Jom Follow

Sabtu, 30 Jun 2012

Jumaat 29/6/12

Bertemu lagi. Dah malam rupa-rupanya. Dah gelap, tapi demo tetap berjalan. Tahniah buat mereka yang masih berjuang di lapangan. Ada juga yang dok closing kat stokis-stokis di seluruh negara. Dah hujung bulan. Rutin biasa. CDM Kartini pun masih dok closing kat stokis Ng. Aku dan anak-anak masih menanti, nak gi tengok bola di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Tak pernah ke sana. Insyaalah malam ini, dapat merasai tengok bola ramai-ramai....
Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Masjid aku sujud tadi.

Aku hari ini, tak banyak bergerak. Lepas hantar Baby ke sekolah. Balik rumah, breakfast, baca paper kedai Rejab, balik rumah rehatkan diri. Jam 11.55am, bergerak ke Bangi. Hantar Aiman, nak jumpa rakan-rakan sekolah Abim. Aku terus ke Masjid Al-Hasanah untuk bersolat Jumaat. Dah lain sakan. Dah ada tempat parkir baru. Dah ada kedai-kedai dalam kawasan masjid.
Dah ada parkit baru. Dulu terdapat pokok-pokok.

Kedai-kedai pun dah ada. Kat sini ada 5 buah kedai.

Lepas solat jumaat. Tunggu Aiman balik. Aku singgah dulu kat Kompleks PKNS Bangi. Dah gi situ, apa lagi nak buat kalau tak ke Galeri Buku Syabab. Beli buku, tingkatkan ilmu dan tambah koleksi 'Rumah Buku'.

Dah beli baca terus. Aku lepak kat KFC. Baca terus buku 'Pengurusan Warrent Buffett'. Aiman nak balik jam 5 pm. Lama juga menunggu. Tapi dengan membaca, aku rasa sekejap je. Ilmu dapat. Tak boring pun. Cuma aku diganggu mengantuk. Maklumla bila lepas makan.....
Sedang baca..
Tunggu masa...
Jam 4.45pm, aku gi ambil Aiman kat sekolah Abim. Balik rumah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger