Jom Follow

Khamis, 22 April 2010

hj bakhil

orang kaya selalu dikaitkan dengan orang kedekut atau bakhil. nama hj bakhil amat popular, seorang watak dalam filem labu-labi arahan tan sri p.ramlee. kesannya sungguh luar biasa. sampai sekarang pun orang kaya dikaitkan dengan bakhil. selain itu juga orang kaya dimomok sebagai orang tamak haloba, suka menindas orang, hidup berpoya-poya, tak ingat mati, mata duitan, porak peranda rumahtangga, kahwin 2,3, keluarganya yang bergaduh berebut harta, tak solat, tak boleh mengaji, drama dan filem sering menonjol orang kaya berwatak sedemikian. jarang kita dapat lihat watak orang kaya yang berbudi, suka sedeqah,buat kebajikan.
kita juga merasa kesannya. buat meniaga ini orang dah kata harta tak boleh bawa mati dan bermacam-macam lagi sindiran yang kita terima. bila selalu diasak begitu, kadang-kadang terdetik, betul juga apa yang mereka kata. orang melayu boleh diumpamakan 'kaya segan, miskin tak mahu'. jangan layan orang yang tak nak. kita buat kerja kita je. cabaran hidup semakin mencabar, perbelanjaan semakin bertambah, jangan malu untuk bekerja lebih rajin dan lebih lama dari orang lain. biar kita kaya dan ramai orang yang boleh dibantu. kaya tapi bukan untuk berpoya-poya. bukan seperti yang ditonjolkan oleh drama melayu yang sememangnya layu. orang kaya dikaitkan dengan negatif. orang ada duit dikaitkan dengan menipu. kita buat ini dengan jujur untuk berubah. nak tahu lebih lanjut baca metro hari ini. tulisan tan sri muhammad ali.
jumpa anda dipuncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger