Esok takut tak sempat.(kan ada ternanti-nanti pulak...hi!hi!hi!)
Esok pagi-pagi lagi nak ke Johor.
Ada appointment kat Muar dan Keluang.
Jadi malam ni, kena buat entri baru....
Petang tadi, keluar menuju Shah Alam.
Aku lepak sambil baca buku di SACC MALL.
CDM Kartini ada demo, gi dengan rakan kongsi barunya.
Jadi aku tak perlu ikut mereka.
Jadi aku ada masa free, aku gunakan untuk berbicara dengan buku baru aku.
Buku pun baru beli je. Kami sampai je SACC MALL dah jam 5pm.
Menuju surau tingkat 4, singgah dulu MPH kat tingkat 1.
Aku perlu teman selepas solat asar nanti, CDM Kartini ada demo.
Teman aku petang tadi. Ikut je aku. Tak banyak soal. Syok. Satu buku puisi dan satu buku pasal dunia buku. Aku beli kat MPH SACC MALL. |
noodle station stesen lepak aku lepas solat asar tadi. 90 minit juga aku menjelajah dunia puisi pyanhabib. Kurang paham tapi seronok dapat baca puisi. |
Satu belah petang dan satu lagi lepas maghrib.
Lepas demo pertama, CDM Kartini menyertai aku kat noodle station.
Sekejap je dan kami pindah ke Restoran Asiari.
Cari pilihan makanan yang membuka selera.
Sempat baca buku sebelum makanan sampai... |
Itu lebihnya bila berniaga, banyak surau yang kita pernah solat.
Lepas solat, sekali lagi CDM berdemo dengan rakan kongsi baru.
Aku berdesut ke TTDI Jaya, jumpa dengan CDM Nizam dan DDM Nizam.
Sembang berniaga. Sembang semangat. Sembang duit. Sembang LOPA. |
Sembang-sembang dengan rakan niaga.
Lama tak sembang panjang, macam-macam kisah keluar.
Paling penting kisah meniaga nak jadi, tak ambil peluang, diri sendiri yang salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan