Jom Follow

Khamis, 22 April 2010

safira klub

salam. salam 1Malaysia. terima kasih kerana masih sudi membaca catatan ini. jam sekarang menunjuan 11.36am. kerja-kerja yang sepatut buat dah dibuat, kini tibalah masanya untuk mencatat sesuatu untuk kita semua. sebenarnya hari ini lepas solat subuh terus sambung tidur. jam 4.00am baru sampai dari safira klub. bertolak balik dah awal, jam 11.00pm. mengantuk punya pasal, 2x tidur. itu yang lambat. jam 10am bangun, mandi, solat dhuha, baca al-quran, makan, baca paper. dah siap semua baru boleh buat kerja lain. cdm kartini keluar, jumpa kawan sharing pasal TT. target hari ini mesti dapat 3 TT paling kurang katanya. itu saya yakin, bila kita tetapkan target, berfikir, bertindak, kita akan mencapainya.tak ada yang mustahil dalam hidup ini.
semasa pergi ke seberang jaya, bertolak jam 3pm, singgah kat kawasan rehat tapah, solat asar. kat situ ada pameran kereta klasik dari yala thailand. sempat ambil gambar. boleh lehat kat fb nanti. makin lama makin berharga. susah nak dapat. beruntunglah orang-orang yang masih menyimpanya. tayar pulak tercucuk paku, singgah dulu kat pekan tapah. buang dan tampal. nasib baik siang hari, kalau malam tak tahu nak buat macamana. sampai seberang jaya jam 6.20pm, singgah kat restoran pelita , makan dan baca buku 'autobiografi Dato' Dusuki Ahmad, Dari Pondok Ke Parlimen' sehingga jam 8pm. pergi meeting.
lebih kurang 150 orang yang memenuhi dewan. tak muat. setiap minggu prospek baru bertambah. itulah akibatnya bila dah jadi. menjadi-jadi, buat berterusan. jangan berhenti. nula-mula dulu pun tak ramai macam ni. mereka yang penuh semangat, tak ada niat lain semata-mata nak berjaya, nak lihat peluang yang hebat, nak ambil semangat, nak kutip ilmu,nak berkongsi pengalaman. itulah niat mereka yang datang. bagi prospek baru, datang nak lihat peluang, nak yakinkan diri inilah suatu perniagaan yang hebat, nak lihat orang-orang berjaya, mungkin juga nak bandingkan dengan peluang-peluang lain. terpulang pada mereka. kita harap prospek baru, datang dengan minda yang kosong, baru dapat lihat peluang ini dengan saksama. semalam pun ocpd bukit mertajam pun ada, nak lihat perjalanan meeting taipan. teruja katanya. kalau macam ini bimbingan yang taipan berikan, tak mustahil ramai lagi yang akan berjaya termasuk dirinya. tahniah pada leader-leader hebat, cdm cek mat, cdm fitri, cdm abg ali, cdm shahrina, cdm wan mahathir, cdm nuri, cdm hasmidar, cdm mas dan ramai lagi leader yang tak jemu-jemu datang. mereka yang datang seluruh utara, ada dari kangar, jitra, alor setar, baling, parit buntar, sebelah pulau. jarak bukan lagi persoalan, janji mereka boleh berjaya. penat bukan soalnya , janji boleh berjaya. mengantuk bukan soalnya, janji boleh berjaya.
kerja ini tak boleh buat sorang-sorang. hebat macamana pun kita, kena bekerja dalam group. inilah yang taipan buat. hasilnya amat hebat. meniaga tercepat, terpantas dan terbesar.
dalam ucapan semalam ada juga saya sentuh pasal berfikiran positif. bila kita berfikiran positif, kita akan menarik tenaga-tenaga positif juga kepada kita. jangan dok pikir negatif. negatif tak membantu kita mengubah hidup pun. pegang dan buat tindakan sebaik mungkin. jangan persiakan. ramai lagi orang diluar sana masih mencari-cari peluang. kita yang dah dapat peluang, bersyukurlah dan buat betul-betul sehingga berjaya. berjaya bersama berjayanya rakan kongsi kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable