Jom Follow

Ahad, 10 Jun 2012

JTS 6; Simpang Pulai


JTS 6; Simpang Pulai, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Stesen Petronas Hentian Simpang Pulai.
Persingahan ke-2 kami dalam perjalanan menuju Safira Club.
Singgah, untuk menunaikan Solat Subuh.
Meniaga-meniaga, yang wajib kena buat.
Buat pun bukan asalkan buat je.

Kat situ dah ada kereta sahabat akademi.
DBQ 181, sedang tidur agaknya.
Malas aku nak kacau, kasi dia rehat betul-betul.
Orang muda, kalau rehat itu tandanya dah tak larat langsung.
Selagi boleh, selagi tu mereka henjut kereta.

Dari Endau-Pekan-Selayang-Penang.
Kat Pekan jam 12 malam.
Bayangkan kat Selayang Jam berapa.
Kuat kerja. Masa muda mesti pulun.
Masa tua, sikit rehat, pasif income dah tersedia.
Tidur kat stesen minyak kami dah alaminya dulu.
Ketika nak bina tapak meniaga.


Usai solat, sambung kembali perjalanan.
Lega bila dah tunaikan tanggungjawab pada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable