Jom Follow

Sabtu, 17 April 2010

buat lebih dapat lebih

salam.
baru balik dari Alamanda. lepas keluar dengan anak-anak. anak pun ada 2 je. sepasang. lelaki umurnya 11 tahun, Aiman. sekolah seri abim bangi, darjah 5. perempuan 6 tahun, namanya Amerah. tadika kat taman bukit kinrara. pagi-pagi lagi dah bawa mereka keluar. dah beberapa tinggalkan mereka. sampai semalam pun terus angkat mereka tidur kat bilik. si abang dah sedih, kami tak ada kat rumah masa dia balik asrama. sebenarnya aiman tu tinggal kat asrama tahfiz kat surau fasa 4 tambahan. anak buah yang pi ambil semalam. kami sampai dari kelantan jam 3 am. keluar dari siam dah lewat. singgah dulu rumah cdm muhammad razali kat kemahang , blok 13. kalau tak salah. ziarah maknya yang operation baru-baru ini.
sembang pasal meniaga sikit. alang-alang jumpa. tambahan pulak cdm abg ali pun ada. nak dapat lebih mesti usaha lebih. nak lebih pada biasa, kena usaha lebih rajin dari biasa. buat biasa-biasa, hasil pun biasa-biasa. kita juga kena terima perubahan ini dengan lebih positif. apa yang terjadi, setiap kali perubahan nak dibuat ramai yang tak setuju. kali ini kita kena setuju dan terus buat apa yang kita persetujui bersama. semua cdm, ddm,dsm,ssm dan sm pun dah setuju dan apa yang paling penting adalah tindakan. tanpa tindakan , kita tak akan dapat hasilnya. perhatikan kaum cina, mereka boleh bekerja dalam jangka masa yang lama. buka kedai awal pagi dan tutup lewat malam. bekerja hampir sepanjang tahun. jangan dengki dengan mereka. tak ramai dari kalangan kita boleh bekerja dalam masa yang lama dan sepanjang tahun. kalau kita kurang berjaya dari mereka pun ada logiknya. mereka lebih kaya dari kita ada sebabnya. mereka boleh beli rumah lebih besar dan lebih mahal, tempat strategik, kerana mempunyai kesanggupan untuk bekerja lebuh rajin, lebih lama dan mempunyai jaringan antara mereka. ingat no story, numbers only. ingat ini dan kita mesti ubah mindset kalau mahu lebih berjaya dimasa-masa akan datang.
kami pun terpikir juga. asyik tinggal anak. tapi kalau tak tinggalkan mereka mana mungkin kami boleh berada pada tahap ini. kita bekerja pun untuk mereka. pendidikan, insurans kesihatan untuk mereka. duit banyak untuk keselesaan hidup kita sekeluarga. tengoklah kaum mana yang lebih berjaya kat malaysia. tak siapa boleh nafikan orang cina lebih berjaya. pendidikan dan ekonomi. pelajar terbaik spm, stpm siapa mereka. syrikat besar, sederhana dan kecil siapa empunya. jawablah dengan sejujurnya. kena mereka dapat. jawabnya mudah mereka kerja lebih tekun dari kita.
peluang kita buat duit dengan hai-o. gunalah sebaik-baiknya. kita kumpul kekayaan dan beri kesejahteraan dan kita boleh wariskan kepada generasi seterusnya. lihatlah syarikat besar sekarang ni rata-rata generasi ke2 dan ke3. perniagaan mereka semakin berkembang dan terus berkembang. kita baru nak mula. tak apa cuma kita jangan berhenti buat. kita bina sikit sikit dan kita pun akan jadi juga seperti mereka. kumpul duit,aset dan bina kekayaan bersama hai-o. dalam kehidupan ini tak ada yang mustahil. ingat kita bisa mengalih gunung sekali pun kalau kita buat bersungguh-sungguh, walaupun kita seorang diri dan mengambil masa yang lama. sikap ini yang mesti ada dalam rakan taipan semua. kami amat yakin dengan anda. orang sehebat anda tak mungkin gagal. buat, buat, buat dan buat sampai berajaya.
semasa di alamanda sempat beli beberapa buku dan majalah. sebagai santapan minda, makanan minda juga mesti kita beri. setiap hari. kalau tak beri alamak susah nak maju dalam MLM. MLM adalah satu industri. bukan main-main tau. tanpa ilmu kita pasti ketinggalan. antara buku dibeli;1)The Choice- Dialog Islam & Islam- Terjemahan bahasa melayu, Ahmed Deedat. 2)Di Sebalik Tabir You Tube-Yudhi H. 3) Eksekutif Smart, Bekerja dengan lebih efektif. 4)Ceritalah 3 Impian Malaysia yang tertunda, Karim Raslan. 5) Dato' Dusuki Ahmad- Dari Pondok Ke Parlimen. 5) majalah- Managment.
SAMA-SAMA BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG TERBAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger