|
Hati-hati memandu. Ingat! Isteri, anak-anak serta maid bersama anda. |
Lama rehat. Lama tinggalkan dunia blog. Balik kampung punya pasal. Paling lama. Tak pernah selama ini aku balik. 11 hari. Tak apa, balik jumpa dengan orang tua. Ada kenduri kahwin adik ipar. Resah tanpa fb dan blog, untuk 2,3 hari je. Lepas tu, dah tak kisah lagi. Fb dan blog, macam tak ada gunanya. Tenggelam dalam kehidupan desa yang tenang. HP aku, pun tak bercas. Nak cas buat, bukan boleh pakai pun. Line tak ada. Gi KB baru dapat.
|
Bersama abang. Kali terakhir aku bertemu 31/1/2012. Menetap di Johor. Abang ke-2 aku. Adik beradik sebapa dengan aku. |
|
Ini anak buah aku. Anak Abang Wahab. Si kecik tu cucunya. Anak Ada... |
Aku balik hari sabtu,29/5/2012. Lepas kenduri aku punya abang. Lebih kurang jam 3pm. Kalau tak ada kenduri. Jumaat dah keluar KL. Sempat jumpa sedara mara. Sempat bertemu muka. Sempat bertanya khabar. Sempat bertukar kisah. Lama tak jumpa. Balik kampung pun, masing-masing ada urusan.
|
Bersama bapa pengantin. Abang Aziz. Menetap di Setiawangsa. Pencen polis. |
|
CDM Kartini dengan pasangan pengantin. |
Majlis menyambut menantu. Majlis rumah perempuan aku hadir. Kat Seberang Takir, seminggu sebelum tu. Pilih tarikh yang sesuai. Sebelum cuti sekolah. Lagi banyak kenduri kahwin. Jalan pun tak sesak. Caterer pun senang dapat. Kalau cuti sekolah. Caterer pun dah penuh. Jemputan pun, terpaksa pilih. Mana satu nak gi.
|
Tapak parkir Madrasah menjadi tempat kenduri bagi penduduk sekitar. Kawasan rumah, memang tak ada ruang langsung. |
|
Wow! Khemah tempat makan. Cuaca panas. Mesti makan bawah khemah. |
|
Ada persembahan nasyid. Hiburkan tetamu. Boleh tahan persembahannya. |
Aku sempat tanya aku punya abang. Berapa RM satu kepala? RM 8 satu kepala. Harga kawan-kawan. Jemputannya 1500 orang. Jadi kena RM12,000. Wow! itu baru kos menjamu sahaja. Belum masuk kos-kos yang lain lagi. Agak-agak berapa kos keseluruhan kenduri? Aku ni jenis tak berapa bijak nak congak. Jadi tak pelik,kalau ramai ibubapa terpaksa buat loan untuk kenduri kahwin anak-anak.
Itu baru bapa. Belum lagi belah pengantin. Aku malas nak tanya. Berapa habis. Buat loan juga ke? Aku harap anak buah aku tak terjerat dengan loan kahwin. Anak dah sekolah belum tentu habis lagi bayar loan.
|
Alphad bawa kami sekeluarga keluar dari kebisingan bandaraya kepada kedamaian kampung. |
|
Sempat berposing lagi tu, lepas mandi. Kami berehat seketika di Surau Teluk Gunung, Merapoh. Tambah tenaga, makan laksam, ketika anak-anak sibuk mandi. |
Kami sampai kat Bechah Kelubi lebih kurang jam 12 malam. Kami dinner kat Sungai Bayu. Sup tulang, telur dada, budu serta ulam. Selalunya kami memilih gulai ayam kampung, tapi hari tu. Gulai ayam kampung dah habis. Harap tuan kedai jujur dengan kami. Kalau dah tak buat, cakap tak buat lagi. Senang sikit. Lain kali tak payah singgah lagi. Kedai tersebut dah beberapa kali bertukar tuan. Tuan yang ini, dah yang ke 4.
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan