Jom Follow

Sabtu, 16 Jun 2012

CDM Kartini Masuk Masterchef...

Hari ini CDM Kartini mencuba sesuatu yang baru.
Mencabar dirinya sendiri. Menyertai audition Masterchef musim ke-2.
Bila CDM Kartini menyuarakan hasratnya, Aiman dan Baby seronok sangat.
Mencabar CDM Kartini, jangan cakap saja. Mesti masuk.

Pagi tadi adalah hari yang ditunggu-tunggu.
Pagi-pagi dah bangun masak.
Nak bawa ke audition masterchef musim ke-2.
Audition hari ini dilakukan di Kolej Taylor.
Tak jauh dengan rumah kami.
Kerutuk Ayam.
 Ayam kampung tak ada. Ayam bandar pun ok.

Terkejut juga.
Ingatkan tak ramai.
Rupa-rupanya ramai juga. Lelaki ada. Perempuan ada. Muda ada. Tua pun ada.
Beratur panjang, tapi tak seramai audition akademi fantasia.

Semangat membara. CDM Kartini sedang isi borang baru. Borang muat turun pc, pihak pengurusan tak nak. Jenuh juga nak isi semula. Bukan sikit. 18 muka surat.
Dah siap isi borang. Nak serah borang pulak. Belakang depan tu, semuanya bakal prospek. Jangan lepaskan mereka begitu saja. Sekurang-kurangnya dapatkan no hp. Boleh di Taipankan.
Akhirnya sampai juga.
Lega dapat no KL 0175.
Aku.
Temankan CDM Kartini.
Nasib baik aku bawa buku.
Taklah boring sangat menunggu.

Lepas dapat no tu.
Kena tunggu lagi.
Tunggu untuk hidangkan masakan yang dibawa.
Chef akan merasa kita punya masakan tersebut.
Kalau ok, kena tunggu untuk ujian personaliti.
Kalau lulus ujian personaliti, esok datang semula.
Datang untuk memasak masakan yang kita bawa hari ini.
Kalau tak ok. Datang tahun depan pulak.

CDM Kartini.
Bawa kerutuk ayam.
Dah ok, tapi tak bawa nasi.
Chef tanya: "makan lauk saja ke?"
Ok, datang semula tahun depan....
Pengalaman pertama. Banyak dapat belajar.
Kalau ada audition kat tempat lain, mesti gi lagi.
Tapi malangnya kat KL adalah tempat terakhir audition tahun ini.

Ada yang datang ni, setelah gagal diaudition lepas-lepas.
Kuantan dan Penang.
Mereka dah tahu, macamana nak persembahkan makanan yang dibawa.

Nak masuk.
Tak boleh terlibat langsung dengan industri masakan.
Tak pernah ikuti kursus. Tak boleh kerja hotel.
Nak yang betul-betul 0.

Tapi ada juga yang datang dari chef hotel.
Tapi mengaku sebagai driver bas. 
Nak masuk punya pasal....
Ini aku dengar, dia dok sembang-sembang sebelah aku.

Ada juga yang ada kedai makan.
Tapi mati-mati mengaku tak pernah masak untuk kedainya.
ha!ha!ha! nak kelentong la tu...

Ada juga sahabat kita.
Datang dari Felda Selancar.
Nak masuk masterchef.
Antara mereka yang nak masuk masterchef musim ke 2. Beratur nak serah borang penyertaan. Terkejut juga aku. Macam-macam jenis orang ada. Anak murid aku pun ada. Datang untuk temankan isterinya. Hari ini lebih 300 peserta yang mendaftar. Datang tengok tu, jangan kira. Aku dok dengar mereka sembang. Mengalahkan Chef-chef ternama gayanya. Masak aku tak tahula....


Akademi Taipan181.

1 ulasan:

Sociable