Petang ni, aku kongsi gambarnya yang terbaru.
Gambar semasa berada di Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Bergaya dengan jersi kelate.
Amar suka pakai baju-baju bola.
Minat sepak bola..
Macam dia je ada anak laki. Orang lain pun ada. Dok tunjuk, gambar anak dia je. Sabar bro. Saja nak kongsi. Tak sudi tengok tak apa. Mana tahu ada orang lain yang suka tengok. Lagi pun dulu tak pandai berfb dan berblog. Jadi tak adalah gambar-gambar Si Aiman dan Baby.
Bukan mudah nak besarkan anak masa kini. Pelbagai cabaran. Salah didik, parah hasilnya. Dunia tanpa sempadan. Dunia di hujung jari. Banyak perkara boleh dapat dengan sekali tekan. Baik ada. Tak baik ada. Kita tak boleh sekat. Kita tak sedar. Kita sekat kat rumah. Mereka gi ke CC.
Dunia hari ini. Kehidupan beragama semakin jauh. Masing-masing alpa.Masing-masing terlebih fokus pada dunia. Terlebih fokus pada kesenangan sementara. Pendidikan agama dan sahsiah terkebelakang. Solat serta mengaji bukan prioriti lagi. Kalau anak-anak dapat hafal lagu. Mak bapa cukup bangaa. Kalau anak-anak pandai tiru gerak tari penyanyi tersohor. Mak bapa amat bangga.
Kos pendidikan. Tak payah cakap. Melambung tinggi. Setiap tahun naik. Yuran pendaftaran cecah RM1000. Belum masuk pakaian, buku-buku dan pengangkutan. Yuran bulanan lagi. Mau cecah RM500 sebulan. Itu kalau nak tadika terbaik. Kalau nak murah boleh pilih Tadika Kemas atau Tadika Perpaduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan