Jom Follow

Khamis, 29 April 2010

Terkenang Masa Dulu-Dulu


Ni nak kisahkan sikit pasal kami. Sebelum kami ceburi perniagaan MLM. Sebelum meniaga ini dulu-dulu pun ada meniaga juga. Kahwin 1998, lepas tu menyewa kat Taman Desa Serdang. Tahu kat mana Taman Desa Serdang. Letak di Besraya. Sebelum jumpa Serdang Lama, akan jumpa dulu. Senang cakap belakang Restoran Maulana. Masa kami tinggal, Restauran Maulana belum ada lagi. Penyewa kat situ asyik bertukar saja, meniaga tak jalan. Selepas Maulana ambil alih baru hidup. Itu pun selepas kami pindah. Ada satu lagi, Klinik Dr R Daya dah ada. Macam doktor pribadi pulak. apa-apa hal, r daya jadi tempat rujuk. biasanya demam dan nak MC sakit. Kami Menyewa flat. Rumah sewa kami ditingkat 4. Asyik kena menapak. Masa tu ok lagi.Masih muda. Masih bertenaga. Sebelah Minlon. Berjiran dengan jalan kereta api dan komuter. Hidup pun tak senang sangat. TV pun sewa masa tu. Nak beli TV tak cukup duit. Nasib baik ada TV sewa. Krisis air pun berlaku, air kena catu. Kenapala krisis air berlaku ketika kami dok kat tingkat 4. Bawak air dengan baldi, naik kelantai 4. satu baldi pun dah cukup susah. Nak menangis pun ada. tapi itu dah jadi kenangan. Masa itu juga elektrik pun ada masalah. Maklumla Sukan Komenwell.  

Geng kami yang tinggal kat situ.
Habibah(pensyarah UPM) dan Yet( mengajar di sekolah sains selangor masa tu tapi sekarang mengajar di sekolah alam shah putrajaya). Mereka ini suami isteri. coursmate aku.
Kamaruszaman(pelajar sarjana masa itu dan sekarang usahawan berjaya)

Masa tu aku sedang belajar lagi. Ambil Sarjana Sains. Adalah sikit elaun. Tak silap aku RM1,300. Boleh bernafas. CDM Kartini je yang keje. Mengajar Sekolah Menengah Taman Datuk Harun, PJ. Duit tak berapa nak cukup. Kalau cukup sekali pun. Nak meniaga juga. Minat punya pasal. Suka punya pasal. Macam-macam nak beli. Macam-macam bekenan. Nak meniaga lain tak ada modal dan pengalaman. Masa belajar, belajar saja kerjanya dan tak ada niat pun nak buat apa-apa part time. jadi meniaga makanan je paling mudah. Cdm Kartini ada skill memasak. jadi meniaga nasi kerabu dan nasi berlauk. Nak buka gerai tepi jalan. Masa tak cukup. Nak gi macamana. Keta pun belum ada lagi masa itu. Hanya motorlah kenderaan kami. Nasib baik anak belum ada lagi.  Jadi kami letak kat KOOP UPM dan kat kolej KPZ. Kat KPZ sekejap je letak. Nasi habis duit tak berapa nak cukup. Jadi tak buat lepas tu. Kat KOOP tu lama jugala hantar. Dapat tampung hidup kami berdua. Ada juga yang komplen. Nasi kerabu basi. Maaflah. Tak sengaja.Mungkin masa bungkus tu nasi masih berasap lagi. Sape-sape yang terbeli nasi kerabu basi tu, maafkan kami. Hantar pakai motor, kena pegang raga lagi. Ada juga geng-geng yang gelak tengok kami. Kami tak kisah. Tak malu pun. Dapat duit. Cari rezeki halal. 

Sebelum tidur dah siap semua bahan-bahan. Pagi masak nasi je dan lepas subuh dok bungkus nasi. CDM Kartini mengajar petang. G sekolah pun menumpang kete kawan. Siap je g hantar. Itu bab pertama kami meniaga. Mesti buat kalau nak hidup senang. Kalau nak miliki macam-macam. Rumah. Kereta. Harta-harta lain. Itulah prinsip kami. Tak ada orang akan tolong kalau kita susah. Orang boleh bagi simpati je. Boleh bagi pendapat tapi tak bagi pendapatan. Nak minta dengan orang tua, memang tak patut. Nak hidup mestilah kreatif.

Peristiwa penting. Masa inilah Cdm Faridah, ajak Cdm Kartini gi meeting bop di kajang. tak bagi tahu nak gi mana pun. tiba-tiba je gi kat tempat amway. kalau awal-awal tahu,memang tak gi dah. bagus juga helah yang diguna pakai oleh Cdm Faridah. Balik je, Cdm Kartini berangan. Kalau dapat income seperti orang tadi kan bagus. apa nak buat. pendapatn abang hizam, masa tu RM8000. Langkah pertama menuju kejayaan. 

Lepas itu, gi lagi ke kelas di Bukit Fraser. Bermalam lagi. Dibakar habis-habisan. amway adalah jalan menuju kejayaan. jalan menuju kemewahan. jalan menuju kebebasan masa dan wang. produk-produk berkualiti dan banyak lagi.Masa itulah cdm faridah buat buku impiannya. buku inilah beri inspirasi dikala down.  Aku tak pi pun. Dok kat rumah jaga anak.

Lepas tu kami pindah ke Kampung Abu Bakar Baginda. Nak merasa rumah bawah pulak dan tuan rumah tak nak bagi sewa lagi. Masih aku ingat. Pindah, barang tak banyak. Tapi Abg Nuar datang ambil barang. Abg Nuar ada lori. Kami bakal berjiran dengannya. Kenal macamana? Cdm Kartini mengajar sama dengan Kak Zah, wife Abg Nuar. Barang naik lori. Kami naik motor. Malangnya hujan lebat. Basah kuyup. Sedih! Aku masih ingat lagi. Kalau tanya Cdm Kartini mungkin, tak ingat.

Kenangan dengan Abang Nuar dan Kak Zah. Ambil buah mempelam kat rumahnya. Masa itu mereka menyewa di taman serdang raya. Belakang fakulti vet. Mempelam tu dan kami jeruk. Jual. Masa tu duit dah nazak sangat. Esok baru gaji. Nasib baik laku juga jeruk kami itu. Dapatlah sambung hayat. Apa kami buat dengan duit tu. Pi tengok hoki kat Stadium Bukit Jalil. Bayangkan kami berdua, naik motor. Kelakar. 2 2 besar. hi!hi!.Bukan dekat tu. 

Tahun 1999 dapatlah beli kete Proton Iswara, lepas mengundi. Beli kat Kelantan. Kenangan bawa kete dari kelantan ke KL. Kete tu manual. MRR2 tak siap lagi, jam jalan dan kete mati 6 kali, sebelum sampai rumah. Kenangan yang terpahat kekal. Bukan pasal manual, tapi jarang bawa keta. jarang pandu keta. mana ada keta masa itu. nak bawa keta pun kena sewa. stress gila bawa keta hari itu.

Langkah mula panjang. Otak kian mula terbang apa lagi boleh buat. Keta kena bayar. Minyak kena isi. Pikir punya pikir meniaga barang siam lagi mudah dan murah. Balik Kelantan beli brooch kat Siam dan jual kat KL. Geng-geng sekolah dan mana-mana ekspo. Selalu balik 2 minggu sekali. Kadang-kadang setiap minggu. Lepas jumaat bertolak, sampai 3 pagi, tidur, pagi masuk siam dan esoknya naik kl lagi. Itulah rutin kami. Semangat dan tak ada rasa penat pun. Rutin tu berjalan selama 2 tahun jugak. Jual kat sekolah-sekolah dan car boot sale Shah Alam, tumpang tapak orang. lepas tu, sewa tapak sendiri. itu pun tak lama. Kenangan cukup mendewasakan kami.

Hari ahad pagi-pagi dah keluar. Bayangkan kami sumbat payung dalam keta Proton Iswara. Masuk melalui bonet belakang. Hulur sampai ke kaki belah penumpang. Tempat duduk belakang isi dengan barang nak jual. Tengah hari balik. Berapa dapat, ok saja. Biasanya habis. Kami berniaga selalunya bersama Cdm Safiah Jamsari. Kongsi tapak kadang-kadang. Aku masa itu, pusing-pusing. Cari gerai jual buku dan majalah lama. Sebab itulah kami punyai banyak sangat majalah-majalah lama. Majalah seperti Wanita dan Jelita, terutamanya. Anak tinggal kat rumah pengasuh. Nasib baik dapat pengasuh baik. Kadang-kadang anak tidur rumah pengasuh. Hubungan baik masih berjalan hingga kini. 

Kenangan yang masih tebal, semasa kami tinggal di kampung abu bakar baginda. Kami berjiran dengan abang nuar. Tuan rumah orang kajang. Dalam tanahnya hanya ada kami berdua je. Tanahnya 2,3 ekar juga. Malam-malam sunyi. Nak ke rumah kami. Masuk kampung abu bakar baginda dari UNITEN, belok kiri, jalan terus hingga naik bukit sikit. Atas bukit tu ada rumah belah kanan. Kat situlah rumah sewa ke 2 kami. Semasa tinggal kat situ, jalan belum siap sepenuhnya lagi. masih lagi jalan kecik dari tol UPM. Putrajaya baru buka. Tak sibuk sangat lagi. Kalau ada yang masih ingat. Kat kuil hindu tu, ada simpang 4 dan ada trafik light. 

Ramadan. Kami meniaga tart nenas. Tahunnya aku tak ingat. Apa yang pasti sebelum menceburi dunia hai-o. Cdm Jamsari safiah yang jual kat PKNS Shah Alam. Ajak anak buah datang tolong. jem nenas, buat sendiri. beli nenas. blande dan masak. bukan mudah tapi nak jimatlah katakan. buat pun main ikut-ikut. ada besar dan ada kecik. botol pun kami ambil dari kelantan. kami isi penuh kereta. kelakar pun ada. padahal kat KL pun ada. Harganya pun sama. Pengalaman berharga. Berminyak satu rumah. Tak untung pun. Tak pakai maejering tapi pakai barter. Nak sedap. Untung entah ke mana. Seronok berniaga.
Satu lagi kenangan. Cdm Faridah datang ke rumah. Bawa upline. Beri semangat kat Cdm Kartini. Ajak terus fokus pada perniagaan amway yang dia sedang. Nama orang yang dia bawa, aku tak ingat. Apa yang pasti seorang lelaki.

Seronok dengan kehidupan itu, duit cash ada tapi simpanan tetap tak banyak. Tak boleh buat harta. Makan memang mewah. Cakap je mana kedai sedap. Kami pasti sampai. Bila sedap, hari-hari kami sampai. 

Bulan ramadhan ambil tapak kat bazar ramadhan kat lorong tengku abdulrahman. Jual brooch. Sempat 3 kali ramadhan. Kami pikir mudah je, buat, buat, buat dan jangan pikir negatif. 

Duit, duit, duit. Selalu ingat kami akan meniaga besar juga suatu hari nanti. Semangat dan impian ada. Orang lain boleh, kenapa kami tak boleh. Orang lain boleh memiliki kereta mewah, aku juga ada keinginan nak memilikinya. Orang lain dah memiliki rumah, kami juga ada keinginan memiliknya. Kalau ingin saja dan tak ada fulus. Memang tak boleh dapat. Tunggu ikan keli bersisik pun tak akan dapat. Sampai bila nak menyewa. Sampai bila dok, lihat kesenangan orang. Aku pun nak merasa juga. Masa ni aku dah mengajar Sekolah Menengah Teknik Cheras.


Mei 2001 kami mula kenal dengan hai-o. Kawan semasa CDM Kartini mengajar kat PJ. Kami dah tinggal di Taman Desa Damai, Sungai Merab. Masuk ikut pusat latihan orang kurang upaya, Bangi. Rumah yang kami beli. Guna pinjaman kerajaan. Datang rumah, lepas maghrib. Cakap-cakap kejap, terus masuk bilik. Aku buat tak kisah. Aku pun tak ingat. Sembang ke tak sembang dengan Jamsari masa itu. Datang cite pasal satu peluang hebat dan ikut firasatnya meniaga ini memang boleh berjaya. Memang boleh buat duit. Memang boleh buat kita kaya. Produknya pakaian dalam, Beautiful. Produk ajaib. Produk kesukaan ramai. Produk orang perempuan. Orang perempuan mesti suka dengan Beautiful. Pakaian pembentukan badan. Boleh kurus kalau kena dengan cara pakainya. Fokus pada satu ni je walaupun harganya RM 2000. Produk lain ada, tapi jangan kisah dengan yang lain-lain tu.

Setuju nak buat tapi ragu pun ada. Cuba-cuba. Try-try. Kita cuba dulu esok kalau orang nak, kami buat. Lepas sekolah CDM Kartini bawa upline jumpa dengan beberapa prospek. Mereka tak nak. Semangat merundum. Dah sah, susah nak jual. Sah orang tak suka. Harga mahal dan tak semua orang mampu beli. Buat keputusan tak nak buat. Tak nak buat. Tak nak join. Tak nak terlibat.

"Tak nak ikut tak apa, aku nak buat." Kata upline.
" 3 bulan lagi aku jumpa balik."

Lepas tu upline senyap dah tak call kami. Pasal meniaganya kami dah tak ambil tahu. Tak ada hubungan lagi. Buatlah berniaga seperti biasa. Jual-jual apa yang boleh jual. Selepas 3 bulan, upline betul-betul datang dan tunjukan cek bulan ke3 sebanyak RM 14K. Terkejut! Tiba-tiba keyakinan datang. Dia boleh, aku pun mesti boleh juga. Dulu ragu dan kini betul-betul percaya. Hai-o ada masa depan. Bukti depan mata. Saat itu terus melekat. Disini juga kami belajar, sekali tak nak bukan bererti selama-lama tak nak buat. Kena g lagi. Kami masuk pun selepas 2 kali dengar. Kalau anda sekali jumpa orang tak nak, jumpa sekali lagi. Sampai 4,5 kali pun tak apa. kena pujuk lagi. pujuk dan pujuk lagi. mana tahu prsopek akan setuju. itulah dia kuasa follow up. Tak follow up, mati berniaga.

Nak buat. Nak join. Nak ikut. Kena pakai dulu Beautiful. Nak pakai, ada duit. RM 2000 tu. Banyak tu. Kesian kami, 2 2 makan gaji. Gaji ijazah lagi. Nak beli barang harga RM2000 pun tak mampu. Betul-betul tak ada duit. Pakai mesti. Kalau tak, tak boleh berniaga. Nakjual, tapi penjualnya tak pakai. Tak masuk akal. Pikir punya pikir. Upline beri pakai dulu. Hutang. Dapat bonus bayar. Mesti jual 10 set. Mesti jual. Itu target kena capai. Mesti capai. Bila keyakinan diri tinggi. Mudah orang percaya dan beli. Kawan-kawan sekolah yang beli. Dalam bulan pertama, dengan jual satu satu. Dapat capai 10 set juga. Set terakhir, terjual di Felda Simpang Waha Kota tinggi johor. Dapatlah bonus RM4000 lebih. Boleh bayar hutang.

Kenangan.
Jaga anak. Layan anak. Ada keta melintas. Jengok ke luar. Harap-harap wife yang balik. Bukan lagi. Cdm Kartini balik malam. Lepas sekolah terus gi berniaga. Terus jumpa prospek. Nak laku 10 set bukan mudah. Kena jumpa ramai orang.
Stesen minyak caltek kat seri kembangan, tempat aku tunggu wife balik demo. Beberapa kali juga.

Itulah permulaan kami buat meniaga ini dan keputusan itu telah mengubah kehidupan kami sekeluarga. Tak sangka boleh jadi begini. Itu pun selepas 3 bulan baru kami masuk, kalau masuk masa pertama kali upline datang mungkin sejarahnya lagi berbeza. Tapi kami tetap bersyukur. Benarlah kata bijak pandai kehidupan masa kini, berkait rapat dengan keputusa-keputusan yang kita ambil masa lalu. Kalau kami terus menolak dan ego tak nak ikut orang berjaya. Tak tahu macamana kehidupan kami. Syukur pada Ilahi.

Bulan ke 2. Berjalan seperti dirancangkan, yang beli dan pakai dalam bulan pertama. Nak join dan nak berniaga. Dapatlah jadi SSM dan bulan ketiga terus jadi DSM. 

Akan ada sambungannya nanti!!!

april g, mei ku nanti

bulan april akan berakhir esok malam. esok malam last closing. apa-apa yang berlaku kita tak payah susah hati. closing sikit tak apa, kita banyak belajar. bonus sedikit turun, tak apa bulan-bulan sebelum tu belum habis pakai lagi. belum tau lagi, bonus pun belum keluar lagi. jangan dok risau, itu tak boleh bayar, ini tertunggak. kabar-kabar angin menyatakan, meniaga kita teruk tu tak betul. meniaga taipan macam biasa, malah semangatnya menjadi-jadi bulan ini. volume belum tentu turun. cdm, ddm nampak kegilaan semula. orang baru lagila. sebelum ramai yang dah selesa, projek baru ini bangkit semula. tak boleh rasa selesa lagi selagi belum capai bonus wawasan setiap bulan. meniaga menuju kearah kestabilan dan mantap.

nak kata kerja kena lebih pun saya rasa tak jugak. kerja lebih pun tak apa, itu yang kita pilih. cuma kalau yang group belum besar kena lebih kuat kerja lagi. saya amat berharap sangat, semua orang melihat projek ini perubahan untuk lebih besar lagi bonus dan kesenangan boleh dikongsi oleh semua orang. ramai lagi orang yang boleh masuk.

orang masuk ada 2 sebab. pertama dia percaya kepada kita. sebab ke2 mereka masuk kerana percaya kepada peluang yang kita kongsi dengan mereka. anda pun boleh bezakan antara kedua-duanya.

catatan ini nak ulas pasal target bulan mei. berapa kita nak closing, berapa orang kita mesti jumpa. ini amat penting. kena buat segera. ada sehari lagi nak buat target. sebelum tidur malam ini buat target. kalau tak tahu nak buat, kalau takut-takut nak buat, bincang dengan upline. tahulah dia apa nak buat. target mesti besar, jangan pulak nak 10 je. itu terlalu kecil dan tak sesuai dengan orang sehebat anda. kalau boleh biar terkejut orang dengar. 20 ke, 30 ke, 40 atau 50 sekali pun. ini semua tak mustahil. pecahkan kepada minggu pulak. lepas tu pecah lagi kepada harian pulak. hari-hari kena tahu/baca/sedar hari ini aku mesti jumpa berapa orang. jangan main-main. kalau dok main-main tak kaya anda. tak senang anda. tak selesa anda. lepas je seminar 1/mei terus bekerja. bulan mei pasti meletup, bikin terkejut hai-o dan group lain. mesti ada target. mesti ada target, mesti ada target. tulis dengan terang dan sentiasa bawa bersama. sebelum demo baca, selepas demo baca, tunggu demo baca. berulang kali baca ianya akan masuk kedalam minda bawah sedar. dah masuk, kualiti kerja dah lain. semangat gila akan datang. kena tambah kerja kalau mahu dapat lebih lagi.

group lain masih tak boleh terima perubahan. kata mereka perubahan ini membawa ke arah kemusnahan mereka. tercari-cari solusi terbaik. tapi kita dah dapat sebab kita terima perubahan dari sudut positif. perubahan membawa angin baru. meniaga nak besar, mesti berubah.

network kukuh

Dok kat Airport Labuan, tunggu nak berlepas ke Kota Kinabalu. flight jam 1.50. naik maswing. Sebelum datang sini sempat makan dulu kat restoran port view. depan alliance bank, dulu restoran cina. dak bertukar kepada restoran melayu. din nama tuannya. sempat sembang dengannya. dah 24 tahun dok kat labuan. pencen tentera. asal dia bukit mertajam dan isterinya asal batu gajah perak. anak 4 orang semuanya lelaki. 2 sebagai tukang masak kat kedainya. 2 lagi kerja kat semenanjung.
sudah 24 tahun menetap kat labuan. setelah bersara dari perkhidmatan tentara, menetap kat sini. Berniaga kedai makan. selain tu aku rasa macam-macam dia buat. dah stabil dan kukuh ekonominya. Dah bersedia untuk balik ke Perak. Apa yang nak catatkan disini ialah perlukan masa yang lama dan kerja berterusan kalau mahu mantap dan kukuh keewangan kita. Berjayalah katakan. Itu kerja atau meniaga konvesional. Aku pun pikir-pikir, nak kaya dan senang perlukan masa, tak boleh dalam masa singkat.

Cuba kita kaitkan dengan MLM, pastilah perlukan masa juga. Benih yang disemai, perlukan masa untuk tumbuh dan mengeluarkan hasil. Kena siram, baja dan racun. bukan main tanam je tanpa kisahkannya. MLM bukan skim cepat kaya. MLM bukan boleh kaya semalaman. MLM bukan dok saja boleh kaya. MLM bukan masuk dan tunggu jadi. MLM kena buat baru jadi. MLM kena usaha berterusan baru berhasil. MLM perlukan masa untuk stabil dan kukuh. Bukan 1,2 tahun, malah perlukan lebih dari itu lagi. bergantung kepada usaha seseorang.

Network kukuh tu macamana? Ikut MP hai-o. kalau lain syarikat lain pulak MP. Hai-o perlukan 6 kaki, kalau nak dapatkan semua bonus yang ditawarkan oleh syarikat. setiap kaki mesti ada cdm/ leader yang lepas car fund setiap bulan. Ini baru kukuh. Kalau nak kukuh lagi setiap kaki tu lepas wawasan. lagi kukuhla kita punya network. saya tau susah nak capai. ada yang dah buat 4,5 tahun pun masih belum jadi. kalau ada pun tak konsisten. apatah lagi yang baru jadi cdm 1,2 tahun. ada cdm yang tak boleh lahirkan cdm pun walaupun dah jadi cdm 2 tahun. lagi lambat nak network nak kukuh.

jangan kecewa kalau meniaga sekejap naik, sekejap turun. orang baru masuk, orang lama pergi. ramai yang alami semua ini. perlu belajar je dari yang lama. tapi ramai yang malu nak belajar. saya tahu ramai yang pening dok pikir bagaimana nak buat nak bagi jadi, seperti yang dok jadi-jadi. bertanyalah. bergurulah. masalah yang dialami, penyelesaian pada cdm otai. tak payah dok cuba, jaya. buang masa je. ada yang dok cari orang baru je kejonya. bila nak jayakan orang lama. attitud anda kena berubah. mungkin cite MP anda ada benda tersembunyi, lepas masuk baru mereka tau. frust mereka. mereka pun tak datang meeting, tak tunjuk orang, tak berniaga pun. nada pun lepas tangan. salahkan rakan kongsi baru padahal MP anda ada sesuatu tersembunyi.

nak kukuh network dengan strategi baru ni amat mudah. buat wawasan terus. bonus lagi besar dan kena bersedia buat kerja ganti. ganti apa? ganti yang matilah. ini kerja berterusan yang kita kena buat. selain buka kaki baru. nak dapat wawasan bukan kena sponsor 6 kaki tapi lebih. tak semua kaki tu boleh hidup dengan mudah. bina,bimbing dan ajar baru boleh hidup. kita kena turun sehingga 7 generasi dalam ikhtiar mencari/mengasah leader. penat? jangan pikir penat. pikir kalau mereka dah boleh buat sendiri, betapa senangnya kita selepas itu.

bertemu anda dipuncak kejayaan.

Rabu, 28 April 2010

jangan tidur lagi.

semalan sedang baca buku sambil ikuti program "jangan tidur lagi" kat tv3. ada balasungkawan achik spin. mula-mula dengar dulu terkejut jugak. meninggal pada 17/4/2010. kemalangan dilebuhraya kajang seremban. masih muda, tenaga masih banyak, tengah semangat berniaga dan masih banyak lagi impian yang belum tercapai. tapi itulah takdir. tak siapa boleh menghalangnya dan tak ada siapa yang tahu. bila saat kematian. dalam rancangan tu, dia meniaga dan ada sesuatu yang dia tinggalkan untuk keluarganya.

kalau itu terjadi pada kita. apa pendapat anda semua.

ketika masih hidup, badan masih sihat, tenaga masih banyak, peluang depan mata tak kan nak tengok saja. cari duit banyak-banyak. kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari. mana tahu kita sakit dan dah tak boleh wat kerja. boleh guna duit yang kita cari sekarang. mana tahu kesihatan kita merosot, memerlukan duit untuk kos rawatan. duit dah ada boleh kita guna. rawatan hospital kerajaan lambat, tapi kalau hospital swasta cepat, cuma sediakan duit je. saya ada pengalaman. ibu mertua sakit dan perlukan rawatan segera, mana nak g. tentulah hospital yang boleh cepat. jadi g ke hospital pakar perdana. kos rawatannya boleh tahan. kalau tak buat mlm ni mana ada duit nak tampung kos. kalau tunggu hospital kerajaan mau sebulan lebih. itu baru nak jumpa pakar. ini sehari je dah buat semua pemeriksaan. oleh itu carilah duit banyak-banyak, ada gunanya. ada juga yang saya kenal alami keadaan yang sama. menanggung kos perubatan yang tinggi. andainya masa tu kita tak ada duit nak berubat. apa je yang kita boleh buat, selain berdoa. tak kan berdoa saja, ikhtiar pun kena lakukan jugak. ada yang perlu kos perubatan tinggi, dia tak mampu nak sediakan untuk perubatan orang tua. masa tu dah buat hai-o, buat main-main, tak bersungguh-sungguh, dah cukup dengan 4,5 ribu sebulan. bila orang tua sakit dan belanja perubatan mahal. duit tak cukup, menyesal tak buat betul-betul dan simpanan banyak-banyak. sesal mastu dah tak berguna lagi.

oleh itu, buatlah mlm ini ketika masih sihat, peluang masih terbuka. kumpullah duit banyak-banyak. kita akan gunanya bila-bila. sakit demam kita tak tahu. buat simpanan untuk anak-anak, masuk takaful ke, atau seumpamanya. mana tahu kita pergi awal, sekurang-kurangnya ada duit dari takaful. anak-anak tak terbiar, duit ada. ingat kita tak tahu bila ajal kita sampai.

untuk pendidikan, kita boleh menabung. siapkan setiap orang sekurang-kurangnya rm100k. mereka belajar tak payah pinjam duit kerajaan lagi. tak ada hutang. belum habis belajar dah ada hutang. zaman saya dulu, kerja baru kita buat hutang. ini tak habis belajar, belum kerja pun dah kena bayar. tak bayar kena blacklist.

kita sibuk pun tak apa. banyak masa habis atas jalan tak apa. kita tahu apa yang kita buat. kadang-kadang seharian kita sibuk. tak apa. kita buat untuk anak-anak jugak. ada orang kata anak terbiar. tak dapat kasih sayang. tapi ingat kita buat ini semua untuk mereka juga. perhatikan orang cina, mereka lagi dasyat, tinggal anak, jumpa seminggu sekali je. tak susah pun. anak mereka tetap berjaya jugak.

kita mesti ada target, berapa simpanan kita nak buat dalam beberapa tahun ini. usaha betul-betul, kita akan mencapainya. katakan nak ada simpanan rm 3 juta. tak mustahil kita boleh capai. dah ramai yang berjaya simpan sebanyak itu dengan buat hai-o.
bertemu anda dipuncak kejayaan.

MARAH!!!DAPAT DUIT

RAMAI DLINE TAK PUAS HATI DENGAN UPLINE. UPLINE PULA TAK PUAS HATI DENGAN DLINE. SIDELINE TAK PUAS HATI DENGAN SIDELINE. SEMUA ORANG ASYIK TAK PUAS HATI JE. TAK PUAS HATI ATAU MARAHLAH KATAKAN. INI SAYA NAK AJAR BAGAIMANA MARAH DAPAT UNTUNG, MARAH JE DUIT MASUK. MARAH JE PROSPEK DATANG. MARAH JE MENIAGA LAGI BESAR. MARAH JE GROUP LAGI KEMBANG.

SETIAP KALI MARAH/SAKIT HATI JANGAN PULAK DOK MENUNG, BERSEDIH HATI, DOK KAT RUMAH, TAK KELUAR-KELUAR. MARAH SITU, MARAH SINI. MERAJUK TAK NAK MENIAGA. SUMPAH SANA , SERANAH SINI. TAK DAPAT HASIL. HABISKAN BOREH JE. UBAH,UBAH. ADALAH LEBIH BAGUS
KALAU SETIAP KALI MARAH , KITA SPONSOR LAGI RAMAI. TAK PUAS HATI DENGAN UPLINE, KITA SPONSOR LAGI RAMAI. SAKIT HATI DENGAN DLINE, SPONSOR LAGI RAMAI. TAK PUAS HATI DENGAN SIDELINE, JUMPA LEBIH RAMAI PROSPEK. BILA MENIAGA KEMBAG, DUIT BANYAK MASUK, MARAH TU DAH TAK ADA LAGI. MARAH SEBENARNYA BILA MENIAGA MENJUNAM. MARAH BILA BONUS SEMAKIN KECIL.

KENA MARAH KAT BOS, HARI TU KITA JUMPA LAGI RAMAI PROSPEK. KENA SINDIR PENGETUA, COOL JE, BALIK NANTI JUMPA LEBIH RAMAI PROSPEK. KENA SINDIR OLEH RAKAN SEKERJA, SPONSOR LAGI RAMAI. TAK PUAS HATI MEETING DARI PAGI SAMPAI PETANG, BALIK MEEETING G JUMPA PROSPEK JE. JANGAN PIKIR PENAT. LEBIH BAIK PENAT KERANA BEKERJA, DARI PENAT KERANA DUDUK.

KALAU ITU YANG BERLAKU PADA KITA, BERUNTUNGLAH. RUGI UBAH JADI UNTUNG. MARAH UBAH JADI UNTUNG, TAK PUAS HATI UBAH JADI UNTUNG.

DISIPLIN

NAK MENIAGA MLM LAMA ATAU MENIAGA SEPANJANG HAYAT BUKANNYA MUDAH. KENA ADA DISIPLIN YANG TINGGI. TAK BOLEH IKUT NAFSU. NAFSU KITA HANYA NAK YANG MUDAH-MUDAH, KERJA PUN SANTAI-SANTAI, MAIN-MAIN. TANYALAH ORANG YANG DOK BUAT INI 17, 15,12, 10 TAHUN. KENAPA MEREKA BOLEH BERTAHAN SAMPAI KINI? APA SIKAP YANG MEREKA ADA.

DISIPLIN AKAN LAHIRNYA KETEKUNAN. BILA DAH NIAT DAN NEKAD NAK BUAT BETUL-BETUL. MESTI ADA PERANCANGAN DAN BUAT IKUT APA YANG KITA RANCANGAN SAMPAI JADI. BAB NAK BUAT IKUT PERANCANGAN NI YANG MASALAH. TAK RAMAI YANG BOLEH IKUT. INI YANG DIKATAKAN DISIPLIN. DAH RANCANG NAK JUMPA 3 PROSPEK SEHARI, KENA JUMPALAH. JANGAN PULAK 1,2 JE. DAH CUKUP. DAH LEGA. MESTI CUKUP 3 JUGA HARI ITU. BANYAK BERLAKU, 2,3 HARI PERTAMA JE BUAT. LEPAS TU DAH TAK BUAT. BILA BAK BERJAYA. JUMPALAH 3 PROSPEK SEHARI SELAMA SETAHUN. TENGOK APA JADI PADA MENIAGA KITA. NAK BERJAYA SAYA CABAR ANDA KALAU NAK BERJAYA CARI 100 RAKAN KONGSI BARU DENGAN PROJEK BARU. JANGAN TAKUT, BUAT KITA AKAN DAPAT. TAK ADA MUSTAHIL DALAM HIDUP.

KALAU KITA MASIH BEKERJA PUN KENA ADA DISIPLIN. LEPAS KERJA KITA MULA MENIAGA. KATAKAN SETIAP HARI 4 JAM. KENA BUATLAH. PUKUL 8 SAMPAI 12 MALAM. PUKUL 6 SAMPAI PUKUL 10. LAKUKAN INI SELAMA SETAHUN, BOLEH LIHATLAH BAGAIMANA KEMBANGNYA MENIAGA KITA. MASA REHAT TENGAH HARI JUMPA SEORANG PROSPEK. BUAT SETIAP HARI. TAK RUGI. ADA PULAK YANG TANYA. MANA NAK CARI PROSPEK? PROSPEK RAMAI, PANDAI-PANDAILAH CARI ATAU DARI SENARAI NAMA.

MULA-MULA DULU DAH NIAT NAK IKUTI MEETING 2 X SEMINGGU YANG TAIPAN BUAT. PERGI UNTUK 2 BULAN PERTAMA JE. LEPAS TU JARANG-JARANG NAMPAK MUKA, KALAU TANYA BANYAK ALASAN. MANA BOLEH BERJAYA. KITA DAH NIAT NAK IKUTI SEMUA PROGRAM SYARIKAT DAN GROUP. ITU PUN SEKEJAP JE. LAMA-LAMA MALAS NAK IKUTI. BILA NAK BERJAYANYA. DAH JANJI NAK IKUTI SEMINAR PUN TAK ADA MASA. BILA MAU BERJAYA.

DAH NIAT NAK BACA AL-QURAN SETIAP PAGI, 2,3 HARI PERTAMA JE BUAT, LEPAS TU TAK BUAT. DAH NIAT NAK SOLAT DHUHA SETIAP PAGI, PUN TAK BUAT. DAH NIAT NAK BACA AYAT SERIBU DINAR 3X SETIAP KALI LEPAS SOLAT, BUAT SEKEJAP JE, LEPAS TU TAK BUAT LAGI. DAH AZAM NAK JOGGING, PUN BUAT SEJERAT JALAN.

BANYAK YANG KITA BUAT SEKEJAP.TAK ISTIQAMAH, ISTIQAMAH,,,,KOMA,KOMA KOMA. TAK AKAN BERJAYA, KALAU BUAT SEKERAT JALAN. BANYAK RUGI,KELAK AKAN MENYESAL. MENIAGA INI KITA BUAT BUKAN KERANA ADA MASA FREE, TAPI KITA BUAT KERANA KITA YANG NAK BUAT. MASA KENA CARI,KENA TENTUKAN BILA KITA NAK BUAT.

DAH NIAT NAK JUMPA MENTOR SEBULAN SEKALI PUN TAK BUAT. MANA NAK BERJAYA. SAYA TAHU RAMAI YANG MENIAGA INI KALAU BERJAYA PUN SEKADAR CUKUP-CUKUP MAKAN JE. SAYA TAHU RAMAI YANG HILANG PUNCA. TAK TAHU MANA NAK TUJU. APA TINDAKAN SETERUSNYA. TAPI MASIH MALAS JUMPA MENTOR. BERUBAHLAH. BERUBAH MENJADI KAYA.

Selasa, 27 April 2010

PROJEK TERBARU

SALAM. BERTEMU LAGI HARI INI. SEDIKIT LAMBAT. SEMEMANG SAYA TELAH BERAZAM PADA DIRI UNTUK UPDATE SEAWAL PAGI. TAPI PAGI INI TERGESA-GESA KE KLIA. NAK TERBANG KE LABUAN. FLIGHT JAM 9 PAGI, TIKET TAK BELI LAGI. KENA LAGI AWAL BERTOLAK. TU SEBAB TAK SEMPAT NAK UPDATE. TERIMA KASIH KERANA ANDA MASIH SUDI MENGIKUTI CATATAN INI. BAHASANYA TUNGGANG TEBALIK. TAPI TAK APA, ASALKAN MESSAGENYA SAMPAI. MASSAGE IALAH MENIAGA MESTI BESAR, BONUS PUN NAIK. NAK ITU MESTI ADA CARANYA.

DIHARAP SEMUA LEBIH CERIA, LEBIH BERSEMANGAT DAN GEMBIRA LAGI. SAYA SENDIRI, SEMANGATNYA MENJADI-JADI. BETULLAH KATA OTAI NAK BERJAYA KITA KENA 'GILA'. LAGI CEPAT KITA JADI. UNTUK MAKLUMAN SEMUA TAIPAN TELAH DIKENALI SEBAGAI GROUP TERCEPAT, TERPANTAS DAN TERUNGGUL DALAM HAI-O. TAIPAN PALING IKUT KEHENDAK SYARIKAT. TAK PERCAYA KE! INI TAK SIAPA YANG BOLEH NAFIKAN. YANG TAK PEKA JE ATAU YANG SOMBONG JE.

PROJEK TERBARU MULA MENAMPAK KESANNYA. MINGGU 1-3. JUMPA RAMAI, CLOSINGNYA SIKIT. BUAT LAGI, BELAJAR LAGI, JUMPA LAGI, PERBAIKI LAGI SKILL, BINCANG LAGI, BERGURU LAGI, SEHINGGALAH KITA SEMUA DAPAT SKILL. KALAU BUAT KURANG, JUMPA SIKIT KITA LAMBAT DAPAT SKILL, MENIAGA PUN LAMBAT JADI. SKILL KENA BANYAK BUAT. TAK DATANG SENDIRI. JANGAN PULAK NAK TUNGGU, NAK TANYA SKILL ORANG LAIN. DENGAR ORANG CLOSING BANYAK, TERASA KERDILNYA KITA. CUBA TANYA BERAPA PROSPEK YANG MEREKA JUMPA. SEBELUM DAPAT SKILL. BERAPA KALI PENOLAKAN, SEBELUM JOIN.

MINGGU K4, RAMAI MULA DAPAT SKILL. ADA YANG SETIAP HARI CLOSING, JUMPA PROSPEK SAMPAI 10 ORANG SEHARI. HARI BERGERAK BEGITU PANTAS, TAK CUKUP MASA. RAMAINYA PROSPEK YANG MENANTI. SEMUA ORANG DAH BOLEH SHARING PELUANG HEBAT INI. TAK KIRA SIAPA MEREKA. KEMANA KITA PERGI, BERIKAN SENYUMAN DAN SALAM. KE PEJABAT POS, KE BANK, KE KLINIK, BAYAR BIL-BIL, BAYAR TOL, KEDAI MAKAN, PERGI SHOPING DAN MANA-MANA SAJA. AMBIL CONTACT DULU DAN BUAT TEMUJANJI. DULU KITA KENA PILIH-PILIH PROSPEK. BUKAN SEBARANGAN PILIH. ORANG KEJE KERAJAAN ITU YANG KITA TANGKAP. KALAU TAK SUKAR NAK DAPAT LOAN. SEKARANG NI RAMAI GUNA CASH ATAU KREDIT KAD. LOAN DAH TAK RAMAI LAGI. LAGI LAJU MENIAGA. LAGI CEPAT JADI CDM. LAGI CEPAT JADI JUTAWAN.
JUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN.

CAKAP-CAKAP BIASA KITA DENGAR.

PERNAH KITA DENGAR KATA-KATA SEPERTI INI.
' KALAU FREE DATANG KELAS.'.
KATA-KATA INI TAK BOLEH DIUCAPKAN PADA RAKAN KONGSI. SEPATUTNYA

' KALAU NAK BERJAYA MESTI DATANG KELAS'.
DUNIA SEKARANG NI, KITA KENA BERTERUS TERANG. BUKAN LAGI SEMBUNYI-SEMBUNYI. NAK JAGA HATI KONON.

' G DEMO LAGI PENTING BAGI AKU, DARI G KELAS'. INI PUN TAK BETUL.
KERJA PALING PENTING MLM IALAH DEMO TAPI JANGAN LUPA MAJLIS ILMU JUGA PENTING. TANPA ILMU MENIAGA SUSAH NAK KEMBANG, SEMANGAT CEPAT LAYU. KELAS-KELAS MAJLIS ILMU DAN TEMPAT ORANG -ORANG POSITIF BERKUMPUL. PERHATIAKAN CAKAP-CAKAP MEREKA. SEMUANYA MENJURUS KEPADA SEMANGAT, KERJA KUAT, KESABARAN, KETEKUNAN, KEBERANIAN, INSPIRASI. KALAU KAT LUAR KITA BANYAK DENGAR ORANG DOK CAKAP PASAL, TAKUT, KEMISKINAN, HUTANG, DAN BIL-BIL BERLAMBAK. BANYAK LAGI KATA-KATA NEGATIF. KADANG-KADANG KITA DENGAR PUN TAKUT.

' KAT KELAS ORANG CAKAP BENDA SAMA JE.'- BETUL KE BEGITU. INILAH PEMIKIRAN NEGATIF. SAYA DULU PUN PERNAH CAKAP MACAM TU. MENIAGA MASA TU TAK BESAR. CUKUP MAKAN JE. RAKAN KONGSI PUN TAK DATANG. IKUT CAKAP KITA. GROUP TAK KEMBANG, VOLUME KECIL DAN BONUS PUN SIKIT. RAKAN KONGSI AKAN BUAT APA YANG KITA BUAT. BUKAN APA YANG KITA CAKAP. DATANG DAN KUTIP ILMU SABANYAK MUNGKIN. AJAK SEKALI RAKAN KONGSI. BARU GROUP AKAN BERKEMBANG, TABUNG KETA LEPAS DAN BONUS WAWASAN LEPAS.

'BUAT APA DATANG KELAS RAKAN KONGSI SEORANG PUN TAK DATANG, UPLINE PUN TAK DATANG.'
MENIAGA KITA, KENAPA PERLU DLINE DATANG KELAS BARU KITA NAK DATANG KELAS. INI MENIAGA KITA. SEPATUTNYA KITA DATANG KELAS WALAUPUN TAK SEORANG PUN DLINE KITA DATANG. UPLINE TAK DATANG AKU MESTI DATANG. INI MENIAGA AKU. BUKAN MENIAGA UPLINE. SEPATUTNYA KITALAH YANG BAWA RAKAN KONGSI. JANGAN HARAP PADA ORANG LAIN.

'DAH BANYAK SANGAT SEMINAR, KELAS, BILA NAK BERNIAGA.' INI PUN SILAP SENDIRI. MENIAGA BILA-BILA PUN BOLEH. SEMINAR, KELAS NAK BAGI ILMU, NAK LAJU MENIAGA. SEBAGAI CONTOH. KIPAS KITA PUSING PAKAI TANGAN, BOLEH JALAN TAPI TAK LAMA DAN TAK SEJUK PUN. TAPI KALAU KITA GUNA ELEKTRIK, BERPUDING LAJU DAN KESAN SEJUK TERASA. ITU BERBEZANYA MENIAGA DENGAN ILMU DENGAN MENIAGA TANPA ILMU.

TRANSISI MENCAPAI MISI

TAJUK TERSEBUT TELAH DIKUPAS OLEH CDM HEBAT TAIPAN 181. SESIAPA YANG TAK HADIR HARI TU RUGI. KUPASANNYA PENUH BERSEMANGAT. LEPAS TU BOLEH BUAT ADJUST STRATEGI MENIAGA AGAR JADI LEBIH LAJU LAGI. MENIAGA LEBIH BOOM. MENIAGA LEBIH MELETUP LAGI. BANYAK BENDA YANG KITA BOLEH BUAT. LEBIH RAMAI LAGI ORANG YANG KITA BOLEH JAYAKAN.

KITA BUAT PERUBAHAN BUKAN KERANA GAGAL ATAU KURANG BERJAYA DENGAN STRATEGI
SEBELUM INI TAPI PERUBAHAN KALI INI UNTUK LEBIH BERJAYA. NAK BUAT LEBIH CEPAT JADI, NAK BUAT DUIT LEBIH BANYAK, NAK KURANGKAN % YANG GAGAL. NAK CAPAI BANYAK LAGI IMPIAN. NAK RAMAI-RAMAI JADI CDM, RAMAI-RAMAI JADI JUTAWAN. PERUBAHAN WAJIB KALAU MAU TERUS RELEVAN DENGAN KEADAAN SEMASA. STRATEGI LAMA TU DAH 5 TAHUN. MUNGKIN DAH TAK BERAPA SESUAI DENGAN TAHUN 2010. KENA BUAT PERUBAHAN LEBIH MENYELURUH KALI INI. SEBELUM NI PUN KITA DAH BUAT PERUBAHAN, TAPI SIKIT-SIKIT. ITU PUN KITA DAH BERJAYA. JADI PERUBAHAN KALI INI SEBAGAI TURNING POINT UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN LEBIH GEMILANG LAGI.

APA PERUBAHAN YANG KENA BUAT.
1) minda perlu diubah- mesti terima perubahan dengan positif, sesuai dengan kehendak semasa dan yakin boleh berjaya dengan strategi baru. perubahan ini menyedarkan kita dari zon selesa. zon selesa adalah musuh kepada kejayaan seterusnya.
2) SIAPA PERLU BERUBAH- DIRI SENDIRI YANG PERLU BERUBAH. TERIMA DAN KITA BUAT PERUBAHAN DULU, BARU RAKAN KONGSI AKAN TURUT BERUBAH.

PEPERANGAN DALAM MENIAGA.
STRATEGI INI TELAH LAMA DIKUPAS OLEH SARJANA. BERASAL DARI BUKU SENI PEPERANGAN SUN ZI, TAPI TELAH DISESUAIKAN DENGAN DUNIA PERNIAGAAN. TERUTAMANYA MLM. MLM BOLEH DIIBARAT SEBAGAI PEPERANGAN. JADI TEORI TERSEBUT BOLEH DIPAKAI DALAM MLM.
STRATEGI
1) RISIKAN- SEBELUM BERPERANG KENA TAHU DULU KEKUATAN DAN KELEBIHAN MUSUH. DALAM MLM MUSUH ADALAH PROSPEK. PROSPEK YANG KITA NAK JUMPA TU, KENA TAHU DULU SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANGNYA. KERJA APA, MINAT DIA, KEEWANGAN DIA,PANTANG LARANG DIA. INI KENA RISIK-RISIK DULU.JANGAN MAIN HENTAM JE. KALAU MAIN HENTAM MANA TAHU KITA TELAH PERLEKEH DIA, MERENDAH-RENDAH DIA.

2) PANTAS MASUK- CEPAT BETINDAK. JANGAN BERTANGGUH KALAU MAU BERJAYA. PROSPEK MASUK DENGAN ORANG LAIN. RUGI DAN MENYESAL. BANYAK DAH BERLAKU, SAUDARA MARA KITA YANG JOIN HAI-O DENGAN ORANG LAIN. KENAPA? KITA BERTANGGUH. NAK BELI KETA BARU NAK AJAK. NAK DAPAT CEK BESAR BARU NAK KONGSI DENGAN SAUDARA. MACAM-MACAM ALASAN YANG KITA BERI. ITULAH AKIBAT BERTANGGUH DAN BUAT KEPUTUSAN BAGI PIHAK ORANG LAIN. ORANG NI DAH BANYAK DUIT, HARTA BANYAK, TAK SUKA MLM, PENDIAM DAN BANYAK LAGI. PASUKAN YANG CEPAT BIASANYA AKAN MENANG DALAM PEPERANGAN. SIAPA YANG SAMPAI DAHULU KE MEDAN PEPERANGAN MEMPUNYAI MASA UNTUK BUAT PERSIAPAN SEMENTARA MENUNGGU KEHADIRAN MUSUH, MANAKALA SIAPA YANG SAMPAI LEWAT AKAN BERPERANG DENGAN KEADAAN LETIH. KITA MESTI SAMPAI LEBIH AWAL DARI PROSPEK. KALAU LAMBAT, AWAS KITA YANG RUGI. JANGAN AMBIK APPOIENTMENT TERLALU PADAT.

3) JANGAN MUDAH MERASA SELESA- DAPAT 1,2 CLOSING DAH HAPPY 'GILE'. KALAU STRATEGI DULU MUNGKIN DAH CUKUP. STRATEGI SEKARANG NI 5 PAKEJ, BARU SAMA DENGAN 1 PAKEJ DULU. KENA KERJA LEBIH HEBAT, LAMA DAN CEPAT DARI DULU. KENA LIHAT PELUANG DAN RUANG YANG ADA UNTUK TERUS BERUSAHA KERANA KITA TAK TAHU SAMPAI BILA KITA BOLEH BEKERJA.
4) KEPANTASAN- CEKAP BERTINDAK DAN CEPAT BELAJAR.
5) TEPAT - KENA ADA PROSPEK YANG KITA NAK JUMPA, SENARAI NAMA, TEMBAK DENGANTEPAT- MENUSUK KALBU PROSPEK. ATAU JIJOK ANGIN. BUNUH SERAMAI MUNGKIN MUSUH. DALAM MLM KITA JUMPA SERAMAI MUNGKIN PROSPEK DAN JANGAN PILIH-PILIH PROSPEK.
6) CLEARENCE- LAKUKAN PEMBERSIHAN DAN PASANG JERANGKAP SAMAR. KALAU BOLEH SEMUA ORANG PERLU KITA KONGSI. KATAKAN KITA G SATU OPIS, PROSPEK KITA SEBENARNYA SATU OPIS, WALAUPUN KITA JUMPA DENGAN SEORANG STAFF. KALAU DIA JOIN, SEMUA PEKERJA KAT SITU ADALAH PROSPEKNYA.
ITULAH SERBA SEDIKIT ISI CERAMAH CDM MUHAMAD RAZALI DAN SEDIKIT PENAMBAHAN OLEH SAYA. ADA LAGI SAMBUNGAN. MANA-MANA YANG KURANG MINTAK MAAP LA...

CERITA DULU-DULU

SALAM DAN SELAMAT PAGI. PAGI INI AKAN DIGEMPUR KITA AKAN BEKERJA LAGI. TAK SEMPAT JUMPA SEMALAM KITA JUMPA HARI INI, BUAT LAGI TEMU. YANG DOK PIKIR-PIKIR SEMALAM, KITA FOLLOW UP PAGI INI. SAYA YAKIN JAWAPANNYA POSITIF. TAK PERCAYA CUBA CALL PAGI INI. CATATAN RINGKAS PASAL AKU.
HARI INI, HARI AKU LAHIR YANG KE 37. LAHIR DIKAMPUNG BECAH KELUBI, DAERAH CHETOK, JAJAHAN PASIR MAS, NEGERI KELANTAN. IBU CHE JAH BT AWANG BESAR. BAPA MAMAT BIN HARUN. DUA-DUA MASIH ADA DAN SIHAT.
NAMA YANG DIBERI KAMARUDIN, ORANG BIASA PANGGIL, MAT DIN ATAU NUDIN. RAMAI YANG PANGGIL MAT DIN. SEBAGAI BUDAK KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNGLAH DOK MAIN MASA BUDAK-BUDAK DULU. MAIN BOLA, BADMINTON, DEK CHOT, CONGKOK, POLIS SENTRI, CARI IKAN, WAU, TAHAN TAUT, TAHAN TUAR,CARI GONDANG, KUTIP GETAH, KEREK TEMAKAU, CABUT SEMA, CENDUNG, NAIK BUKIT, BIDAS BURUNG, BELAGO BUAH GETOH, MAIN GUROH, MAIN GETAH DAN BANYAK LAGI. ITULAH AKTIVITI MASA DOK KAMPUNG. SEKARANG NI ORANG DAH TAK BUAT LAGI. DAH TAK INGAT KOT. DAH MODEN.

BECAH KELUBI- MEMANG KAMPUNG AKU ADA BECAH/PAYA. ITU DULU-DULU. DALAM BECAH TU ADANYA POKOK KELUBI. DALAM BECAH TU PENUH DENGAN POKOK GABUS DAN MENERUNG. MUSIM HUJAN PENUH DENGAN AIR, MASA KEMARAU MASIH ADA AIR TAPI TAK BANYAK. KAT SITU CARI IKAN. IKAN KELI, IKAN RUAN, SEPAT, BELUT, IKAN PUYU,SEKARANG NI DAH TAK ADA. DAH JADI KEBUN KELAPA SAWIT. FELCRA YANG USAHAKAN.

SEKOLAH RENDAH- SEKOLAH BECAH KELUBI, 5 BATU JARAK DENGAN RUMAH AKU. G SEKOLAH BONCENG ABANG AKU, SUKIMAN/KIMAN( DAH MENINGGAL). KELAS 4, AKU DAH BOLEH NAIK BASIKAL SENDIRI.
SEKOLAH MENENGAH- SEKOLAH MENENGAH CHETOK. KAT SITU SAMPAILAH TINGKATAN 3. DAN SAMBUNG SEKOLAH MENENGAH DATO' MAHMUD PADUKA RAJA TANAH MERAH. LEPAS SPM MASUK MATRIK UPM DAN IJAZAH PUN KAT SITU.

SEBELUM MENETAP KAT BUKIT KINRARA- LEPAS KAHWIN MENYEWA KAT TAMAN DESA SERDANG, MENYEWA RUMAH DI KAMPUNG ABU BAKAR BAGINDA, BELI RUMAH TAMAN DESA DAMAI, BANGI, SEKARANG NI DOK BUKIT KINRARA SAMPAILAH SEKARANG.

ISTERI- KARTINI MAT YAAKOB. ORANG PASIR PUTIH. DULU GURU, MENGAJAR TAHUN 1997- SEKOLAH MENENGAH TAMAN DATO HARUN. PINDAH KE SEKOLAH MENENGAH SERI INDAH, SEKOLAH MEMENGAH BANDAR PUCHONG. DAH BERHENTI 7 TAHUN.
ANAK 2 ORANG, SATU LELAKI, 11 TAHUN. PEREMPUAN 6 TAHUN, SELALU CAKAP NAK JADI MACAM MAMA. MAMA HEBAT, MAMA KERJA KUAT, MAMA BOS BESAR.

MASUK HAI-O- JULAI 2001 DAN JADI CDM 2003. SEKARANG NI MASIH BERSAMA HAI-O. AKAN BERSAMBUNG BILA RAJIN. ITULAH CATATAN RINGKAS PASAL AKU YANG BERNAMA MAT DIN.

" ALLAH AKAN BAGI APA YANG AKU NAK.' SELALU AKU INGAT DAN AKU PERCAYA.

Isnin, 26 April 2010

ROADSHOW ALOR STAR.

ROADSHOW UTARA DITUTUP DENGAN MOTIVASI OLEH CDM FARIDAH MOHD ALI. SEMUA YANG ADA TERBAKAR HABIS. TAIPAN DAH HABIS BAGI, TERPULANGLAH PADA EMPUNYA DIRI NAK BUAT 'GILA-GILA' ATAU NAK BUAT BIASA-BIASA. NAK BUAT 'GILA-GILA', CEK BESAR DALAM TANGAN. NAK BUAT BIASA-BIASA, JANGAN MINTA CEK BESAR.

SAMBUTAN PESERTA YANG DATANG AMAT MENGGALAKAN. PESERTA SEDIKIT KURANG, KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN ROADSHOW 1. HARI ITU, ADA SEKOLAH GANTI DAN MALAMNYA ADA MAJLIS ANUGERAH SM&SSM UTARA. MUNGKIN MALAS NAK DATANG 2 KALI. LEPAS NI KENA BUAT PETANG DAN LEPAS TU TERUS BOLEH G ANUGERAH. SEKALI DATANG JE. MUNKIN JUGA TEMPAT LEBIH LUAS DARI DULU. TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BUAT SEMINAR.

MC, CDM FITRI. LEADER HEBAT HASIL GARAPAN TAIPAN. BERMULA DENGAN PERLAHAN,SEKARANG NI MACAM KILAT. MENIAGANYA MEROKET NAIK. TAK ADA LAGI YANG BOLEH HALANG DIA DARI MENCIPTA KEJAYAAN, KECUALI DIRINYA SENDIRI. GROUPNYA SETIAP HARI MEMBESAR, TERUTAMANYA PROJEK BARU MUNCUL. MANA-MANA MATI, KOMA DAH BANGKIT SEMULA. AMBIL CABARAN. UPLINE ORANG BIASA-BIASA DAH BERJAYA UBAH HIDUP. MAKIN RAMAI KAWAN SEPERMAINAN MENYERAH DIRI.

" BENTUKLAH AKU JADI SEPERTI DIRIMU. DAH LAMA HIDUP, TAK ADA PERUBAHAN, STRESS MAKIN KUAT. JADI SEPERTIMU LAGI BAIK.' KELUHAN MEREKA.

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN DOA OLEH CDM DZULFAUZILLAH, NYAYIAN LAKU HAI-O PERJUANGAN KU, PIKIRKAN BOLEH.

KATA-KATA ALUAN OLEH CDM KARTINI, SIKIT ATAU RAMAI TAK PENTING. PENTING, YANG DATANG PADA HARI INI ORANG YANG BERKUALITI. ORANG YANG BETUL-BETUL NAK BELAJAR. ORANG YANG BETUL-BETUL NAK BERJAYA. ORANG YANG BETUL-BETUL NAK BERUBAH. ORANG BETUL-BETUL NAK KAYA. ORANG BETUL-BETUL NAK BUAT TRANSFORMASI. DUIT DAPAT, WALAUPUN KITA KURANG ILMU TAPI ILMU AMAT PENTING KALAU NAK MENIAGA LAMA DAN STABIL. KITA KENA ANGGAP/LIHAT DIBELAKANG SETIAP ORANG YANG DATANG NI, ADA BERIBU-RIBU LAGI.

SLOT PERTAMA. CDM SITI ROHANI. MUDAHNYA HAI-O. BERSYUKUR KERANA CEPAT AMBIL PELUANG YANG DATANG. KALAU TAK HIDUPNYA TAK AKAN BERUBAH SEDRASTIK INI. MENIAGA MLM INI MUDAH KALAU IKUT ACUAN YANG BETUL. IKUT ORANG BERJAYA. SENANG. MENIAGA INI, MENIAGA IKUT-IKUT. MENIAGA INI JUGA DIAJAR. ADA KELAS-KELAS BIMBINGAN. BUKAN SETAKAT UPLINE YANG BERI BIMBINGAN MALAH SIDELINE PUN BOLEH JADI TOK GURU. ORANG BERJAYA RAMAI. BERGURULAH.

SLOT KEDUA, CDM JALILAH. MEMBINA KEJAYAAN MELALUI IMPIAN DAN STRATEGI SMART TT. BUAT BETUL-BETUL, IMPIAN AKAN MENJADI KENYATAAN. INI TELAH DIBUKTIKAN OLEH DIA SENDIRI. MEMILIKI KERETA MEWAH BUKAN LAGI ANGAN-ANGAN LAGI. DAH MEMANDUNYA, BUKAN 1 MALAH 2 BUAH. RUMAH MEWAH DULU HANYA KHAYALAN SEMATA-MATA, KINI DAH MENDIAMINYA. MELANCONG SETIAP TAHUN BOLEH PERGI. MASA BEKERJA DULU. NAK BALIK KAMPUNG PUN PUAS PIKIR. SILAP-SILAP DUIT TAK CUKUP BULAN TU. TT INI AKAN MEMBAWA KE ERA BARU. ERA LEBIH GEMILANG. JANGAN TUNGGU LAGI. PERAHU DAH DI AIR, DAYUNG DAH DITANGAN. KAYUHLAH MENUJU KEPULAU IMPIAN.

SLOT KETIGA. AKU YANG BAGI. BERI MOTIVASI MENIAGA DAN CUTE SERBA SEDIKIT HUKUM TARIKAN. KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA PIKIRKAN. KALAU NEGATIF KITA PIKIR, HAL-HAL NEGATIF JUGA AKAN MENDEKATI. PEMIKIRAN ADALAH SEPERTI MAGNET. PIKIR POSITIF, POSITIFLAH AKAN DATANG PADA KITA. JANGAN MALU JADI KAYA. BUAT INI, SELAGI BOLEH BEKERJA. SIMPANLAH DUIT BANYAK-BANYAK. BILA-BILA NAK GUNA SENANG. MANA TAHU SAKIT DEMAM DAN MEMERLUKAN BELANJA YANG BANYAK. BANYAK LAGI YANG KITA BOLEH BUAT JIKA ADA DUIT LEBIH.NAK BERJAYA KITA KENA 100% T/JAWAB APA YANG BERLAKU PADA KITA. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN KALAU KITA GAGAL. UPLINE TAK SALAH, DLINE TAK SALAH, SIDELINE LAGI TAK SALAH. PERSEKITARAN PUN TAK SALAH. JADI KITA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA APA YANG TERJADI PADA KITA. KEJAYAAN ADALAH DESEBALIK SEGUNUNG KEGAGALAN.KEJAYAN TELAH MENANTI KITA DI DEPAN. KITA MESTI BERGERAK KE SANA. KEJAYAAN TAK DATANG SENDIRI.

SLOT SEKAPUR SIREH. CDM JULIANI. BUAT, BUAT, BUAT KITA AKAN BERJAYA. JANGAN TENGOK ORANG GAGAL SEBALIKNYA TENGOKLAH ORANG BERJAYA. TIRU MEREKA DAN KITA PUN AKAN BERJAYA JUGAK.
SLOT KE4. CDM MUHAMAD RAZALI. AKAN DI HURAIKAN PADA MASA LAIN. SEDIKIT PANJANG DAN LAIN SEDIKIT PADA BIASA.
SLOT KE5. CDM YAN. KETAHANAN MEMBAWA KEJAYAAN. KETAHANAN ATAU KESABARAN. NAK BERJAYA KENA BERSEDIA UNTUK MENEMPUHI SEGALA CABARAN. LEPAS JE KITA BERJAYA. BERUNDUR KITA YANG RUGI. PILIHLAH NAK LAWAN ATAU MENGALAH.

MAJLIS BERAKHIR JAM 5.30 PM. SEMUANYA PUAS HATI DAN KEYAKINAN UNTUK BERJAYA LEBIH DARI BIASA. WARGA TAIPAN MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN ROADSHOW INI. BUKANNYA MUDAH NAK BUAT INI. TANPA USAHA DAN KERJASAMA MEMANG SUKAR. NAK KUMPUL SERAMAI INI PUN SUSAH. MEREKA DATANG, DENGAN HARAPAN MENIAGA AKAN LEBIH LAJU LAGI SELEPAS INI.

CDM-CDM YANG HADIR ANTARANYA; CDM KARTINI, CDM KAMARUDIN, CDM JULIANI, CDM ZULKO, CDM FARIDAH, CDM DZULFAUZILAH, CDM SITI ROHANI, CDM AMRAN, CDM JALILAH, CDM AIDIL, CDM HARYANA, CDM ZAKI, CDM NURIZAH, CDM KUYAH, CDM SABARINA, CDM YAN, CDM SHAHRINA, CDM WAN, CDM ABG ALI, CDM MUHAMAD RAZALI,CDM FITRI, CDM HASMIDAR. MAAF KALAU ADA NAMA YANG TAK TERSENARAI..
JOM, JUMPA ANDA DIPUNCAK KEJAYAAN.

SENIN YANG DINANTI-NANTIKAN

SALAM DAN SALAM 1MALAYSIA. SEMUANYA AKAN SIHAT SEJAHTERA DAN PALING PENTING GHAIRAH UNTUK MENEMPUHI HARI ISNIN. DIKALA RAMAI ORANG STRESS BERTEMU HARI ISNIN, AL-MAKLUMLAH DAH 2 HARI REHAT. RASA MALAS NAK MENGADAP MUKA BOS. KITA SEMEMANGNYA MENANTI-NANTI HARI INI. NAK KEJAR TARGET. DAH MASUK MINGGU AKHIR BULAN APRIL. TINGGAL SEMINGGU LAGI. YANG DAH CAPAI SYUKUR. ADA MASA TAMBAH LAGI PROSPEK. KALAU BELUM, PULUN BETUL-BETUL MINGGU NI. KEJOR YOB KEJOR. GOMO KELATE GOMO. PETEH TEGANU PETEH, MENGAUMLAH HARIMAU KUMBANG. SENGAT TEBUAN SENGAT, MENGGANASLAH SINGA UTARA,KELUARKAN NAGA DALAM DIRI MASING-MASING.

TARGET DAH CAPAI KE BELUM? MUHASABAH DAN PERBETULKAN APA-APA YANG PERLU DIPERBAIKI. BERAPA RAMAI PROSPEK YANG DAH JUMPA MINGGU LEPAS. KALAU TARGET 3 ORANG SEHARI, SEMINGGU KENA JUMPA 21 PROSPEK. DARI 21 ORANG BERAPA YANG DAH BUAT CLOSING, BERAPA DAH PUNCH DAN BERAPA LAGI YANG PERLU FOLLOW UP LAGI. ITU KALAU KITA TARGET NAK JUMPA 3 SEHARI, JUMLAH TU SESUAI UNTUK BUAT PART TIME JE, KALAU YANG BUAT FULL TIME MESTILAH KENA LEBIH LAGI. DOK GITU!!!!.TAPI KALAU YANG BUAT FULL TIME, JUMPA PROSPEK KURANG DARI ITU, MASALAH BESAR. BERUBAHLAH. BUATLAH TRANSFORMASI. MASA TAK MENUNGGU KITA. USAHLAH BERTANGGUH.

STARTEGI SEKARANG NI LAGI MUDAH HILANG FOKUS. HILANG FOKUS HILANG MENIAGA. SELAIN TARGET MINGGUAN, TARGET HARIAN PENTING. DISIPLIN ADALAH TONGGAK KEJAYAAN. BILA DAH BUAT TARGET, BEKERJALAH MENUJU TARGET TERSEBUT. JANGAN MELENCONG KETEMPAT LAIN. BOS DALAM MENIAGA INI IALAH TARGET. DISIPLIN PALING. MENIAGA INI ADALAH PILIHAN KITA. NAK BUAT BETUL-BETUL ATAU NAK BUAT MAIN-MAIN. DIRI KITA YANG TENTUKAN. DIRI KITA YANG PILIH. BUKAN ORANG LAIN YANG PAKSA.

BAGI YANG MASIH KERJA, MASA REHAT PUN BOLEH JUMPA PROSPEK. KALAU TAK SEMPAT, LEPAS KERJA KITA PULUN. ATAU BALIK REHAT, MALAM KITA JUMPA PROSPEK. KALAU TAK PUN HARI MINGGU KITA PULUN. PULUN DARI PAGI SAMPAI MALAM PUN TAK APA. PENDEK KATA SIAPA PUN KITA, SIBUK MANA PUN KITA, KITA MASIH BOLEH BUAT MLM. ADJUSTLAH MASA. SEMUA DAPAT MASA YANG SAMA. TAK ADA YANG DAPAT LEBIH. GUNALAH MASA SEBAIK-BAIKNYA. PALING PENTING DIRI YANG MAHU, DIRI YANG NAK.

KENA 'GILA' BARU BOLEH BERJAYA. GILA JUMPA PROSPEK. GILA G KELAS. GILA TAMBAH SENARAI NAMA. GILA DUIT. GILA SEMINAR. KITA BOLEH LIHAT ORANG GILA. SAMPAI KITA PUN TAK BOLEH LAWAN. ADA SEORANG LEADER, BOLEH KELUAR 7.00AM, BALIK 3.00AM DAN ESOKNYA BOLEH LAGI KELUAR JAM 7.00AM. TAK PELIK KALAU BOLEH BELI RUMAH CECAH RM 4 JUTA HANYA DENGAN BUAT MLM. RENUN-RENUNGLAH SEKUAT MANA KITA KERJA. SERAJIN MANA KITA BUAT. CATATAN INI SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK SEMUA. TAK ADA NIAT NAK MENGAJAR. SAYA PUN MASIH BANYAK PERLU BUAT KALAU MAHU DAPAT LEBIH. MASIH BANYAK LAGI RUANG-RUANG PERLU DITAMPAL KALAU MAHU CIPTA LEBIH BANYAK KEJAYAAN. KALAU NAK LAHIRKAN LEBIH RAMAI CDM, LEBIH RAMAI JUTAWAN, LEBIH RAMAI YANG MAMPU MEMILIKI BUNGLOW MEWAH, LEBIH RAMAI G MELANCONG, LEBIH RAMAI ANAK YATIM YANG DIBANTU, LEBIH RAMAI IBU-IBU TUNGGAL YANG DIBANTU. KEHIDUPAN KITA ADALAH SINGKAT, BUATLAH SESUATU YANG BOLEH KITA TINGGAL PADA PEWARIS DAN MEREKA AKAN SENANG SEUMUR HIDUP.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAM DARI CDM KAMARUDIN MAMAT. HAMBA YANG SELALU LUPA.

Ahad, 25 April 2010

ALAHAI MINES


HARI AHAD, AKTIVITI SEPERTI BIASA. MEETING BOP KAT MINES. KELAS BERJALAN SEPERTI BIASA. RAMAI YANG TERNANTI-NANTI KELAS TERSEBUT. ADA YANG TAK LENA TIDUR SEMALAM.

DOK PIKIR, 'JADIKE PROSPEK AKU NAK DATANG ESOK'. 

TAK SABAR-SABAR NAK BAWA PROSPEK MELIHAT KEHEBATAN GROUP KITA. PROSPEK YANG DATANG KELAS KAT MINES, BIASANYA MEREKA AKAN MASUK. PANDAI-PANDAILAH AJAK PROSPEK ANDA DATANG KELAS KAT MINES WALAUPUN SEKALI. DATANG DAN NILAI PELUANG DENGAN HATI YANG TERBUKA. KALAU TAK NAK MASUK JUGA, KITA DAH PUAS HATI.

SEBELUM INI KITA SUSAH NAK AJAK PROSPEK BARU DATANG KELAS BOP TAPI DENGAN STRATEGI BARU PROSPEK LEBIH MUDAH NAK DATANG. KELAS-KELAS TAIPAN SEKARANG SENTIASA PENUH DAN MERIAH. KAT MANA-MANA JE KELAS PENUH SESAK. SYUKUR. PROSPEK MULA DATANG DAN PERCAYA SISTEM LATIHAN YANG KITA BUAT.

HARI INI KELAS KAT MINES MACAM BIASA. PROSPEK RAMAI. CDM JE YANG TAK RAMAI. MUNGKIN PENAT, BARU SAMPAI DARI ALO STAR. ADA JUGA CDM-CDM YANG BERMALAM KAT SANA. TAK LARAT NAK BALIK. BAS PUN MUNGKIN SAMPAI PAGI. SEMALAM PUN KAMI TERPAKSA TIDUR DULU KAT KAWASAN REHAT GUNUNG SEMANGGUL, DAPAT TIDUR SEJAM, TERUS SEGAR DAN PANDU KETA SAMPAI RUMAH. 

LAJUNYA BOLEH TAHAN, CECAH 200KM/J. SAMPAI JAM 5.00AM. TUNGGU DULU SOLAT SUBUH BARU TIDUR DAN BANGUN JAM 8.30AM. DATANG JUGA KELAS KAT MINES. ITU DAH KERJA KAMI. INILAH JANJI PADA DIRI KAMI. ORANG LAIN TAK DATANG KAMI TETAP DATANG. INI DAH PERIUK KAMI. 

TAK G KELAS, TAK MENIAGA, TAK MENIAGA MANA FULUS NAK MASUK. TAK KAN SEKALI TAK DATANG DAH MATI MENIAGA. BAGI KAMI DAH JADI KEMESTIAN DATANG KELAS SETIAP HARI AHAD. SEKALI TAK DATANG, RASA TAK APA-APA. 2 KALI TAK DATANG TAK APA-APA. LAMA-LAMA KITA TAK ADA KEGHAIRAHAN NAK DATANG KELAS, MENIAGA BOLEH MATI.

BILA KITA TAK DATANG KELAS, INI AKAN DI DIPLIKASI OLEH RAKAN KONGSI KITA. LAMA-LAMA GROUP KITA TAK DATANG KELAS. KESANNYA BUKAN HARI INA DAPAT LIHAT. TUNGGU 2,3 BULAN BARU NAMPAK KESANNYA. VOLUME KECIL, INCOME CIPUT. BARU MENGELABAH.

ADA JUGA CDM YANG DATANG LEWAT. RAKAN KONGSI DAN PROSPEK DAH LAMA MENUNGGU, DIA BELUM SAMPAI LAGI. LEADER SEPERTI INI, ORANG TAK YAKIN BOLEH IKUT. URUS DIRI PUN TAK BOLEH, MACAMANA NAK URUS GROUP. KAMI  DAH LAMA PERHATIKAN LEADER LAMBAT DATANG KELAS, MENIAGA PUN TAK MELETUP. KALAU DATANG KELAS LAMBAT, APPOINTMENT PUN LAMBAT. PROSPEK DAH MENILAI KITA. LEADER SEPERTI INI TAK BOLEH G JAUH. ADA YANG TERUK LAGI, LANGSUNG TAK DATANG KELAS. ALASAN G APPOINTMENT.

ADA ORANG TANYA TAK PENAT KE CDM. TAK PENAT, APA YANG KAMI BUAT NI MACAM BERMAIN JE. MANA ADA PENAT, SERONOK ADA LA. INI KERJA KAMI DAH LAKUKAN DAH DEKAT 10 TAHUN. ANDA CUKUP BERUNTUNG, MASUK JE DAH ADA KELAS-KELAS. NAK DATANG ATAU TAK JE. KELAS MOTIVASI BERTERUSAN ADA, SMS MOTIVASI SETIAP PAGI DAN RAMAI CDM YANG BOLEH DIJADIKAN MENTOR. TAK ADA SEBAB KITA GAGAL. APA YANG ADA BELUM JADI. JANGAN BERHENTI JE. DULU TAK ADA KELAS SEPERTI HARI INI. SUSAH NAK DAPAT ILMU DAN SUPPORT DARI GROUP. MENIAGA MASA TU JADI JUGAK. TAPI LAMBAT SIKIT LA. SEKARANG NI LAGI LAJU, CUMA KENA PANDAI AMBIL PELUANG JE. KENA PANDAI IKUT. KENA GUNA SEPENUHNYA KEMUDAHAN YANG ADA. 

SELAIN KELAS KAT MINES. MELAKA, MUAR DAN RANAU PUN ADA JUGA. SELURUH NEGARA ADA KELAS. HADIRKAN DIRI ANDA, KUTIP ILMU, TAMBAH SEMANGAT, MENIAGA PUN LEBIH JADI. DUIT PUN LEBIH BANYAK MASUK.

anugerah sm&ssm alor star


Tahniah buat syarikat kerana mengadakan majlis penganugerahan sm&ssm bahagian utara. ini dah 3 tahun berturut-turut. diharapkan untuk tahun keseterusnya akan diadakan juga kat alor star. kehadiran sungguh menakjubkan. ada peningkatan dan penerima anugerah juga semakin bertambah. ini menunjukan meniaga ini ada tarikan tersendiri. nak tahu kena tanyalah pejuang-pejuang utara. mereka pasti ada jawapan. semua group berkembang pesat kat utara. hari ini semua group mengadakan seminar masing-masing. bakar semangat pejuang-pejuang, bekerja lebih tekun dan sentiasa tambah ilmu. kita juga mengadakan roadshow kat hotel sentosa. kehadiran amat menggalakan. sesiapa yang tak berkesempatan hadir pasti kerugian besar. speakernya hebat-hebat dan yang hadir terbakar rentung. habis je majlis, semangat maksimum. dah berderet-deret senarai nama. tunggu nak g jumpa je. pasal roadshow masa lain akan diulas. sekarang ni pasal anugerah. warga kita yang hadirkan diri ramai. berpuluh kereta dan bas yang pergi. group lain tak nampak bas-bas mereka. tahun lepas banyak. mungkin pergi dengan kereta je sekarang. pergi untuk menyokong group dari utara supaya lagi meletup dan meniaga ini bukan berseorangan. sentiasa disokong walau dimana anda berada. tak ramai cdm yang tak kesana, mereka tu ada komitmen group ditempat-tempat lain.
cdm shahrina menjadi speaker ke2. seperti biasa, wakil taipan pastinya hebat, bermakna, ceria,penuh berisi dan penuh semangat. penyokongnya memenuhi pentas dan nyayian pikirkan boleh bergema di Alor Star. tak kira tua, muda, budak, orang baru, orang lama sepakat ikut gerak tari. meremang bulu roma bila dengar lagu keramat itu. pikir boleh, kita pasti boleh. pikir gagal, kita akan gagal. anak kelahiran perlis dan telah melahirkan beberapa cdm dari utara. pengorbanan yang dilakukan 2 tahun yang lalu telah menampakan hasil dan masa sekarang ni masa menuai hasilnya. benih yang ditabur dulu dah tumbuh menjadi pokok yang lebat buahnya dan rendang, sesuai untuk menumpang teduh. siapa sangka begitu cepat berkembang dan groupnya berkembang seluruh utara. bukan kerja sorang diri tapi berganding bahu bersama cdm hasmidar, cdm cek mat, cdm abg ali, cdm fitri, cdm haryana, cdm zaki, cdm nuri,cdm mariam, cdm sabarina dan ramai lagi.
speaker lain cdm muhd ariff, cdm norhaida, cdm suhaily.
majlis tersebut encik muhamed azni telah memberi ucapan pembukaan. antara nasihat ialah jadikan cdm sebagai idola atau ikon. tak payah lagi jadikan artis-artis sebagai ikon. kita tak dapat apa pun kalau jadikan artis sebagai ikon, tapi kalau jadikan cdm sebagai ikon banyak manfaatnya. bisa jadi kaya, buat apa yang cdm buat, kita akan dapat apa yang cdm dapat. seperti cdm kartini katanya.semua yang bernaung dibawah syarikat ini, dah tepat pilihan. tak payah ragu-ragu lagi dah ada track record. telah berdiri megah selama 17 tahun dan sedang melebarkan sayapnya seantero dunia. keuntungan kepada pendegar lebih, carilah mana ada syarikat yang profit sharingnya setanding syarikat ini.
nak berjaya kita semua perlu melakukan pengorbanan. dah banyak wang yang dihabiskan, berapa banyak masa yang telah digunakan untuk membangun network sehingga tiada masa rehat, masa bersama anak-anak kurang. tapi pengorbanan itu berbaloi, kejayaan telah menjadi milik kita.
sampai bila nak makan gaji. dia juga nak tengok orang melayu memiliki gudang-gudang besar, rumah-rumah mewah. nak dapat itu mesti berniaga. dia amat suka melihat orang berniaga dan berjaya. beliau juga mencabar group-group yang ada buat anjakan paradigma. buat sesuatu yang hebat, seperti membina taman perumahan sendiri atau menceburi bidang-bidang lain sebagai pasif income. tak payah dok tukar keta setiap tahun.
beliau juga menasihatkan pengedar. apa yang berlaku sekarang ni amat bagus pada pengedar. boleh berniaga lebih lama lagi. buat 2 ba, tak terjejas pun income.kalau terjejas pun pada awal je, lepas tu akan mantap semula, janji sanggup kerja keras. terus berjuang dan jangan berhenti. setkan target dan fokus padanya. buat,buat,buat. jangan hilang fokus. itulah beberapa pesan oleh encik muhamed azni pada majlis tersebut.
ambil dan jadikan panduan untuk kita membina network lagi besar, kukuh dan stabil.
wakil syarikat yang ada antaranya jimmy ouw, encik tajudin ali dan beberapa lagi. cdm otai yang aku jumpa hanyalah cdm ah hock.

Sabtu, 24 April 2010

MOTIVASI

BILA KALI TERAKHIR ANDA DENGAR MOTIVASI KEJAYAAN? NAK BERJAYA
1- HADIRI SETIAP MAJLIS ILMU.
2- DAFTAR SEGERA UNTUK NEXT SEMINAR. JANGAN SAYANG DUIT!!
3- HADIRI SEMUA PROGRAM SYARIKAT.
4- HADIRI SEMUA KELAS-KELAS PENGUKUHAN, JANGAN TENGOK SIAPA BERCAKAP.
5- HADIRI ROADSHOW, JANGAN BANYAK ALASAN.
6- MEETING MINGGUAN JANGAN TINGGAL.

bila kali terakhir dapat suntikan motivasi?

bila kali terakhir kita hadiri seminar motivasi? bila kali terakhir baca buku-buku moyivasi? bila kali terakhir kita sembang-sembang pasal motivasi? jawablah dengan jujur. semua tahu motivasi tu penting dalam meniaga ini. motivasi penting untuk terus bertahan. motivasi penting untuk terus buat,buat dan buat. motivasi penting untuk hadapi halangan-halangan yang datang. motivasi penting untuk kita dengar orang kata tak nak. motivasi penting untuk kita dengar sindiran kawan-kawan kat tempat kerja. motivasi penting untuk hadapi jelingan perlekeh oleh pasangan sendiri.

tahu penting tapi tak buat. nak bayar g seminar pun kedekut, nak beli cd-cd motivasi pun sayang duit, nak beli buku-buku motivasi tak nak, sembang-sembang motixasi dengan upline pun jarang. susah nak meniaga tau. semua tau semangat boleh hilang sekelip mata. bila hilang perkara kat atas tu perlu. kalau setiap pagi kita baca buku motivasi selama 15 minit. tengok hasilnya semangat memuncak hari tu, jumpa orang pun closing.

nak buat sesuatu, mesti ada sebab. kita nak buat MLM pun mesti ada sebab. sebabnya mesti hebat dan besar. biar orang dengar terkejut beruk. biar orang kata " mati hidup balik pun aku tak dapat apa yang kita nak tu." biar orang kata " mati hidup balik, mati dan hidup balik lagi pun tak akan dapat apa yang kau nak dapat".

masing-masing ada matlamat sendiri, suburkanlah impian tersebut dan yakinlah kita akan dapatnya sedikit masa lagi. matlamat akan dikecepi oleh semua orang, cuma perlukan masa je. kita buat MLM ni nak dapat matlamat dengan lebih cepat lagi. kalau kita tak buat MLM ini mungkin kena tunggu 10 atau 15 tahun baru boleh dapat. ini kita boleh singkatkan masa tu, kepada mungkin 5 tahun ke.

apa matlamat semua orang? basic matlamat nak hidup senang, rumah besar, kereta mewah, dapat g melancung, g mekah, nak apa pun boleh dapat, dapat buat apa yang kita suka buat, boleh bersedeqah tanpa had, nak kerja kebajikan je. hidup senang tanpa kerja. ini semua orang nak. dah gile ke. mana boleh senang tanpa keje. bukan tak keje. keje dulu, beli aset, buat simpanan dan pasif income besar. masa tu kerja adalah pilihan. saja nak seronok-seronok. masa tu kerja bukan wajib lagi pada kita. dalam dunia ada ke yang dapat seperti tu? dah ramai, tengok sehabat-sehabat cina kira, mereka gile-gile dan sampai satu tahap mereka dah tak kerja. pasif income dah banyak. orang melayu tak tekun kerja sebab tu tak boleh buat harta yang banyak. selalu kita dengar " kalau orang tua tak beri harta/tanah pada kita mana boleh mampu beli, keje setakat cukup makan je". orang cina kerja mana yang boleh dapat duit banyak. kerja buat sales, buat lebih dapat lebih. mereka tak suka pada gaji tinggi tapi tetap. tengoklah dijalan-jalan lepas orang masuk pejabat, mereka ni sedang buat sales. tentu orang cina bukan. bukan nak perlekeh orang kita. saya pun melayu. dah sampai masanya kita ubah, buat sesuatu dengan cara terbaik.

impian mesti besar dan sentiasa yakin boleh mencapainya. capai satu, tambah lagi impian. jangan lepas dapat dah tak tahu nak buat apa lagi. dalam MLM ni impian kita ialah nak dapat network yang benar-benar kukuh. semua 6 kaki tu hidup. bukan nyawa-nyawa ikan, sentiasa perlukan bantuan oksigen je. bukan hidup segan, mati tak mahu. nak capainya mesti tetapkan tarikhnya. jun 2013 aku akan capai tahap tu. kalau capai tu, tak boleh nak bayangkan. indahnya hidup. kerja ganti mesti kena buat, kerja semai benih baru pun kena buat. orang bila-bila masa boleh blah. leader sendiri pun boleh blah. apayah lagi orang baru. jadi sampai bila nak cari orang. cuba renungkan,sekiranya satu kaki baru kita buat, seolah-olah kita beli kebun 100 ekar dan sedang dapat hasil rm25k sebulan. tak nak ke?

beli kete, beli rumah, melancong tu adalah basic dalam MLM. tapi kita mahu extra punya. beli aset banyak-banyak, beli insurans/ takaful sampai RM 1juta, tabung pendidikan anak rm 250K seorang. kita akan capai. kita tahu ada orang beli rumah sampai 5 buah sekali gus, ada simpanan duit 4 juta. ada aset 10 juta. inilah seronok buat MLM. tak mustahil tau. akan tiba juga giliran kita. tunggu masa je dengan syarat buat jangan berhenti jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!

bertemu di puncak kejayaan.

IMPIAN

LAKARKAN IMPIAN
SETIAP RAKAN KONGSI
TUGAS UTAMA UPLINE
BAKAL JADI BOS MEREKA
SENANG NAK PILIH TINDAKAN
NAMPAK MUDAH DAN SIMPLE
KESANNYA BESAR
BOLEH LAMA MENIAGA
TAHAN UJI
TAHAN BANTING
TAHAN HALANGAN
TEKUN BEKERJA
TAK GIVE UP GIVE UP
DUIT BERKEPUL-KEPUL

TUGAS UPLINE

ANTARA TUGAS UPLINE.
1- MEMBIMBING RAKAN KONGSI, TUGAS INI WAJIB KALAU NAK BERJAYA. BERJAYANYA RAKAN KONGSI ITULAH KEJAYAAN KITA SEBENAR.JANGAN BUAT 3T. TAJA, TAJA, TINGGAL. SIKAP INI KENA TINGGAL. ADA JUGA YANG NAK VOLUME SAHAJA. MASUK JE, DAH LEGA, TAK BUAT KERJA SUSULAN, IAITU JAYAKAN MEREKA. CARI ORANG BARU LAGI, MASUK DAN TINGGAL LAGI. CARI LAGI. NAK HIDUP, MEREKA HIDUP SENDIRI. TAHU MANA NAK CARI BANTUAN. 'TAK AKAN AKU YANG NAK CALL DIA, SURUH BUAT APPT'. AMBOI SEDAPNYA CAKAP. MASA AJAK MASUK LEMBUT LIDAH DARI GIGI. SEMUA JANJI INDAH-INDAH. DAH ,MASUK, LAIN JADINYA. HABIS TU KITA SEBAGAI UPLINE APA KERJA KITA. SEBAGAI UPLINE HEBAT, JANGAN ADA NIAT SEKALI PUN NAK TINGGAL RAKAN KONGSI.
2- KENA BERI BIMBING BAGAIMANA NAK BENTANG MARKETING PLAN, SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL.KENA BUAT INI SEHINGGA RAKAN KONGSI BOLEH BUAT SENDIRI. BOLEH BUAT SERENTAK. SEMASA TUNGGU PROSPEK KITA BOLEH CERITA DULU MP PADA RAKAN KONGSI.SEMASA BERKERETA NAK G JUMPA PROSPEK PUN BOLEH. SEBAIKNYA KALAU NAK G JUMPA PROSPEK AGAK JAUH, KITA NAIK SATU KERETA JE. DALAM KETA BOLEH CITE MP. MUNGKIN SEDIKIT MENYUSAHKAN KITA. KENA AMBIK DAN HANTAR BALIK RAKAN KONGSI. PENAT SEMENTARA JE, BILA DAH BOLEH WAT SENDIRI DIA TAK MENYESUSAHKAN KITA. PALING PENTING DIA AKAN DUPLIKASI KERJA TERSEBUT. DIA AKAN BUAT KEPADA RAKAN KONGSINYA SEBAGAIMANA KITA BUAT PADA DIA. KITA JUGA MESTI AJAR/ TUNJUKAN BAGAIMANA NAK BENTANG MP TERBAIK. BILA DAH BOLEH CITE DEPAN KITA, SURUH PULAK DIA CITE DEPAN PROSPEK. MULA-MULA MUNGKIN DIA TAK NAK, BUKAN TAK BOLEH, CUMA TAK YAKIN JE.BERI KEYAKINAN PADA DIA. BILA KEYAKINAN DAH ADA MENIAGANYA AKAN MELETUP.....KITA PUN DIA DAH KISAH LAGI.
3- TANPA BIMBINGAN- RAMAI ORANG AKAN HILANG TAK SAMPAINYA 90 HARI. MULA-MULA RASA TERABAI, LAMA-LAMA TERUS BERHENTI. RAMAI YANG HILANG, BUKAN KERANA TAK BOLEH BUAT TAPI TAK TAHU NAK BUAT TINDAKAN SETERUS. MULA-MULA MASUK APA KERJA YANG KENA BUAT. TAK BOLEH ANGGAP RAKAN KONGSI DAH TAHU. KITA KENA CAKAP DAN TUNJUKAN KEPADA DIA. APA KERJA SETERUSNYA. IKUT JEJAK ORANG BERJAYA, BARU BOLEH BERJAYA.
4- MEMBIMBING TAK SUNGGUH-SUNGGUH. BUAT SEKERAT JALAN. BUAT SEKADAR MELEPAS BATUK DITANGGA JE. 2,3 KALI KITA SMS DATANG MEETING, MEREKA TAK DATANG. KITA GIVE UP. MARAH-MARAH PULAK TU. KITA KENA INGAT, SEMASA AJAK DULU, BERAPA KALI KITA CALL, SMS LAGI,JANJI DIA MASUK. AJAK DATANG KELAS PUN KITA JANGAN GIVE UP. TAK DATANG TAK APA. SUATU HARI DIA AKAN DATANG JUA. BERI PELUANG PADA DIA, SESUAI DIRI DENGAN MLM.
5-RAKAN KONGSI AKAN DUPLIKASI APA YANG KITA BUAT KAT MEREKA. BUKAN APA YANG KITA CAKAP. BIMBING DIA, AJAR DIA, TOLONG DIA.

BERHENTI?

APAKAH KITA AKAN BERHENTI;
1- JIKA UPLINE KITA BERHENTI BERNIAGA.
2- LEADER HEBAT KITA BERHENTI BERNIAGA'
3- JIKA PASANGAN TAK SUKA MENIAGA INI.
4- JIKA BOS TAK SUKA KITA BUAT MENIAGA INI.
5- KITA ALAMI PERUBAHAN- MENGANDUNG, TUKAR TEMPAT KERJA, NAIK PANGKAT, TUGAS LEBIH BANYAK.
6- DAH JUMPA 60 ORANG YANG KATA 'TIDAK' DENGAN PELUANG.
7- JIKA RAKAN KONGSI BERHENTI.
8- KELAS JAUH DARI TEMPAT KITA TINGGAL.

Jumaat, 23 April 2010

mentor

dalam meniaga mlm, ramai yang kata nak berjaya kena ikut jejak orang yang dah berjaya. tak payah dok pikir jalan sendiri. strategi dah terbukti berjaya. kalau nak buat cara sendiri, tunggu kita berjaya dulu. tak payah nak memandai-mandai. nanti diri sendiri yang rugi, silap-silap boleh mati meniaga. dalam mlm orang berjaya senang nak tiru. biasanya mereka ni boleh kita jumpa, borak-borak, minum-minum,bergambar dan banyak lagi. mana-mana pun boleh jumpa. lobby hotel, coffe house, restoran, gerai tepi jalan, kat parkir kereta, pasaraya. mudah berkira dan mesra alam. kalau tak mesra alam mana mungkin mereka berjaya. lebih-lebih lagi dalam group ini. sekali tengok, macam orang biasa-biasa. tapi bila kita bersembang dengan mereka, baru tahu mereka tu hebat. sebab tu mereka berjaya. tak salah kita ikut orang berjaya. mereka sangat merendah diri dan sanggup kemana saja untuk menjayakan kita semua. nak jadi no 1, ikutlah jejak langkah orang no 1. kita juga boleh baca biografi orang berjaya. ini juga dikatakan berguru juga, walaupun tak bertemu. jadikan mereka idola. ramai tokoh-tokoh yang boleh kita ikuti. terpulang kepada bidang apa yang kita ceburi. jangan tak ada langsung idola kalau mahu berjaya dan meniaga stabil.
mereka pun ikut orang berjaya juga. kalau ikut kita sebenarnya dah banyak jimat masa, pengalaman mereka boleh kita gunakan untuk membina network yang kukuh.
mereka boleh dijadikan idola, coach, mentor atau penasihat. ramai yang guna istilah mentor. mereka bukan sekadar orang yang berjaya, boleh memberi bimbingan, berilmu dan mudah berjumpa.
mula-mula dulu, meniaga tak laju seperti sekarang. salah satu sebabnya tak ada mentor. masa tu yang ada upline yang sama-sama baru bermula. masa tu juga tak banyak ruang untuk mencari mentor. tak terpikir pun pasal mentor. zero ilmu mlm. mungkin tak rasa penting atau mereka takut nak jumpa direct kita. mungkin upline tak berapa suka bila dlinenya orang lain kacau atau bimbing. takut hilang glamour kot. selain itu juga tak banyak seminar, kelas, meeting, kelas pengukuhan serta function syarikat.suntikan semangat hanyalah melalui buku-buku,bonus yang besar dan impian yang dibina. jelas meniaga kita masa tu syok sendiri dan banyak tindakan kita tak selari dengan prinsip-prinsip MLM. kita dah ingat betul tapi rupa-rupanya salah. meniaga boleh besar tapi tanpa mentor group tak boleh kukuh. orang baru datang, orang lama pergi. kalau kekal pun dah ikut kepala sendiri dan upline pun dah tak kenal lagi. malah macam musuh pulak. tanpa mentor, group alami banyak krisis. krisis banyak, mana mungkin meniaga nak besar. sentiasa penat dan hati pun gundah gelana kerana sesama network sentiasa ada perang, kutuk mengutuk, jatuh menjatuh dan banyak lagi.
setiap mesti ada personal mentor. kata pakar mesti ada 7 mentor dari kepakaran yang berbeza. tapi disini mentor meniaga je kita nak fokus. kena berguru dan mesti jumpa. tak boleh jumpa kat meeting. tanya masalah sepatah dua je. mentor punjawab sepintas lalu je. tak mendalam. mesti jumpa personal baru betul. banyak benda boleh dikongsi dan bimbingan boleh dapat. sekadar jumpa sepintas lalu, itu bukan berguru namanya. kita sendiri mesti kelaparan ilmu, bawa gelas kosong dan dengar dengan teliti. ada pen, buku dan sebagainya. mentor cakap apa yang sepatutnya kita dengar dan buat. kita suka atau tidak. bukan cakap apa yang kita suka dengar. itu bodek namanya.tanyalah pasukan bola, mesti ada coach yang hebat. baru pasukan hebat. kita pun sama mesti ada mentor dan kena jumpa. paling kurang pun aebulan sekali atau bila-bila masa kalau ada hal yang nak dibincangkan. setiap orang tak sempurna, jangan pulak kita nak mentor yang betul-betul perfect. janji meniaga naik, semangat bertambah, ilmu bertambah itu sudah cukup. tak semestinya mentor tu upline. kalau upline tu betul-betul berkarismatik kita boleh ikut, tapi ada juga upline berjaya kerana dia dok atas je atau masuk dulu. kena pandai pilih. salah pilih bisa merundum meniaga atau lambat jadi. mentor boleh nasihat terbagus tapi kita mesti lakukan tindakan. mentor tak beri kita meniaga, hanya nasihat dan bimbingan. mentor hebat macamana pun datang kalau tindakan tak ada. hampeh juga. kita boleh tengok orang meniaga ada mentor. ada lain maaa. ada yang kata ada mentor tapi tak pernah berguru. meniaga yo yo tak tahu punca.

Khamis, 22 April 2010

SEKOLAHKU

sejak taipan wujud 2006. leader-leadernya tak pernah berhenti membimbing rakan kongsi. kejayaan mereka, bila rakan kongsi berjaya. rakan kongsi lebih berjaya dari mereka pun mereka tak kisah. malah amat bersyukur. bimbingan secara langsung atau tak langsung. jumpa 4 mata atau melalui hp. lepas bimbing, rakan kongsi berjaya dan melupakan mereka, mereka pun tak kisah.
saban minggu kelas BOP diadakan. dah lebih 4 tahun kelas tersebut berjalan. sentiasa hangat, kehadiran penuh, mengujakan sesiapa yang datang. tak lena tidur, bila balik rumah. terdengar-dengar sharing orang berjaya. 'rugi kalau tak masuk'. prospek yang dah datang kelas BOP taipan dah 80% kira masuk. tak masuk rugi. dereta kereta mewah depan mata. kelas kat hotel mines atau putrajaya. di negeri-negeri lain apa kurangnya. seremban, kuantan, melaka, kuala terengganu, ipoh, alor setar, penang, kota bahru, kuching, miri, kota kinabalu, tawau, sandakan, keningau, tanah merah, baling, nilai, keluang,perlis, manjung, besut dan banyak lagi. bukan setakat leader tempatan yang buat. cdm-cdm lama pun masih lagi turun. tak tinggal tau. bukan 1,2 malah 6,7 cdm sekali turun. carilah dalam group lain. turun padang adalah agenda cdm dan inilah salah satu sebab taipan memacu cepat ke depan. mendahului zaman. malah center-center banyak tumbuh ditempat-tempat tersebut. itu baru masuk kelas BOP, belum lagi kelas-kelas ilmu yang lain.
meeting mingguan cdm masing-masing pun ada, kelas-kelas pengukuhan sentiasa ada. kelas untuk sm & ssm baru, kelas untuk dsm & ddm. kelas-kelas pengukuhan dicenter-center pun ada. cdm bergilir-gilir. tak boleh siang hujung minggu, malam hari kerja pun buat. malah kelas cdm sebulan sekali pun ada. jangan ingat cdm tak ada kelas. semakin lama meniaga, terasa semakin bodoh. banyak lagi ilmu yang tak ada. kena sentiasa mencari. bila banyak ilmu lebih mudah nak membimbing rakan kongsi. upline ibarat papan kenyataan. kat situ semua ada maklumat yang dikehendaki. tak termasuk lagi kelas ad-hock ikut keperluan. bimbingan melalui hp, sms, fb, blog dan banyak lagi.
seminar sentiasa ada. 2,3 bulan sekali. cuma sediakan diri untuk datang sahaja. kutiplah ilmu sebanyak mungkin. semakin berilmu, hayat meniaga kita semakin panjang, kalau buat apa yang disarankan. pendapatan tak menentukan hayat kita dalam meniaga ini. bayaran pun minimum dan taipan tak buat keuntungan melalui seminar dan kelas-kelas. malah duit cdm kena keluar demi menjayakan sesuatu acara. kejayaan rakan kongsi kejayaan mereka jua.
inilah bimbingan taipan kepada semua. inilah pengorbana taipan untuk kita. hadirkan diri sahaja. tak payah dok banyak pikir lagi. walaupun jauh tak apa. terpaksa naik flight pun tak apa. kita akan dapat hasil yang berbaloi-baloi. terpaksa tidur hotel, tak apa. berapa duit yang dihabiskan untuk mencari ilmu, kita akan dapat balik. bukan sedikit malah berganda-ganda.
cdm lagi banyak habis duit demi menjayakan kita semua. walaupun banyak masuk, keluarnya macam air paip. yuran bulanan, tiket anugerah, sewa bas, bahan-bahan untuk seminar, bil telepon yang bukan sedikit dan banyak lagi. kos tersebut sebagai ganti sewa kedai dan bayar gaji pekerja kalau kita meniaga benda-benda lain. buat mlm kita tak perlu ada opis, stok, pekerja.
ada cdm setiap minggu balik kelantan, lepas kelas terus balik, esok kelas kat KL, lusa kelas kat alor setar. pagi kat seremban, tengahari kat jb dan malam kat kuantan. begitulah rutin cdm-cdm, dalam rangka membimbing rakan kongsi. merungut tidak sekali.kadang-kadang kita yang jauh sampai dulu, rakan kongsi masih lagi kat rumah. nak marah bukan bidang kuasa kita. meniaga ini pun dia yang pilih nak buat. nak bersungguh ke, nak wat main-main pun pilihan dia. kita tahu kita kena buat sungguh. juga kita yang pilih.

hj bakhil

orang kaya selalu dikaitkan dengan orang kedekut atau bakhil. nama hj bakhil amat popular, seorang watak dalam filem labu-labi arahan tan sri p.ramlee. kesannya sungguh luar biasa. sampai sekarang pun orang kaya dikaitkan dengan bakhil. selain itu juga orang kaya dimomok sebagai orang tamak haloba, suka menindas orang, hidup berpoya-poya, tak ingat mati, mata duitan, porak peranda rumahtangga, kahwin 2,3, keluarganya yang bergaduh berebut harta, tak solat, tak boleh mengaji, drama dan filem sering menonjol orang kaya berwatak sedemikian. jarang kita dapat lihat watak orang kaya yang berbudi, suka sedeqah,buat kebajikan.
kita juga merasa kesannya. buat meniaga ini orang dah kata harta tak boleh bawa mati dan bermacam-macam lagi sindiran yang kita terima. bila selalu diasak begitu, kadang-kadang terdetik, betul juga apa yang mereka kata. orang melayu boleh diumpamakan 'kaya segan, miskin tak mahu'. jangan layan orang yang tak nak. kita buat kerja kita je. cabaran hidup semakin mencabar, perbelanjaan semakin bertambah, jangan malu untuk bekerja lebih rajin dan lebih lama dari orang lain. biar kita kaya dan ramai orang yang boleh dibantu. kaya tapi bukan untuk berpoya-poya. bukan seperti yang ditonjolkan oleh drama melayu yang sememangnya layu. orang kaya dikaitkan dengan negatif. orang ada duit dikaitkan dengan menipu. kita buat ini dengan jujur untuk berubah. nak tahu lebih lanjut baca metro hari ini. tulisan tan sri muhammad ali.
jumpa anda dipuncak kejayaan.

safira klub

salam. salam 1Malaysia. terima kasih kerana masih sudi membaca catatan ini. jam sekarang menunjuan 11.36am. kerja-kerja yang sepatut buat dah dibuat, kini tibalah masanya untuk mencatat sesuatu untuk kita semua. sebenarnya hari ini lepas solat subuh terus sambung tidur. jam 4.00am baru sampai dari safira klub. bertolak balik dah awal, jam 11.00pm. mengantuk punya pasal, 2x tidur. itu yang lambat. jam 10am bangun, mandi, solat dhuha, baca al-quran, makan, baca paper. dah siap semua baru boleh buat kerja lain. cdm kartini keluar, jumpa kawan sharing pasal TT. target hari ini mesti dapat 3 TT paling kurang katanya. itu saya yakin, bila kita tetapkan target, berfikir, bertindak, kita akan mencapainya.tak ada yang mustahil dalam hidup ini.
semasa pergi ke seberang jaya, bertolak jam 3pm, singgah kat kawasan rehat tapah, solat asar. kat situ ada pameran kereta klasik dari yala thailand. sempat ambil gambar. boleh lehat kat fb nanti. makin lama makin berharga. susah nak dapat. beruntunglah orang-orang yang masih menyimpanya. tayar pulak tercucuk paku, singgah dulu kat pekan tapah. buang dan tampal. nasib baik siang hari, kalau malam tak tahu nak buat macamana. sampai seberang jaya jam 6.20pm, singgah kat restoran pelita , makan dan baca buku 'autobiografi Dato' Dusuki Ahmad, Dari Pondok Ke Parlimen' sehingga jam 8pm. pergi meeting.
lebih kurang 150 orang yang memenuhi dewan. tak muat. setiap minggu prospek baru bertambah. itulah akibatnya bila dah jadi. menjadi-jadi, buat berterusan. jangan berhenti. nula-mula dulu pun tak ramai macam ni. mereka yang penuh semangat, tak ada niat lain semata-mata nak berjaya, nak lihat peluang yang hebat, nak ambil semangat, nak kutip ilmu,nak berkongsi pengalaman. itulah niat mereka yang datang. bagi prospek baru, datang nak lihat peluang, nak yakinkan diri inilah suatu perniagaan yang hebat, nak lihat orang-orang berjaya, mungkin juga nak bandingkan dengan peluang-peluang lain. terpulang pada mereka. kita harap prospek baru, datang dengan minda yang kosong, baru dapat lihat peluang ini dengan saksama. semalam pun ocpd bukit mertajam pun ada, nak lihat perjalanan meeting taipan. teruja katanya. kalau macam ini bimbingan yang taipan berikan, tak mustahil ramai lagi yang akan berjaya termasuk dirinya. tahniah pada leader-leader hebat, cdm cek mat, cdm fitri, cdm abg ali, cdm shahrina, cdm wan mahathir, cdm nuri, cdm hasmidar, cdm mas dan ramai lagi leader yang tak jemu-jemu datang. mereka yang datang seluruh utara, ada dari kangar, jitra, alor setar, baling, parit buntar, sebelah pulau. jarak bukan lagi persoalan, janji mereka boleh berjaya. penat bukan soalnya , janji boleh berjaya. mengantuk bukan soalnya, janji boleh berjaya.
kerja ini tak boleh buat sorang-sorang. hebat macamana pun kita, kena bekerja dalam group. inilah yang taipan buat. hasilnya amat hebat. meniaga tercepat, terpantas dan terbesar.
dalam ucapan semalam ada juga saya sentuh pasal berfikiran positif. bila kita berfikiran positif, kita akan menarik tenaga-tenaga positif juga kepada kita. jangan dok pikir negatif. negatif tak membantu kita mengubah hidup pun. pegang dan buat tindakan sebaik mungkin. jangan persiakan. ramai lagi orang diluar sana masih mencari-cari peluang. kita yang dah dapat peluang, bersyukurlah dan buat betul-betul sehingga berjaya. berjaya bersama berjayanya rakan kongsi kita.

Rabu, 21 April 2010

kaya

dahulu kala di negara cina. di suatu kampung ada seorang pemuda yang rajin, setiap hari pergi kerja dengan penuh semangat. pergi awal pagi dan akan balik agak lewat. perjalanan pergi dan balik dia mesti melintasi pondok yang dihuni oleh ahli filsouf. dia selalu perhatikan pemuda tersebut dan dia amat yakin, pada suatu hari nanti dia akan jadi orang kaya. dia sentiasa menanti-nanti saat yang sesuai untuk berbicara dengan pemuda tersebut.
pada suatu hari bila nampak pemuda tersebut. dia panggil;
'aku yakin kamu akan jadi jutawan'. kata ahli filsouf.
pemuda balik rumah dengan hati penuh bangga. dia pun duduk kat rumah je. dah tak keluar kerja lagi dok tunggu jadi kaya. sehinggalah dia mati dalam keadaan miskin, hina lagi.
selepas mati, dia jumpa dengan Tuhan, dia komplen pada Tuhan pasal ahli filsuf yang dikatakan menipu dirinya. kata dia akan jadi kaya tapi apa yang terjadi sebaliknya malah dihina lagi.
tuhan pun panggil ahli filsouf. kenapa kamu menipu pemuda ini, kamu kata dia jadi kaya?
'memang betul dia jadi kaya kalau dia bekerja, saya nampak dia rajin bekerja, jadi aku kata dia akan jadi kaya kalau dia berterusan bekerja, lepas tu dia tak buat kerja, itu salah dia sendiri'

coin kemenangan

pada zaman dulu di negara cina, ada seorang panglima hebat yang selalu menang setiap kali peperangan berlaku. oleh itu dia digelar 'panglima penakluk' oleh raja dan rakyat. dalam sebuah pertempuran, dia dan pasukannya ditentang habis-habisan oleh musuh yang lebih ramai bala tenteranya sehingga dia dan pasukan terpaksa berundur. berundur sehingga sampailah ke pinggir jurang yang dalam. pada saat itu tenteranya dah berputus asa dan ingin menyerah kalah.
panglima mencari akal, 'wahai seluruh tentera ku, menang-kalah sudah ditakdirkan oleh dewa-dewa. kita akan menanyakan kepada para dewa, apakah hari ini, kita harus kalah atau akan menang. saya akan lambung coin ini. jika sisi gambar yang muncul kita akan menang. jika sisi nombor yang muncul kita akan kalah. biarlah dewa-dewa yang menentukan. bila panglima melambung coin dan sisi gambar yang muncul. ini tanda kemenangan akan terjadi hari ini.
keadaan ini disambut gembira oleh pasukannya'dewa dipihak kita, dewa dipihak kita, kita pasti menang' bagaikan kerasukan mereka kembalik bertempur dengan pasukan musuh. akhirnya mereka benar-benar memusnahkan pasukan musuh dan beroleh kemenangan lagi.
pada petang itu, semasa panglima berehat di tepi sungan dalam perjalanan pulang seorang prajuritnya berkata' kemenangan kita ni ditentukan oleh dewa-dewa, dewa-dewa tu begitu baik dan sayang pada kita semua'. 'apa kau kata' agak terkejut panglima sambil melambung semula coin kemenangan. prajurit tersebut pun memeriksa coin kemenangan terrsebut, terkejut kerana kedua-dua sisi coin tersebut adalah gambar tanda kemenangan.
pikirkan kemenangan, positif dan bertindak, kita pasti akan meraih kemenangan.

alasan

biasa dengar ini;
1- kau berjaya aku ikut, nak tengok lama mana kau boleh bertahan.
2- kau bawa bmw depan ni aku jilat tayar.
3- muka mu ni bukan muka orang kaya.
4- aku dah cukup, dah selesa
5- duit banyak pun mati jugak
6- duit bukan boleh bawa mati
7- malas nak tubik-tubik
8- aku tak dok sain/kawan
9- semua rumah dah ada penapis air, nak jual mana lagi
10- sain aku ramai doh yang masuk, aku nak taja sapo lagi
11- aku sibuk, kerja banyak.
12- mlm ni panas sekejap je, pah tu mati
13- mlm dok mengaya orang atas.
14- masuk lambat, susah nak berjaya. kalau awal-awal, aku masuk.
15- skim piramid dok menipu orang
16- lama-lama tepu, semua orang masuk
17- anak nak periksa tahun ni
18- banyak masalah, nanti selesai aku masuk.
19- kat pejabat aku 4,5 orang dah masuk. tak berjaya pun
20- malu nak jumpa dengan orang
21- tak pandai cakap.
22- tak pandai bawak kereta
23- pasangan tak sokong buat mlm

senarai nama

perkara biasa. masuk je mana-mana mlm. suruh buat senarai nama.kalau tak ada, upline suruh poonbook je. tengok senarai kawam-kawan. ramai. sampai ada 100 nama. bila dah biasa sangat, buat pun main-main je. tak buat betul-betul. kenapa? mungkin juga tak nampak kegunaan senarai nama. dah buat pun dulu, meniaga pun sekerat jalan. meniaga tak besar-besar pun. kalau ikut kajian kalau umur dah 30 tahun sepatutnya kita dah ada network lebih kurang 2000 orang. network maksudnya orang-orang yang kita berurusan dengan mereka. ada kerja dengan mereka. nak bina senarai nama, kita boleh mula dengan orang terdekat dulu dan semakin jauh. adik-beradik, kawan-kawan opis, kawan masa belajar, ibubapa kawan anak-anak. pendek kata senarai tu akan panjang. tapi masih lagi tak tahu nak taja sapa. kalau dah ada senarai nama tu, jangan dok buat keputusan bagi pihak mereka pulak. si a tak nak, si b tak suka mlm. si c ni dah banyak duit, si d ni terlalu sibuk. ini ramai yang buat. kita call, atau g je rumah mereka dan sharing peluang. kalau tak nak tak apa, sebab keluar dari mulut dia sendiri. terus buat tindakan, tak ada masa yang sesuai kecuali hari ini jugak. bertangguh membawa kecewa. bila kawan kita nak masuk dengan orang lain, mulalah mengata macam-macam. tak nak ikut kawan, kita dah lama kawan. aku tolong sampai berjaya. janji manis pun keluar. senarai nama mesti ada penambahan. paling kurang 1 nama sehari. kita kena niat setiap hari aku mesti jumpa/berkawan dengan 1 stranger. kalau setahun mesti ada 365 orang baru. tak kan 2,3 orang tak nak bersama-sama kita. takut orang kata , kita meniaga tak ikhlas pulak. meniaga kita akan infiniti kalau prospek sentiasa bertambah. meniaga sepanjang hayat.

peluang

baru sampai rumah dari meeting mingguan. sebelum tu kami ke Melaka. Jumpa dengan prospek. Dah jumpa tapi kali ini jumpa pulak dengan prospeknya. Terus bawa BA dan produk DNI. Senang nak urus, bila barang dapat, duit pun dapat. itulah cara paling bagus meniaga. punch kat stokis dan barang perlu ambil terus. kalau tidak banyak masalah akan timbul kemudian hari. terus boleh pakai. cepat dapat testimoni produk. rakan kongsi baru tu seorang pendidik dan sedang sambung belajar. semasa jumpa dengan dia dulu, dia dah ada beberapa alasan yang mana dia dah memang tak boleh buat meniaga ini. sedang belajar, tak ada kawan, banyak tugasan sekolah, layan anak-anak. tapi bila diberitahu ada modal murah, terus setuju dan alasan tadi dah hilang. kita perlu bagi yang mudah-mudah dan prospek mampu buat. orang yang kata sibuk dan orang yang sama kata boleh buat. dari tak ada kawan terus ada kawan. sibuk layan anak, seolah-olah dah tak ada anak. kenapa? semangat dah ada, semua jadi mudah. jadi yang penting adalah semangat untuk berjaya.
hari ini dah tunjuk prospek. terus berminat, mudah nak buat. minggu depan akan ke sana lagi. seronok bila ada orang yang bersemangat. kita jadi lebih bersemangat lagi. bila semangat datang, tak ada lagi halangan yang ada ialah peluang, peluang, peluang untuk buat duit.
sebelum ke Melaka, kami settle dulu pasal kereta hilang. dah 4 bulan baru nak urus claim. tak apa janji dapat.
meeting malam ini seperti biasa. ramai prospek baru. ramai tunggu sampai habis. fenomena kedatangan ramai prospek baru dah berlarutan 3 tahun. ini tandanya ramai yang nak tambah pendapatan. tambah pendapatan, tambah selesa hidup. tak ada orang yang tak nak senang. tapi bab kena buat kerja tambahan ramai yang tak sanggup. alasan pun datang. akibatnya kehidupan akan tetap ditakat lama. bila ramai prospek datang, kami juga ada tekanan. bagaimana nak jayakan semua yang datang. besar tanggungjawabnya. kami dah buat yang terbaik dan setakat ini terbukti berkesan sistem pendidikan kami. dah ramai berjaya dalam masa singkat.

Selasa, 20 April 2010

myvi vs keta bintang

kita jangan risau dengan apa yang berlaku sekarang. ini proses penambahbaikan dalam meniaga kita. jangan bayangkan hal-hal negatif. nanti hal-hal tersebut akan betul-betul jadi. saya dengar desas desus meniaga akan menurun, income jatuh dan masalah-masalah lain akan datang. percaya pada saya. percaya pada kami yang dok meniaga ni 7,8 tahun. meniaga kita tak akan jatuh, kita mampu pertahankan apa yang kita ada. mampu bayar semua kos-kos tersebut. masih boleh berimpian besar lagi. bertenang dan meniaga betul-betul. dulu kita jual mercedes tapi sekarang kita jual myvi. mana lebih banyak laku. tentulah myvi. wpun komisin myvi kecil tapi kuantiti terjual tentulah lebih banyak. murah dan ramai yang mampu beli.% lebih tinggi lagi. cuma jumpa lebih ramai orang je. dulu mercedes tak ramai yang mampu, walaupun komisinnya tinggi. walaupun komisin 5 myvi baru sama dengan komisin mercedes. tak apa kita buat je. saya yakin dengan keupayaan anda semua. bayangkan yang indah-indah akan berlaku pada diri kita.
kalau ada yang dok cakap-cakap negatif, cepat-cepat jauhkan diri. kita dok dengar kita pun jadi takut. apa nak takut, benda belum jadi lagi. masih samar-samar. kita patut dengar/cakap hal-hal positif saja. meniaga ni nak lagi besar. siapa yang tak nak berubah dan banyak merungut, memaanglah koma. hidup adalah pilihan kita. kita menentu masa depan kita. selagi hayat ada kita jangan mengalah dan tak ada niat sedikit pun nak mengalah. peluangg terbuka depan mata. peluang buat duit jelas dan terang. cek kosong yang kita dapat, tulis sendirilah berapa yang kita nak.
percayalah kita akan berjaya jua akhirnya. perjalanan dah kita mulai dan jangan ada yang menyesal. ayuh ikut taipan. taipan dah sediakan landasan terindah untuk anda lalui. landasan terindah, tercepat dan terpantas nak bina pendapatan. percayalah. jangan ada ragu sedikit pun. percaya dan kita buat tindakan. kita pasti berjaya. pulau impian depan mata. alam semesta akan membantu kita berjaya.

law of attraction

salam. semoga kita semua ceria dipermulaan hari. mesti ceria dan happy. bila ceria itu tandanya kita dalam keadaan positif. kita akan menarik tenaga yang positif ke dalam kehidupan. hal-hal positif juga akan terjadi pada diri kita. bayanglah yang indah-indah akan terjadi dalam kehidupan kita. bayanglah apa yang kita nak jadi. bayanglah apa yang kita nak milikinya. seolah-olah kita telah mencapainya. bayangkan prospek sedang menanti-nanti kita. bayangkan prospek tu bukan seorang, malah 6 orang. bayangkan semuanya orang dah setuju nak bergabung dengan kita. semua dah bawa duit cash. inilah yang mesti kita lakukan setiap hari. bila positif, hal-hal positif juga akan terjadi pada kita.
cuba ingat-ingat semula. pernahkah terjadi seperti ini pada anda. terlewat bangun pagi nak gi kerja. terbayang kita akan terlewat sampai ke tempat kerja, punch card merah, bos tunggu depan pintu. semua ini pikiran negatif. apa yang terjadi selepas itu akan menyokong apa yang anda pikirkan. nak kebilik air, tersepak pintu, tali pinggang tak jumpa, stokin lambat jumpa, kasut kotor, jalan jam, lampu isyarat semua merah, lif penuh, parkir penuh. nak lebih paham lagi baca buku pasal law of attraction.

YAKIN BOLEH BERJAYA

salam.
marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi, kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. beri peluang kepada kita untuk berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. berubah dari keadaan lebih baik kepada keadaan lebih-lebih baik lagi. masih lagi diberi peluang untuk tambah lagi pendapatan. beri peluang kepada kita memperbaiki kesilapan. kelemahan dan kekurangan semalam.
saya yakin dan percaya kita semua adalah orang yang berjaya atau tak akan gagal. jika kita percaya pada diri. yakinlah kita adalah orang yang paling hebat, paling berjaya. tiada orang yang lebih hebat dari diri kita. kita akan capai apa yang kita inginkan. buatlah tindakan yang sepatutnya. apa yang kita impikan akan menjadi realiti. kitalah yang akan ubah nasib kita. orang lain tak boleh ubah apa-apa kalau anda tak mahu. kita adalah arkitek masa depan kita, ingatlah kita lebih hebat dari apa yang kita pikirkan.
terima kasih upline yang membawa kami ke dalam dunia hai-o. kalau mereka tak bawa kami, kami mungkin masih seperti 9 tahun dulu. mungkin umur je yang bertambah. itu saja yang kami jangkakan. tetapi dengan ajakan mereka, kami buat keputusan yang tepat untuk mencorak kehidupan dengan MLM, seperti anda semua. bukan semata-mata makan gaji. cuba sesuatu yang baru untuk mencapai impian yang telah kabur dan hampir-hampir musnah sama sekali. impian bersinar semula apabila bersama hai-o. hidup telah berubah-mimpi-mimpi indah menjadi realiti. syukur sekali lagi pada Ilahi.
marilah kita sama-sama ikut jejak langkah orang yang telah berjaya seperti cdm-cdm. mereka telah berjaya capai banyak impian mereka. nak beli kereta mewah- dapat. nak beli rumah- dapat. nak pergi melancong- pun dapat. nak bersedeqah- dapat.
sebelum bersama hai-o, banyok kepala pening dok memikirkan; nak balik kampung, balik raya, bayar saman, sewa rumah, bil-bil, makan kat luar, nak hulur duit kat orang tua, road tax mati. kadang-kadang tak lena tidur dibuatnya. syukur sekarang ini hal-hal tersebut dapat diatasi. bukan cdm je yang dapat atasinya malah ddm,ds,ssm dan sm pun telah bebas sedikit demi sedikit masalah tersebut. saya yakin akan tiba giliran anda sedikit masa lagi asalkan buat,buat,buat,buat janga berhenti.
cdm-cdm bekerja bukan lagi untuk duit semata-mata, tapi mahu melihat kita semua berjaya, mereka bekerja untuk kita. banyak fikir untuk kejayaan kita, kerja dengan keikhlasan,banyak masa habis tak apa janji kita berjaya, letih/penat tak apa janji kita berjaya, tak tidur tak jadi hal janji kita berjaya,demam tak apa janji kita berjaya,tak sempat balik kampung tak apa janji kita berjaya. kejayaan kita adalah kejayaan mereka. jayakan orang lain, bantu orang berubah itulah prinsip MLM. upline adalah orang paling risau terhadap rakan kongsinya.
yakinlah pada diri kita, yakin boleh berjaya, yakin boleh jadi cdm, yakin boleh jadi jutawan. kita akan dapat/ jadi / perolehi apa yang kita impikan. percayalah.
syarat nak berjaya mesti yakin dulu pada diri sendiri. aku boleh, aku hebat, aku pasti berjaya. kalau ini tak ada dalam pikiran, kita akan gagal. sebelum buat keputusan nak buat yakin dulu boleh berjaya, baru boleh berjaya. kalau ragu-ragu kita akan gagal. tengok orang lain boleh berjaya, aku pun boleh. apa lebihnya orang lain kalau nak dibandingkan dengan aku. tindakan dan keberanian buat keputusan. itu yang membezakan aku dengan orang berjaya.
BERTEMU DI PUNCAK KEJAYAAN.

Isnin, 19 April 2010

takut

belenggu rasa takut;
1- takut gagal
2- takut tak ada orang nak masuk
3- takut pasaran tepu
4- takut orang marah kalau mereka masuk dan gagal
5- takut orang tua/pasangan/bos marah, kalau tahu buat meniaga ini
6- takut tak balik modal
7- takut syarikat tutup
8- takut kena tipu
9- segala jenis takut
10- takut tak boleh jual
11- takut tak jadi
inilah sebahagian rasa takut yang kita dengar bila kita jumpa dengan prospek. kebanyakan takut itu tak pernah terjadi pun pada mereka. kita mesti yakin dengan diri sendiri yang kita boleh berjaya. kalau dok dibelenggu rasa takut, hidup kita tak akan berubah. orang berani mengambil risiko akan berjaya dalam kehidupanya. buang rasa takut dan meniagalah sepenuh hati dan anda lihat perubahan kehidupan anda dalam masa setahun. anda pun akan hairan dengan diri dan kehidupan anda masa itu. "macam tak percaya. dalam mimpi" ramai yang kata begitu. nanti anda pulak akan kata begitu.percayalah!!!!
Salam buat anda semua.
isnin, 19/4/2010. hari paling bertuah dan paling dinanti-nantikan oleh semua orang. hari dan tarikh ini, kita bertemu sekali sahaja sepanjang hidup kita. oleh itu setiap detik yang kita lalui ini jangan dipersiakan begitu sahaja. ingat jangan sesaat pun kita jangan kerugian, masa bergerak terlalu pantas. apatah lagi kalau kita tak buat apa-apa tindakan yang positif yang boleh menyampaikan kita kepada tujuan sebenar kedatangan kita di dunai ini. apatah lagi sejak kita berada dalam meniaga ini. masa terlalu cepat bergerak. rasa bagaikan dah tak cukup masa nak bekerja. masa mengajar dulu, masa masa bergerak terlalu lambat. hari isnin pulak bukan hari yang dinanti-nantikan. hari malas nak pergi sekolah. kalau ikut kajian pun, hari ini ramai orang mengalami tekanan nak ke tempat kerja. dah cuti 2 hari. tapi saya yakin sejak buat MLM ini, lain pulak cerita. tak ada cuti pun dalam hidup. yang ada sentiasa nak bekerja. berkongsi dengan semua orang yang kita jumpa. kawan atau tidak. stranger adalah kawan yang belum jumpa sahaja. inyang kita kenal pegang. senyu, sapa dan salam. lakukan ini pada setiap orang yang kita jumpa. saya pasti kita tak habis senarai prospek. kalau malu, takut-takut, segan dan sebagainya susahlah nak meniaga sepanjang hayat. tapi itu semua datang pada awal-awal saja. bila dah 4,5 kali kita buat dah rasa seronok. dah jadi habit.
isnin hari pertama minggu baru. apa perancangan dan matlamat anda yang mahu dicapai sepanjang 7 hari ke depan. matlamat minggu ini mestilah selari dengan matlamat bulanan kita. matlamat kita dalam meniaga ini lebih jelas dan senang tahu boleh capai ke tidak. kita dah kena tahu berapa orang prospek yang kita mesti jumpa setaip hari, jam berapa kita nak jumpa dan dimana. ini kena jelas. contohnya hari ini. ke mana dan siapa kita nak jumpa mesti dah siap. pukul berapa dah kena tahu. kalau tak ada itu semua, masalah nanti. pakai cantik-cantik, keluar rumah, aleh-aleh tak tahu nak gi mana. masalah kita. buat full times, kita perlu jumpa lebih ramai lagi prospek. inilah hidup mati kita. kerja lain kita dah tolak tepi nak fokus kerja ini. jangan main-main kalau nak berjaya. masa nak membina memanglah banyak cabaran, halangan yang kita akan tempuhi. masa membina agar group kukuh perlukan masa. tak siap dalam sehari dua. mungkin 3,4 tahun baru siap. bila siap kita dapat hasil lumayan. belum siap pun kita dah dapat hasilnya. jangan takut dengan masa depan bersama hai-o. anda akan capai matlamat hidup anda. anda kena capai matlamat mingguan dan seterusnya matlamat tahunan, akhir sekali matlamat seluruh kehidupan.
apa yang anda rasa,alami hari ini, saya dah rasa dulu. kita boleh atasinya. selalu mengingat matlamat. hari-hari baca matlamat tersebut. paling penting sentiasa bisik pada diri anda. aku boleh, aku hebat, aku pasti berjaya. orang lain boleh, aku juga mesti boleh. aku dilahir untuk jadi juara. juara mesti dibina dan bukan lahir-lahir terus jadi juara. motivasi nak berjaya kena tinggi. mintak semangat dari otai, buku-buku atau dari mana-mana sumber yang boleh membakar semangat pejuagan. bacalah biografi orang berjaya. orang berjaya bukan tak pernah gagal, tapi setiap kali gagal mereka bangkit kembali. malah orang berjaya, ialah orang paling banyak alami kegagalan. kejayaan berada disebalik gunung kegagalan. oleh itu segala kepedihan, kepayahan yang kita alami hari ini sebenar tersembunyi rahsia kejayaan. atasinya anda akan berjaya.
taniah kerana masih bersemangat untuk terus berjuang. perjuangan kita belum selesai selagi belum mencapai matlamat. ingat matlamat mingguan amat penting. matlamat harian lagi penting. jangan persiakan hari ini. jumpa seramai prospek hari ini, saya pasti mereka sedang menunggu anda. dah siap dengan duitnya sekali. jom jumpa. jom jumpa. sampai bertemu lagi beberapa jam dari sekarang.

Ahad, 18 April 2010

santai agrotek

salam.
hari ini berkesempatan bersantai dengan anak-anak di agrotek garden resort. mandi manda di sana. sangat sesuai untuk bawa keluarga. air sungai mengalir taklah laju sangat dan tak ada batu- batu kasar di dasar. kalau sungai congkok batu banyak di dasar sungai. kaki sakit kalau tersalah pijak. kat sini dasarnya pasir dan amat sesuai unutuk mandi. tak risau keselamata anak-anak. kerusi-kerusi dan tempat duduk hampir dengan sungai, sentiasa boleh pantau anak-anak. nak makan pun mudah. restorannya ada bermacam-macam jenis masakan dan harganya berpatutan. seronok mandi, sejuk amat sangat. mandi pun tak sampai 30 minit dah tak tahan. selebihnya aku baca buku untuk santapan minda. seronok dan anak-anak puas mandi bersama ibubapanya.
alamatnya
agrotek garden resort
126-A Pekan Batu 14,
Jalan Besar Ulu Langat 43100
Hulu Langat Selangor.

resort ini sesuai buat latihan dan seminar serta hari keluarga dan banyak kemudahan yang disediakan. parkir banyak, dewan-dewan dan bilik-bilik pun banyak. nak murah lagi dorm pun ada.

SARI AYU

konsep yang diguna pakai oleh pengasas sari ayu iaitu martha tilaar dalam menjalani perniagaannya yang telah bertahan lebih 30 tahun.
1- DJITU;
D - disiplin
J - jujur
I - iman/ inovatif
T - tekun
U - ulet

Elakkan AIDS
A- angkuh
I- Iri
D- Dengki
S- serakah

dalam meniaga MLM prinsip ini boleh kita terapkan dalam diri sendiri dan group kalau kita mampu melakukan ini,meniaga kita akan bertahan lebih lama. rakan kongsi pun suka. bila dah suka pastilah mereka akan sentiasa bersama dengan group. kalau tak ada jangan hairan kalau orang sekejap je bersama-sama ikut, lepas tu tak ikut. cepat-cepatlah buat muhasabah diri. mesti buat pembaikan diri kalau mahu lama meniaga. kalau tak selama-lamanya kita akan penat.
yang kedua tu kita mesti elak. kalau ada cepat-cepat buang. tak guna ada pada diri kita. tak membantu menjadi kaya pun.
salam.
hebat dan penuh bersemangat. pagi ahad pagi penuh keceriaa. semua orang menanti-nanti hari ahad. ada masa berehat-rehat bersama keluarga. jalan-jalan, santai-santai. tapi ramai juga melihat hari ahad, hari mencari peluang membina rangkaian. hari paling sibuk berjumpa dengan prospek. boleh jumpa dengan lebih ramai lagi prospek. jangan pulak kita pun nak tidur lebih lama lagi. walaupun kita balik lewat semalam, tapi bangun tetap awal. berdoa dan bekerja.
lepas solat subuh tadi sempat baca al-quran dan belek-belek buku sekejap. bagaimana untuk terus berkembang rangkaian kita? jangan berhenti menaja malah jangan ada niat sekali pun nak berhenti menaja. orang baru adalah nyawa dalam meniaga ini. walaupun kita hanya perlukan 6 kaki tapi tak salah kalau lebih. lebih lebar, lebih pulak masyuk!. nak dapat yang hidup 6 kaki tu pun bukan kerja mudah. ada yang 4,5 tahun pun masih belum penuh lagi. tak apa, kita tak akan putus asa. nak 6 kaki mungkin perlu menaja lebih dari 50 orang direct line. pada awal mungkin kita menaja orang disekeliling kita, tak payah pi jauh-jauh lagi. bila dah konfiden dan dah boleh buat sendiri, terpulang pada diri sendiri. meniaga ini tak ada sempadan geografi yang ada sempadan impian. oleh itu jangan had kita punya impian. baru kita bekerja penuh semangat setiap hari.
jangan tunggu dline nak aktif baru kita nak aktif. ini penyakit dalam MLM. kena ada sikap, dline tak aktif aku mesti aktif. dline datang meeting, kita baru nak datang meeting. kita datang meeting, wpun tak seorang dline kita datang. ambil tindakan, buat tindakan adalah kunci kejayaan.
kita perlu turun ke level bawah. baru leader boleh lahir. jarang kita jumpa direct line aktif sebaliknya ramai leader lahir dari level bawah. jangan kisah berapa level kita perlu turun. kalau leader bersinar kita amat beruntung.
jangan bertindak sebagai bos tapi bertindak sebagai coach. jangan bagi arahan. apa yang perlu kita lakukan ialah bangkit semangat rakan kongsi.impian mereka dah terlalu dekat. terus buat, buat mereka pasti berjaya.

Sociable