Jom Follow

Rabu, 21 April 2010

peluang

baru sampai rumah dari meeting mingguan. sebelum tu kami ke Melaka. Jumpa dengan prospek. Dah jumpa tapi kali ini jumpa pulak dengan prospeknya. Terus bawa BA dan produk DNI. Senang nak urus, bila barang dapat, duit pun dapat. itulah cara paling bagus meniaga. punch kat stokis dan barang perlu ambil terus. kalau tidak banyak masalah akan timbul kemudian hari. terus boleh pakai. cepat dapat testimoni produk. rakan kongsi baru tu seorang pendidik dan sedang sambung belajar. semasa jumpa dengan dia dulu, dia dah ada beberapa alasan yang mana dia dah memang tak boleh buat meniaga ini. sedang belajar, tak ada kawan, banyak tugasan sekolah, layan anak-anak. tapi bila diberitahu ada modal murah, terus setuju dan alasan tadi dah hilang. kita perlu bagi yang mudah-mudah dan prospek mampu buat. orang yang kata sibuk dan orang yang sama kata boleh buat. dari tak ada kawan terus ada kawan. sibuk layan anak, seolah-olah dah tak ada anak. kenapa? semangat dah ada, semua jadi mudah. jadi yang penting adalah semangat untuk berjaya.
hari ini dah tunjuk prospek. terus berminat, mudah nak buat. minggu depan akan ke sana lagi. seronok bila ada orang yang bersemangat. kita jadi lebih bersemangat lagi. bila semangat datang, tak ada lagi halangan yang ada ialah peluang, peluang, peluang untuk buat duit.
sebelum ke Melaka, kami settle dulu pasal kereta hilang. dah 4 bulan baru nak urus claim. tak apa janji dapat.
meeting malam ini seperti biasa. ramai prospek baru. ramai tunggu sampai habis. fenomena kedatangan ramai prospek baru dah berlarutan 3 tahun. ini tandanya ramai yang nak tambah pendapatan. tambah pendapatan, tambah selesa hidup. tak ada orang yang tak nak senang. tapi bab kena buat kerja tambahan ramai yang tak sanggup. alasan pun datang. akibatnya kehidupan akan tetap ditakat lama. bila ramai prospek datang, kami juga ada tekanan. bagaimana nak jayakan semua yang datang. besar tanggungjawabnya. kami dah buat yang terbaik dan setakat ini terbukti berkesan sistem pendidikan kami. dah ramai berjaya dalam masa singkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger