Jom Follow

Isnin, 26 April 2010

SENIN YANG DINANTI-NANTIKAN

SALAM DAN SALAM 1MALAYSIA. SEMUANYA AKAN SIHAT SEJAHTERA DAN PALING PENTING GHAIRAH UNTUK MENEMPUHI HARI ISNIN. DIKALA RAMAI ORANG STRESS BERTEMU HARI ISNIN, AL-MAKLUMLAH DAH 2 HARI REHAT. RASA MALAS NAK MENGADAP MUKA BOS. KITA SEMEMANGNYA MENANTI-NANTI HARI INI. NAK KEJAR TARGET. DAH MASUK MINGGU AKHIR BULAN APRIL. TINGGAL SEMINGGU LAGI. YANG DAH CAPAI SYUKUR. ADA MASA TAMBAH LAGI PROSPEK. KALAU BELUM, PULUN BETUL-BETUL MINGGU NI. KEJOR YOB KEJOR. GOMO KELATE GOMO. PETEH TEGANU PETEH, MENGAUMLAH HARIMAU KUMBANG. SENGAT TEBUAN SENGAT, MENGGANASLAH SINGA UTARA,KELUARKAN NAGA DALAM DIRI MASING-MASING.

TARGET DAH CAPAI KE BELUM? MUHASABAH DAN PERBETULKAN APA-APA YANG PERLU DIPERBAIKI. BERAPA RAMAI PROSPEK YANG DAH JUMPA MINGGU LEPAS. KALAU TARGET 3 ORANG SEHARI, SEMINGGU KENA JUMPA 21 PROSPEK. DARI 21 ORANG BERAPA YANG DAH BUAT CLOSING, BERAPA DAH PUNCH DAN BERAPA LAGI YANG PERLU FOLLOW UP LAGI. ITU KALAU KITA TARGET NAK JUMPA 3 SEHARI, JUMLAH TU SESUAI UNTUK BUAT PART TIME JE, KALAU YANG BUAT FULL TIME MESTILAH KENA LEBIH LAGI. DOK GITU!!!!.TAPI KALAU YANG BUAT FULL TIME, JUMPA PROSPEK KURANG DARI ITU, MASALAH BESAR. BERUBAHLAH. BUATLAH TRANSFORMASI. MASA TAK MENUNGGU KITA. USAHLAH BERTANGGUH.

STARTEGI SEKARANG NI LAGI MUDAH HILANG FOKUS. HILANG FOKUS HILANG MENIAGA. SELAIN TARGET MINGGUAN, TARGET HARIAN PENTING. DISIPLIN ADALAH TONGGAK KEJAYAAN. BILA DAH BUAT TARGET, BEKERJALAH MENUJU TARGET TERSEBUT. JANGAN MELENCONG KETEMPAT LAIN. BOS DALAM MENIAGA INI IALAH TARGET. DISIPLIN PALING. MENIAGA INI ADALAH PILIHAN KITA. NAK BUAT BETUL-BETUL ATAU NAK BUAT MAIN-MAIN. DIRI KITA YANG TENTUKAN. DIRI KITA YANG PILIH. BUKAN ORANG LAIN YANG PAKSA.

BAGI YANG MASIH KERJA, MASA REHAT PUN BOLEH JUMPA PROSPEK. KALAU TAK SEMPAT, LEPAS KERJA KITA PULUN. ATAU BALIK REHAT, MALAM KITA JUMPA PROSPEK. KALAU TAK PUN HARI MINGGU KITA PULUN. PULUN DARI PAGI SAMPAI MALAM PUN TAK APA. PENDEK KATA SIAPA PUN KITA, SIBUK MANA PUN KITA, KITA MASIH BOLEH BUAT MLM. ADJUSTLAH MASA. SEMUA DAPAT MASA YANG SAMA. TAK ADA YANG DAPAT LEBIH. GUNALAH MASA SEBAIK-BAIKNYA. PALING PENTING DIRI YANG MAHU, DIRI YANG NAK.

KENA 'GILA' BARU BOLEH BERJAYA. GILA JUMPA PROSPEK. GILA G KELAS. GILA TAMBAH SENARAI NAMA. GILA DUIT. GILA SEMINAR. KITA BOLEH LIHAT ORANG GILA. SAMPAI KITA PUN TAK BOLEH LAWAN. ADA SEORANG LEADER, BOLEH KELUAR 7.00AM, BALIK 3.00AM DAN ESOKNYA BOLEH LAGI KELUAR JAM 7.00AM. TAK PELIK KALAU BOLEH BELI RUMAH CECAH RM 4 JUTA HANYA DENGAN BUAT MLM. RENUN-RENUNGLAH SEKUAT MANA KITA KERJA. SERAJIN MANA KITA BUAT. CATATAN INI SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK SEMUA. TAK ADA NIAT NAK MENGAJAR. SAYA PUN MASIH BANYAK PERLU BUAT KALAU MAHU DAPAT LEBIH. MASIH BANYAK LAGI RUANG-RUANG PERLU DITAMPAL KALAU MAHU CIPTA LEBIH BANYAK KEJAYAAN. KALAU NAK LAHIRKAN LEBIH RAMAI CDM, LEBIH RAMAI JUTAWAN, LEBIH RAMAI YANG MAMPU MEMILIKI BUNGLOW MEWAH, LEBIH RAMAI G MELANCONG, LEBIH RAMAI ANAK YATIM YANG DIBANTU, LEBIH RAMAI IBU-IBU TUNGGAL YANG DIBANTU. KEHIDUPAN KITA ADALAH SINGKAT, BUATLAH SESUATU YANG BOLEH KITA TINGGAL PADA PEWARIS DAN MEREKA AKAN SENANG SEUMUR HIDUP.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAM DARI CDM KAMARUDIN MAMAT. HAMBA YANG SELALU LUPA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable