Jom Follow

Rabu, 28 April 2010

jangan tidur lagi.

semalan sedang baca buku sambil ikuti program "jangan tidur lagi" kat tv3. ada balasungkawan achik spin. mula-mula dengar dulu terkejut jugak. meninggal pada 17/4/2010. kemalangan dilebuhraya kajang seremban. masih muda, tenaga masih banyak, tengah semangat berniaga dan masih banyak lagi impian yang belum tercapai. tapi itulah takdir. tak siapa boleh menghalangnya dan tak ada siapa yang tahu. bila saat kematian. dalam rancangan tu, dia meniaga dan ada sesuatu yang dia tinggalkan untuk keluarganya.

kalau itu terjadi pada kita. apa pendapat anda semua.

ketika masih hidup, badan masih sihat, tenaga masih banyak, peluang depan mata tak kan nak tengok saja. cari duit banyak-banyak. kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari. mana tahu kita sakit dan dah tak boleh wat kerja. boleh guna duit yang kita cari sekarang. mana tahu kesihatan kita merosot, memerlukan duit untuk kos rawatan. duit dah ada boleh kita guna. rawatan hospital kerajaan lambat, tapi kalau hospital swasta cepat, cuma sediakan duit je. saya ada pengalaman. ibu mertua sakit dan perlukan rawatan segera, mana nak g. tentulah hospital yang boleh cepat. jadi g ke hospital pakar perdana. kos rawatannya boleh tahan. kalau tak buat mlm ni mana ada duit nak tampung kos. kalau tunggu hospital kerajaan mau sebulan lebih. itu baru nak jumpa pakar. ini sehari je dah buat semua pemeriksaan. oleh itu carilah duit banyak-banyak, ada gunanya. ada juga yang saya kenal alami keadaan yang sama. menanggung kos perubatan yang tinggi. andainya masa tu kita tak ada duit nak berubat. apa je yang kita boleh buat, selain berdoa. tak kan berdoa saja, ikhtiar pun kena lakukan jugak. ada yang perlu kos perubatan tinggi, dia tak mampu nak sediakan untuk perubatan orang tua. masa tu dah buat hai-o, buat main-main, tak bersungguh-sungguh, dah cukup dengan 4,5 ribu sebulan. bila orang tua sakit dan belanja perubatan mahal. duit tak cukup, menyesal tak buat betul-betul dan simpanan banyak-banyak. sesal mastu dah tak berguna lagi.

oleh itu, buatlah mlm ini ketika masih sihat, peluang masih terbuka. kumpullah duit banyak-banyak. kita akan gunanya bila-bila. sakit demam kita tak tahu. buat simpanan untuk anak-anak, masuk takaful ke, atau seumpamanya. mana tahu kita pergi awal, sekurang-kurangnya ada duit dari takaful. anak-anak tak terbiar, duit ada. ingat kita tak tahu bila ajal kita sampai.

untuk pendidikan, kita boleh menabung. siapkan setiap orang sekurang-kurangnya rm100k. mereka belajar tak payah pinjam duit kerajaan lagi. tak ada hutang. belum habis belajar dah ada hutang. zaman saya dulu, kerja baru kita buat hutang. ini tak habis belajar, belum kerja pun dah kena bayar. tak bayar kena blacklist.

kita sibuk pun tak apa. banyak masa habis atas jalan tak apa. kita tahu apa yang kita buat. kadang-kadang seharian kita sibuk. tak apa. kita buat untuk anak-anak jugak. ada orang kata anak terbiar. tak dapat kasih sayang. tapi ingat kita buat ini semua untuk mereka juga. perhatikan orang cina, mereka lagi dasyat, tinggal anak, jumpa seminggu sekali je. tak susah pun. anak mereka tetap berjaya jugak.

kita mesti ada target, berapa simpanan kita nak buat dalam beberapa tahun ini. usaha betul-betul, kita akan mencapainya. katakan nak ada simpanan rm 3 juta. tak mustahil kita boleh capai. dah ramai yang berjaya simpan sebanyak itu dengan buat hai-o.
bertemu anda dipuncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable