Jom Follow

Rabu, 27 Jun 2012

Ramlah bt Johare; Kongsi Perak.

Puan RAMLAH BTE JOHARE.
Kami berjumpa dengan dia tengahari tadi.
JM Biryani Gam Puchong Jaya jadi tempat pertemuan kami.
Dah beberapa kali buat janji temu,
hari ini baru kami ada kesempatan bertemu dengannya.
Ternyata dia tidak jemu untuk call dan call lagi sehinggalah kami kata 'yes' hari ini.
Sanggup datang ke Puchong Jaya, bagi menjadikan jadi pertemuan hari ini.

Kami bertemu buat pertama kali di PWTC,
ketika kami menyibukkan di Ekspo Beli Barangan Malaysia.
CDM Kartini sibuk mengedar bisness kad.
Dia pun sibuk mencari mangsanya.

Masa tu, dia dah bagitahu, apa dia buat.
Simpanan perak untuk masa depan.
Kami pun berminat, nak jumpa.
Nak tahu apa itu pelaburan perak.
Orang lain sibuk-sibuk bikin emas.
Tiba-tiba dia ofer, perak pula.

Setelah berlakunya pertemuan pada hari ini.
Pahamlah kami, bukan pelaburan perak sebenarnya, tetapi simpanan perak.
Dia siap bawa buku, pasal kenaikan harga perak di pasaran dunia.
Lebih tinggi dari emas katanya....

Dia juga terlibat dengan Uptrend.
Selain Uptrend, dia juga buat perak.
Trading perak, bersama World Dirham Berhad.
Pemiliknya ialah Cikgu Amir, top leader Uptrend.

Dia bersara awal dari TNB.
Mahu bebas, dengan ikut jejak Cikgu Amir....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger