Jom Follow

Isnin, 11 Jun 2012

Buku Aku; Koleksi Cuti Sekolah.

Koleksi buku semasa aku bercuti 10 di kampung.
Bechah Kelubi, Pasir Mas dan Kob Berangann, Pasir Putih.
Dua-dua tempat di Tanah Serendah Sekebun Bunga.
 
Buku-buku ni aku beli di Syarikat Muda Osman(SMO).
Wakaf Che Yeh.
Rantau Panjang.
Pasir Putih.
Kota Baru( Depan Bazar buluh kubu)

Setelah aku menelaah Majalah Anis cite pasal Hasrizal Abdul Jami. Aku semakin tertarik untuk menggali ilmu dari buku-buku beliau. Salah satu buku terbaru aku beli yang inilah... lepas ini akan menyusul buku-buku lain hasil tulisan beliau.

Banyak dapat ilmu. Seronok baca. Tak rugi memiliki buku ini. Ada sikit lagi nak habis. Sat lagi aku masuk opis. Boleh habis barangkali.

Novel 'Korban Fitnah'. Best. Seronok baca. Puas hati walaupun ambil masa beberapa hari untuk tamatkan pembacaan aku. Kisahnya suka campur sedih. Diadun sebaik mungkin. Novelnya sedikit berat. Itu yang ambil masa lebih lama.

Setelah aku baca buku ini. Aku jadi semakin teliti setiap kali baca buku. Kena faham bila baca. Jangan main baca je, tak tahu apa yang dibaca. Buku ni dah habis...

Buku ni belum buka lagi. Mungkin bila aku nak ke Vietnam baru aku baca. Simpan elok-elok. Bila nak, senang nak cari..

Buku ni dah baca. Tak habiskan. Tinggal sikit je. Dah tahu, kesudahannya.
 Membaca jambatan ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger