Jom Follow

Selasa, 27 April 2010

CAKAP-CAKAP BIASA KITA DENGAR.

PERNAH KITA DENGAR KATA-KATA SEPERTI INI.
' KALAU FREE DATANG KELAS.'.
KATA-KATA INI TAK BOLEH DIUCAPKAN PADA RAKAN KONGSI. SEPATUTNYA

' KALAU NAK BERJAYA MESTI DATANG KELAS'.
DUNIA SEKARANG NI, KITA KENA BERTERUS TERANG. BUKAN LAGI SEMBUNYI-SEMBUNYI. NAK JAGA HATI KONON.

' G DEMO LAGI PENTING BAGI AKU, DARI G KELAS'. INI PUN TAK BETUL.
KERJA PALING PENTING MLM IALAH DEMO TAPI JANGAN LUPA MAJLIS ILMU JUGA PENTING. TANPA ILMU MENIAGA SUSAH NAK KEMBANG, SEMANGAT CEPAT LAYU. KELAS-KELAS MAJLIS ILMU DAN TEMPAT ORANG -ORANG POSITIF BERKUMPUL. PERHATIAKAN CAKAP-CAKAP MEREKA. SEMUANYA MENJURUS KEPADA SEMANGAT, KERJA KUAT, KESABARAN, KETEKUNAN, KEBERANIAN, INSPIRASI. KALAU KAT LUAR KITA BANYAK DENGAR ORANG DOK CAKAP PASAL, TAKUT, KEMISKINAN, HUTANG, DAN BIL-BIL BERLAMBAK. BANYAK LAGI KATA-KATA NEGATIF. KADANG-KADANG KITA DENGAR PUN TAKUT.

' KAT KELAS ORANG CAKAP BENDA SAMA JE.'- BETUL KE BEGITU. INILAH PEMIKIRAN NEGATIF. SAYA DULU PUN PERNAH CAKAP MACAM TU. MENIAGA MASA TU TAK BESAR. CUKUP MAKAN JE. RAKAN KONGSI PUN TAK DATANG. IKUT CAKAP KITA. GROUP TAK KEMBANG, VOLUME KECIL DAN BONUS PUN SIKIT. RAKAN KONGSI AKAN BUAT APA YANG KITA BUAT. BUKAN APA YANG KITA CAKAP. DATANG DAN KUTIP ILMU SABANYAK MUNGKIN. AJAK SEKALI RAKAN KONGSI. BARU GROUP AKAN BERKEMBANG, TABUNG KETA LEPAS DAN BONUS WAWASAN LEPAS.

'BUAT APA DATANG KELAS RAKAN KONGSI SEORANG PUN TAK DATANG, UPLINE PUN TAK DATANG.'
MENIAGA KITA, KENAPA PERLU DLINE DATANG KELAS BARU KITA NAK DATANG KELAS. INI MENIAGA KITA. SEPATUTNYA KITA DATANG KELAS WALAUPUN TAK SEORANG PUN DLINE KITA DATANG. UPLINE TAK DATANG AKU MESTI DATANG. INI MENIAGA AKU. BUKAN MENIAGA UPLINE. SEPATUTNYA KITALAH YANG BAWA RAKAN KONGSI. JANGAN HARAP PADA ORANG LAIN.

'DAH BANYAK SANGAT SEMINAR, KELAS, BILA NAK BERNIAGA.' INI PUN SILAP SENDIRI. MENIAGA BILA-BILA PUN BOLEH. SEMINAR, KELAS NAK BAGI ILMU, NAK LAJU MENIAGA. SEBAGAI CONTOH. KIPAS KITA PUSING PAKAI TANGAN, BOLEH JALAN TAPI TAK LAMA DAN TAK SEJUK PUN. TAPI KALAU KITA GUNA ELEKTRIK, BERPUDING LAJU DAN KESAN SEJUK TERASA. ITU BERBEZANYA MENIAGA DENGAN ILMU DENGAN MENIAGA TANPA ILMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable