Aku temui ini semua di Kota Kinabalu.
Popular IOI, aku tak jumpa.
MPH SACC MALL dan MPH Alamanda,
pun aku tak temuinya.
Tapi aku temui di Times Kota Kinabalu.
Nasib baik aku singgah tadi.
Dapat juga memilik 3 buah buku...
Indah tersusun buku-buku...di Kedai Buku Times. |
Kepimpimpinan Tok Guru Nik Aziz; Shahrir Mohamad Zain. Dah lama aku cari, kini baru aku jumpa. Malam ini boleh ... Muka suratnya hanya 104 sahaja. |
Gelombang Di Pesisir Waktu; Abdul Shukur Harun, Setiap minggu tulisannya muncul dalam Harakah. |
Sinema Spiritual; Faisal Tehrani. |
Aku dah berniat nak beli buku kat KK.
Ingat nak beli sebuah saja.
Tapi mana boleh tahan, terbeli 3 buah sekali gus.
LCCT tadi ada beli sebuah buku, baca atas flight ke KK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan