Jom Follow

Khamis, 29 April 2010

april g, mei ku nanti

bulan april akan berakhir esok malam. esok malam last closing. apa-apa yang berlaku kita tak payah susah hati. closing sikit tak apa, kita banyak belajar. bonus sedikit turun, tak apa bulan-bulan sebelum tu belum habis pakai lagi. belum tau lagi, bonus pun belum keluar lagi. jangan dok risau, itu tak boleh bayar, ini tertunggak. kabar-kabar angin menyatakan, meniaga kita teruk tu tak betul. meniaga taipan macam biasa, malah semangatnya menjadi-jadi bulan ini. volume belum tentu turun. cdm, ddm nampak kegilaan semula. orang baru lagila. sebelum ramai yang dah selesa, projek baru ini bangkit semula. tak boleh rasa selesa lagi selagi belum capai bonus wawasan setiap bulan. meniaga menuju kearah kestabilan dan mantap.

nak kata kerja kena lebih pun saya rasa tak jugak. kerja lebih pun tak apa, itu yang kita pilih. cuma kalau yang group belum besar kena lebih kuat kerja lagi. saya amat berharap sangat, semua orang melihat projek ini perubahan untuk lebih besar lagi bonus dan kesenangan boleh dikongsi oleh semua orang. ramai lagi orang yang boleh masuk.

orang masuk ada 2 sebab. pertama dia percaya kepada kita. sebab ke2 mereka masuk kerana percaya kepada peluang yang kita kongsi dengan mereka. anda pun boleh bezakan antara kedua-duanya.

catatan ini nak ulas pasal target bulan mei. berapa kita nak closing, berapa orang kita mesti jumpa. ini amat penting. kena buat segera. ada sehari lagi nak buat target. sebelum tidur malam ini buat target. kalau tak tahu nak buat, kalau takut-takut nak buat, bincang dengan upline. tahulah dia apa nak buat. target mesti besar, jangan pulak nak 10 je. itu terlalu kecil dan tak sesuai dengan orang sehebat anda. kalau boleh biar terkejut orang dengar. 20 ke, 30 ke, 40 atau 50 sekali pun. ini semua tak mustahil. pecahkan kepada minggu pulak. lepas tu pecah lagi kepada harian pulak. hari-hari kena tahu/baca/sedar hari ini aku mesti jumpa berapa orang. jangan main-main. kalau dok main-main tak kaya anda. tak senang anda. tak selesa anda. lepas je seminar 1/mei terus bekerja. bulan mei pasti meletup, bikin terkejut hai-o dan group lain. mesti ada target. mesti ada target, mesti ada target. tulis dengan terang dan sentiasa bawa bersama. sebelum demo baca, selepas demo baca, tunggu demo baca. berulang kali baca ianya akan masuk kedalam minda bawah sedar. dah masuk, kualiti kerja dah lain. semangat gila akan datang. kena tambah kerja kalau mahu dapat lebih lagi.

group lain masih tak boleh terima perubahan. kata mereka perubahan ini membawa ke arah kemusnahan mereka. tercari-cari solusi terbaik. tapi kita dah dapat sebab kita terima perubahan dari sudut positif. perubahan membawa angin baru. meniaga nak besar, mesti berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger