Jom Follow

Ahad, 10 Jun 2012

JTS 6; Tayar Kereta Pancit.

Wow!
Sedar-sedar dah terang benderang.
Mentari pagi dah segalah tinggi.
Sampai dari Safira Club, terus tidur....
Jam 6 am, solat subuh...
Sambung sikit lagi tidur..

Kepenatan!!
Program JTS diadakan untuk beri ilmu, bimbingan dan motivasi pada rakan niaga akademi. JTS diadakan setiap bulan. JTS adalah pelengkap pada kelas mingguan akademi iaitu diadakan pada hari rabu setiap minggu. Beruntunglah siapa yang ambil peluang tambah ilmu dan amalkan ilmu yang dipelajari. Insyaalah bisness akan menjadi-jadi. Tak datang kelas. Usah salahkan akademi, andainya anda bisness sekerat jalan.

Semalam ke Safira Club.
Agenda bisness, hadiri JTS 6.
Jam 4.20am turun dari rumah.
Sasarannya jam 7 dah masuk Penang,
cari roti canai Transfer Road.
Tersadai tepi jalan....

Terima kasih Abg PLUS RONDA.
Wow! lajunya bas...CDM Kartini

Malang tidak berbau.
Kereta kami pancit kat highway PLUS.
Kejadian berlaku selepas susur keluar Bukit Merah.
Tengah laju, nasib baik tak ada apa-apa.
Berhenti kat selekoh, menakutkan.
Kereta, bas, lori semuanya laju-laju.
Nak tukar tayar pun menakutkan...hi!hi!hi
40 minit juga tunggu PLUS RONDA.
Sudahnya orang PLUS RONDA yang tolong tukarkan tayar.
Lagi pun kita dah bayar tol....kalau tak mereka tak ada kerja pulak. hi!hi!

Dah lewat tak jadi masuk Penang.
Terus je ke Safira Club.
Hanya sempat singgah kat Pelita Seberang Jaya.
Alas perut sebelum tibai sakan tengahari nanti.
Sampai kat Pelita jam 8.30 pagi... breakfast bersama Chek, Shatiroh dan seorang rakan niaganya..



Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger