Kelas Akademi Taipan.
19/6/2012.
USJ Taipan @ USJ 9.
Semakin padat. Semakin sendat.
Tahniah dan terima kasih pada yang hadir.
Terima kasih juga yang nak hadir tapi tak dapat hadir.
Akademi Taipan181, semakin kuat sedut orang.
Kuasa sedutannya semakin jauh.
Kuasa sedutannya semakin power.
Bila dah kena sedut, sukar nak terlerai.
Aku kongsikan dengan anda semua, beberapa foto yang aku sempat ambil dengan kamera cap ayam aku.
|
Kami juga ada bakal prospek semalam. Bakal prospek, dibawa oleh rakan niaga baru kami. Orang muda, orang produktif serta agresif. Kawan masih ramai. Kawan masih bersepah. Kawan pun tak pernah dengar pasal PB. Tak dapat G10 @ G15. Tak apa, asalkan nak mula. Kami sampai awal, belanja makan dulu. Bakal prospek semalam, amat positif. Insyaalah hari ini, urus dokumen. Sempat bulan ni kot. |
|
Sape kata BA dah tak laku. Inilah buktinya. Masih ada rumah yang belum guna BA. Peluang masih luas. Cuma kena rajin saja. Rajin buka mulut je. Bayar ansuran, pasti ramai yang nak. BA ini akan berpindah milik. Pemiliknya dah diajar, macamana nak pasarkan BA. Nampak kita jual BA pada pelanggang tapi sebenarnya kita bagi air bersih pada mereka. Mereka jadi lebih sihat. Lebih jimat. Air tak payah rebus dulu sebelum diminum. Jimat gas. |
|
Ini pula PB. Terhangat di pasaran. Macam goreng pisang. Tak sempat goreng, ramai yang dah menunggu. Habis stok kat HQ. Kena tunggu. Itu minggu lepas punya. Minggu ni bekalan dah pulih kembali. Saiz-saiz dah ada. Senang nak fitting PB. Sape tak nak kelihatan slim. Tak payah gi ke pusat slimming centre. Pakai PB dah cukup berkesan jika pakai ikut cara dan size yang betul. Selalu kita dengar, PB tak berkesan. Itu biasanya saiz tak betul. Ada pengedar main bagi je. Tak ukur badan betul-betul. Ada yang terlalu ketat. Pakai sekali, terus tak pakai-pakai. Ada terlalu longgar. Tak selesa nak pakai. |
|
Sampai belakang. Penuh. Sendat. Ini baru mula. Bila dah pertengahan, lagi penuh. Sedut jangan tak sedut. Beri peluang orang buat duit. Beri peluang orang ramai ubah lakaran hidup. Beri peluang orang ramai, merasai, pegang duit besar. |
|
Apa hak ni? Cari apa? Cari sampai jumpa. |
|
DDM K-Pet. Semakin berdesut. Semakin laju. Semakin deras. Sentiasa kreatif. Fokus. Ikut panduan/landasan yang telah digariskan oleh CDM. Bina hubungan mesra dengan rakan niaga dan sideline. Tahu apa yang patut buat. |
|
Ini pula 'Maharani'. Kehebatannya tak payah cite lagi. Punch 'Maharani', semuanya dah ada pemilik. Repeat sales. Cerita kehebatannya tersebar dari mulut ke mulut. Barang baik, mudah merebak, tak ada yang komplen. 'Maharani' ni sebagai maintain personal je. G15@G10 memang jadi pilihan utama. |
|
Pesanan-pesanan dari leader. Bertemu lepas kelas, fokus gerak kerja. Fokus pada killer produk. Jangan cuba-cuba buat produk kecil-kecil. Lambat kaya. Produk kecil amat sesuai untuk kita guna pakai sendiri sahaja. Kalau ada permintaan bolehlah dijualkan. Kalau nak beri tumpuan lebih, kita susah nanti. |
|
Lepas kelas, beginilah selalunya. Kumpul sana, kumpul sini. Pesan sana. Pesan sini. Bakar sana, bakar sini. Ajar sana, ajar sini. Ilmu dan tips diperturunkan oleh CDM kepada anak buahnya. Kalau ada prospek baru, kat sini juga jadi medan convince prospek. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan