Jom Follow

Khamis, 14 Jun 2012

Jutawan Senyap: Car Wash.


Car Wash., originally uploaded by kartinimatyaakob.
Apa menariknya dengan car wash ni.
Kat tengah-tengah lorong.
Antara restoran Rejab dan Pasar Mini 99.
Beribu-ribu car wash ada kat KL.

Tak ada apa istimewanya.
Tapi car wash ini, jadi pilihan sejak beroperasi kat sini.
Pemiliknya aku kenal. Selalu juga sembang.
Bukan aku je memilih cuci keta kat sini.
CDM Abe Zul juga selalu datang.

Rabu hari sempat sembang.
Lepas sembang tu,
tertanya-tanya berapa lama car wash ini boleh bertahan?
Mahu tutup ke?
Tak laku ke?

Bukan mahu tutup.
Bukan tak laku.
Tapi masalah pekerja.
Tak ada orang nak kerja.
Pekerja tak cukup.
Kereta banyak masuk.
dah 3 bulan, cari 2 orang pekerja masih tak dapat.
Sejak kerajaan buat pemutihan.
Masalah kekurangan pekerja sangat kritikal.
Ada car wash tutup.

Hari-hari kereta banyak.
RM500 satu hari boleh dapat.
Kalau hari minggu, RM1000 lebih.
Kiralah berapa boleh dapat satu bulan.
Mengalah gaji DG44, barangkali.
Tapi kerja tak glamour...

Gaji yang ditawarkan RM1200 sebulan.
Rumah bagi lagi....makan sendiri..
Orang Malaysia tak nak kerja.
Kalau kerja pun sehari 2, blah.
Nak cari 4time pun susah.

Pekerjanya ada 5 orang termasuk tokey.
Nak tambah lagi 2, nak cukupkan jadi 7.
Dalam cari 2, seorang dah nak berhenti.
Lagi kurang....

Bila tak cukup pekerja.
Customer lama tunggu.
Bila lama tunggu, ada yang cabut.

Bila pekerja kurang.
Beban kerja jadi lebih.
Bila lebih, mulalah nak angkat kaki.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger