Kawan baru aku.
Bisness Card. |
Bisness kad. Kawan baru.
Aku jumpa semasa aku makan rojak 2 jam yang lalu.
Dia pula makan nasi lemak.
Masa aku sampai, dia dah nak habis.
Meja lain penuh, jadi meja dia je ada kosong.
Jadi aku minta izin untuk duduk semeja dengannya.
Lagi pun dia dok seorang diri je.
Dah duduk. Tak kan senyap je.
Hampir 30 minit juga sembang.
Baru kahwin, tinggal kat Sri Permaisuri Cheras.
Asal Besut, isterinya orang bukit marak.
Kerja kat Taman Perindustrian Kinrara,
tak jauh dengan Taman Bukit Kinrara.
Lulusan Universiti Teknologi Petronas.
Kerjanya buat sales, alatan makmal.
Income kencang juga, bila buat sales.
Berapa habis RM kahwin?
RM30,000.
Nasib baik, simpanan cukup.
Tak perlu buat loan.
Kat sini aku nak share.
Mudahnya nak dapat kawan.
Untuk tambah senarai nama.
Berani buka mulut je.
Dia tanya aku, apa aku buat.
Dengan bangga aku jawab.
"Saya buat Hai-O."
Akademi Taipan181.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan