Jom Follow

Sabtu, 16 Jun 2012

Kinrara-Muar-Kluang-Kinrara.

Kantin Pejabat Daerah Muar jadi tempat pertemuan dengan prospek CDM Kuyah. Orang tak ramai. Boleh sembang-sembang dengan tenang. Tak ada gangguan. Bakal prospek cepat faham. CDM Kuyah jumpa dengan prospek semasa Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya. Terima kasih buat prospek, sudi bertemu pagi tadi. Kat kantin ini jugalah tempat kami berempat breakfast. Nak cari restoran tersohor kat sini, tak tahu kat mana. Kat sini pun ok, nak lapik perut.
Bakal prospek datang bersama tunangnya. Prospek bertugas sebagai kakitangan kerajaan. Pernah join dulu-dulu tapi dah expired(bukan dengan Akademi Taipan181). Setelah dengar perkongsian pagi tadi prospek sekali lagi akan join bersama Akademi Taipan181. Urusan dana secepat mungkin. Masih percaya pada Hai-O, boleh buat orang jadi kaya. Bagusnya prospek siap ambil cuti lagi untuk merealisasikan pertemuan hari ini. Tak salah memilih CDM Kuyah sebagai upline baru serta Akademi Taipan sebagai pembimbing baru.
Destinasi ke -2. Maybank Muar. Nasib baik mudah nak cari. Tak perlu ambil masa lama. Ini aku tak ikut. Aku lepak kat kedai Mamak sambil baca buku. Hanya drop CDM bertiga je kat sini. Ini pula prospek CDM Roshila. Apa yang aku tahu. Prospek kat sini memang positif. Insyaalah masuk pakej. Staf Maybank ke tak aku tak pasti.
Wow! Tunggu demo selesai kat Maybank Muar. Aku tetap layan teman setia aku. Cukup dengan segelas teh tarik. Itu pun tak habis minum. Nak duduk tanpa oder apa-apa, segan pulak. Jadi teh tarik adalah permintaan aku untuk lepak lebih lama dari empunya kedai. Baca pun tak boleh laju sangat. Kena baca slow-slow, nak paham citenya.
Ha!ha!ha! Agenda makan tetap ada. Makan durian tepi jalan, semasa kami menghala Tangkak. Nak masuk highway. Sekarang ni musim durian sekitar Muar. Banyak orang jual durian tepi jalan. Betul-betul menguji kami punya kesabaran. Mana boleh tahan. Akhir berhenti jua. Sikit malang, durian kampung je tinggal. Durian kahwin dah habis. Kampung pun kampunglah. Asalkan rasa durian.

Kami sampai Tangkak jam 3.30 pm.
Lunch dulu meski pun lewat.
Perut dah lama menjerit terlolong.
Minta diisi segera.

Usai makan, kami ke rumah kawan CDM Kartini.
Taman Sri Kluang, nasib baik senang jumpa.
Kawan lama semasa sama-sama belajar kat UPM.
Cuma bidang study je berbeza, sama-sama menginap di KPZ.
Suaminya lebih senior dari kami.

Suami isteri cikgu.
Fotonya aku tak ingat nak rakam.
Lain kali anda boleh tengok.

Positif.
Setuju join.
Urus dana sendiri.
Bulan Julai, bonus masuk dan boleh memulakan bisness abad 21.
Boleh dapat pendapatan tambahan dengan buat bisness.
Lain daripada mengajar. Skill lain. Bisa jadi multiskill.
Macam-macam boleh buat dengan pendapatan tambahan.

Kami tahu, kawan kami tu memang dah selesa.
Dua-dua cikgu dan mengajar dah lebih 10 tahun.
Income dah kukuh, selesa hidup, impian banyak dah tercapai.
Kami berkongsi cara lain buat duit selain dari mengajar tiusyen.

Bergabung 3 CDM.
Berikan impak maksimum.
Mudah close. Prospek lebih yakin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger