Jom Follow

Isnin, 19 April 2010

Salam buat anda semua.
isnin, 19/4/2010. hari paling bertuah dan paling dinanti-nantikan oleh semua orang. hari dan tarikh ini, kita bertemu sekali sahaja sepanjang hidup kita. oleh itu setiap detik yang kita lalui ini jangan dipersiakan begitu sahaja. ingat jangan sesaat pun kita jangan kerugian, masa bergerak terlalu pantas. apatah lagi kalau kita tak buat apa-apa tindakan yang positif yang boleh menyampaikan kita kepada tujuan sebenar kedatangan kita di dunai ini. apatah lagi sejak kita berada dalam meniaga ini. masa terlalu cepat bergerak. rasa bagaikan dah tak cukup masa nak bekerja. masa mengajar dulu, masa masa bergerak terlalu lambat. hari isnin pulak bukan hari yang dinanti-nantikan. hari malas nak pergi sekolah. kalau ikut kajian pun, hari ini ramai orang mengalami tekanan nak ke tempat kerja. dah cuti 2 hari. tapi saya yakin sejak buat MLM ini, lain pulak cerita. tak ada cuti pun dalam hidup. yang ada sentiasa nak bekerja. berkongsi dengan semua orang yang kita jumpa. kawan atau tidak. stranger adalah kawan yang belum jumpa sahaja. inyang kita kenal pegang. senyu, sapa dan salam. lakukan ini pada setiap orang yang kita jumpa. saya pasti kita tak habis senarai prospek. kalau malu, takut-takut, segan dan sebagainya susahlah nak meniaga sepanjang hayat. tapi itu semua datang pada awal-awal saja. bila dah 4,5 kali kita buat dah rasa seronok. dah jadi habit.
isnin hari pertama minggu baru. apa perancangan dan matlamat anda yang mahu dicapai sepanjang 7 hari ke depan. matlamat minggu ini mestilah selari dengan matlamat bulanan kita. matlamat kita dalam meniaga ini lebih jelas dan senang tahu boleh capai ke tidak. kita dah kena tahu berapa orang prospek yang kita mesti jumpa setaip hari, jam berapa kita nak jumpa dan dimana. ini kena jelas. contohnya hari ini. ke mana dan siapa kita nak jumpa mesti dah siap. pukul berapa dah kena tahu. kalau tak ada itu semua, masalah nanti. pakai cantik-cantik, keluar rumah, aleh-aleh tak tahu nak gi mana. masalah kita. buat full times, kita perlu jumpa lebih ramai lagi prospek. inilah hidup mati kita. kerja lain kita dah tolak tepi nak fokus kerja ini. jangan main-main kalau nak berjaya. masa nak membina memanglah banyak cabaran, halangan yang kita akan tempuhi. masa membina agar group kukuh perlukan masa. tak siap dalam sehari dua. mungkin 3,4 tahun baru siap. bila siap kita dapat hasil lumayan. belum siap pun kita dah dapat hasilnya. jangan takut dengan masa depan bersama hai-o. anda akan capai matlamat hidup anda. anda kena capai matlamat mingguan dan seterusnya matlamat tahunan, akhir sekali matlamat seluruh kehidupan.
apa yang anda rasa,alami hari ini, saya dah rasa dulu. kita boleh atasinya. selalu mengingat matlamat. hari-hari baca matlamat tersebut. paling penting sentiasa bisik pada diri anda. aku boleh, aku hebat, aku pasti berjaya. orang lain boleh, aku juga mesti boleh. aku dilahir untuk jadi juara. juara mesti dibina dan bukan lahir-lahir terus jadi juara. motivasi nak berjaya kena tinggi. mintak semangat dari otai, buku-buku atau dari mana-mana sumber yang boleh membakar semangat pejuagan. bacalah biografi orang berjaya. orang berjaya bukan tak pernah gagal, tapi setiap kali gagal mereka bangkit kembali. malah orang berjaya, ialah orang paling banyak alami kegagalan. kejayaan berada disebalik gunung kegagalan. oleh itu segala kepedihan, kepayahan yang kita alami hari ini sebenar tersembunyi rahsia kejayaan. atasinya anda akan berjaya.
taniah kerana masih bersemangat untuk terus berjuang. perjuangan kita belum selesai selagi belum mencapai matlamat. ingat matlamat mingguan amat penting. matlamat harian lagi penting. jangan persiakan hari ini. jumpa seramai prospek hari ini, saya pasti mereka sedang menunggu anda. dah siap dengan duitnya sekali. jom jumpa. jom jumpa. sampai bertemu lagi beberapa jam dari sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger