Jom Follow

Selasa, 27 April 2010

CERITA DULU-DULU

SALAM DAN SELAMAT PAGI. PAGI INI AKAN DIGEMPUR KITA AKAN BEKERJA LAGI. TAK SEMPAT JUMPA SEMALAM KITA JUMPA HARI INI, BUAT LAGI TEMU. YANG DOK PIKIR-PIKIR SEMALAM, KITA FOLLOW UP PAGI INI. SAYA YAKIN JAWAPANNYA POSITIF. TAK PERCAYA CUBA CALL PAGI INI. CATATAN RINGKAS PASAL AKU.
HARI INI, HARI AKU LAHIR YANG KE 37. LAHIR DIKAMPUNG BECAH KELUBI, DAERAH CHETOK, JAJAHAN PASIR MAS, NEGERI KELANTAN. IBU CHE JAH BT AWANG BESAR. BAPA MAMAT BIN HARUN. DUA-DUA MASIH ADA DAN SIHAT.
NAMA YANG DIBERI KAMARUDIN, ORANG BIASA PANGGIL, MAT DIN ATAU NUDIN. RAMAI YANG PANGGIL MAT DIN. SEBAGAI BUDAK KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNGLAH DOK MAIN MASA BUDAK-BUDAK DULU. MAIN BOLA, BADMINTON, DEK CHOT, CONGKOK, POLIS SENTRI, CARI IKAN, WAU, TAHAN TAUT, TAHAN TUAR,CARI GONDANG, KUTIP GETAH, KEREK TEMAKAU, CABUT SEMA, CENDUNG, NAIK BUKIT, BIDAS BURUNG, BELAGO BUAH GETOH, MAIN GUROH, MAIN GETAH DAN BANYAK LAGI. ITULAH AKTIVITI MASA DOK KAMPUNG. SEKARANG NI ORANG DAH TAK BUAT LAGI. DAH TAK INGAT KOT. DAH MODEN.

BECAH KELUBI- MEMANG KAMPUNG AKU ADA BECAH/PAYA. ITU DULU-DULU. DALAM BECAH TU ADANYA POKOK KELUBI. DALAM BECAH TU PENUH DENGAN POKOK GABUS DAN MENERUNG. MUSIM HUJAN PENUH DENGAN AIR, MASA KEMARAU MASIH ADA AIR TAPI TAK BANYAK. KAT SITU CARI IKAN. IKAN KELI, IKAN RUAN, SEPAT, BELUT, IKAN PUYU,SEKARANG NI DAH TAK ADA. DAH JADI KEBUN KELAPA SAWIT. FELCRA YANG USAHAKAN.

SEKOLAH RENDAH- SEKOLAH BECAH KELUBI, 5 BATU JARAK DENGAN RUMAH AKU. G SEKOLAH BONCENG ABANG AKU, SUKIMAN/KIMAN( DAH MENINGGAL). KELAS 4, AKU DAH BOLEH NAIK BASIKAL SENDIRI.
SEKOLAH MENENGAH- SEKOLAH MENENGAH CHETOK. KAT SITU SAMPAILAH TINGKATAN 3. DAN SAMBUNG SEKOLAH MENENGAH DATO' MAHMUD PADUKA RAJA TANAH MERAH. LEPAS SPM MASUK MATRIK UPM DAN IJAZAH PUN KAT SITU.

SEBELUM MENETAP KAT BUKIT KINRARA- LEPAS KAHWIN MENYEWA KAT TAMAN DESA SERDANG, MENYEWA RUMAH DI KAMPUNG ABU BAKAR BAGINDA, BELI RUMAH TAMAN DESA DAMAI, BANGI, SEKARANG NI DOK BUKIT KINRARA SAMPAILAH SEKARANG.

ISTERI- KARTINI MAT YAAKOB. ORANG PASIR PUTIH. DULU GURU, MENGAJAR TAHUN 1997- SEKOLAH MENENGAH TAMAN DATO HARUN. PINDAH KE SEKOLAH MENENGAH SERI INDAH, SEKOLAH MEMENGAH BANDAR PUCHONG. DAH BERHENTI 7 TAHUN.
ANAK 2 ORANG, SATU LELAKI, 11 TAHUN. PEREMPUAN 6 TAHUN, SELALU CAKAP NAK JADI MACAM MAMA. MAMA HEBAT, MAMA KERJA KUAT, MAMA BOS BESAR.

MASUK HAI-O- JULAI 2001 DAN JADI CDM 2003. SEKARANG NI MASIH BERSAMA HAI-O. AKAN BERSAMBUNG BILA RAJIN. ITULAH CATATAN RINGKAS PASAL AKU YANG BERNAMA MAT DIN.

" ALLAH AKAN BAGI APA YANG AKU NAK.' SELALU AKU INGAT DAN AKU PERCAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable