelog. Aku semakin suka menelaah buku seperti ini, iaitu catatan perjalanan. Sambil-sambil belajar macamana mereka menulis. |
Selepas solat zohor. Aku turun ke bawah. Tunggu Aiman dan Baby. Tak muncul-muncul. Jadi aku masuk ruang kanak-kanak. Cari mereka berdua. Mereka sedang ralit, main. Tak ingat dengan janji awal tadi.
Antara yang sempat aku snap di ruang kanak-kanak.
|
Ruang yang luas, sesuai untuk kanak-kanak. |
|
Amboi! Baby. |
Sebelum tinggalkan gedung ilmu,sempat lagi snap gambar kat luar.
Sebelum balik rumah. Singgah dulu kat Ani sup utara. Kami semuanya kelaparan.
|
Muka-muka monyok. Tunggu makanan sampai. |
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan