Jom Follow

Jumaat, 23 April 2010

mentor

dalam meniaga mlm, ramai yang kata nak berjaya kena ikut jejak orang yang dah berjaya. tak payah dok pikir jalan sendiri. strategi dah terbukti berjaya. kalau nak buat cara sendiri, tunggu kita berjaya dulu. tak payah nak memandai-mandai. nanti diri sendiri yang rugi, silap-silap boleh mati meniaga. dalam mlm orang berjaya senang nak tiru. biasanya mereka ni boleh kita jumpa, borak-borak, minum-minum,bergambar dan banyak lagi. mana-mana pun boleh jumpa. lobby hotel, coffe house, restoran, gerai tepi jalan, kat parkir kereta, pasaraya. mudah berkira dan mesra alam. kalau tak mesra alam mana mungkin mereka berjaya. lebih-lebih lagi dalam group ini. sekali tengok, macam orang biasa-biasa. tapi bila kita bersembang dengan mereka, baru tahu mereka tu hebat. sebab tu mereka berjaya. tak salah kita ikut orang berjaya. mereka sangat merendah diri dan sanggup kemana saja untuk menjayakan kita semua. nak jadi no 1, ikutlah jejak langkah orang no 1. kita juga boleh baca biografi orang berjaya. ini juga dikatakan berguru juga, walaupun tak bertemu. jadikan mereka idola. ramai tokoh-tokoh yang boleh kita ikuti. terpulang kepada bidang apa yang kita ceburi. jangan tak ada langsung idola kalau mahu berjaya dan meniaga stabil.
mereka pun ikut orang berjaya juga. kalau ikut kita sebenarnya dah banyak jimat masa, pengalaman mereka boleh kita gunakan untuk membina network yang kukuh.
mereka boleh dijadikan idola, coach, mentor atau penasihat. ramai yang guna istilah mentor. mereka bukan sekadar orang yang berjaya, boleh memberi bimbingan, berilmu dan mudah berjumpa.
mula-mula dulu, meniaga tak laju seperti sekarang. salah satu sebabnya tak ada mentor. masa tu yang ada upline yang sama-sama baru bermula. masa tu juga tak banyak ruang untuk mencari mentor. tak terpikir pun pasal mentor. zero ilmu mlm. mungkin tak rasa penting atau mereka takut nak jumpa direct kita. mungkin upline tak berapa suka bila dlinenya orang lain kacau atau bimbing. takut hilang glamour kot. selain itu juga tak banyak seminar, kelas, meeting, kelas pengukuhan serta function syarikat.suntikan semangat hanyalah melalui buku-buku,bonus yang besar dan impian yang dibina. jelas meniaga kita masa tu syok sendiri dan banyak tindakan kita tak selari dengan prinsip-prinsip MLM. kita dah ingat betul tapi rupa-rupanya salah. meniaga boleh besar tapi tanpa mentor group tak boleh kukuh. orang baru datang, orang lama pergi. kalau kekal pun dah ikut kepala sendiri dan upline pun dah tak kenal lagi. malah macam musuh pulak. tanpa mentor, group alami banyak krisis. krisis banyak, mana mungkin meniaga nak besar. sentiasa penat dan hati pun gundah gelana kerana sesama network sentiasa ada perang, kutuk mengutuk, jatuh menjatuh dan banyak lagi.
setiap mesti ada personal mentor. kata pakar mesti ada 7 mentor dari kepakaran yang berbeza. tapi disini mentor meniaga je kita nak fokus. kena berguru dan mesti jumpa. tak boleh jumpa kat meeting. tanya masalah sepatah dua je. mentor punjawab sepintas lalu je. tak mendalam. mesti jumpa personal baru betul. banyak benda boleh dikongsi dan bimbingan boleh dapat. sekadar jumpa sepintas lalu, itu bukan berguru namanya. kita sendiri mesti kelaparan ilmu, bawa gelas kosong dan dengar dengan teliti. ada pen, buku dan sebagainya. mentor cakap apa yang sepatutnya kita dengar dan buat. kita suka atau tidak. bukan cakap apa yang kita suka dengar. itu bodek namanya.tanyalah pasukan bola, mesti ada coach yang hebat. baru pasukan hebat. kita pun sama mesti ada mentor dan kena jumpa. paling kurang pun aebulan sekali atau bila-bila masa kalau ada hal yang nak dibincangkan. setiap orang tak sempurna, jangan pulak kita nak mentor yang betul-betul perfect. janji meniaga naik, semangat bertambah, ilmu bertambah itu sudah cukup. tak semestinya mentor tu upline. kalau upline tu betul-betul berkarismatik kita boleh ikut, tapi ada juga upline berjaya kerana dia dok atas je atau masuk dulu. kena pandai pilih. salah pilih bisa merundum meniaga atau lambat jadi. mentor boleh nasihat terbagus tapi kita mesti lakukan tindakan. mentor tak beri kita meniaga, hanya nasihat dan bimbingan. mentor hebat macamana pun datang kalau tindakan tak ada. hampeh juga. kita boleh tengok orang meniaga ada mentor. ada lain maaa. ada yang kata ada mentor tapi tak pernah berguru. meniaga yo yo tak tahu punca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger