Jom Follow

Khamis, 15 April 2010

Kelas KB

Baru habis kelas pengukuhan Taipan 181 di KB. kelas bermula selepas solat isyak. hari ini taipan 181 KB, seperti biasa mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat. majlis dimulakan dengan solat maghrib, bacaan yaasin, solat hajat, solat isyak, kudapan dan kelas bermula. Ini kebiasaan mereka buat, sebulan sekali. cukup cantik dan telah berjalan hampir satahun. buat usaha dan doa juga dilakukan berterusan. kejar dunia tanpa melupakan kehidupan selepas mati. hidup di sana tak akan kesudahan.
sambutan menggalakkan dan dah tak berapa nak muat ttc kb. orang semakin ramai walaupun kelas sebelah malam. hampir 100 orang yang hadir. dulu kat kelantan susah nak kumpul orang seramai itu. orang dari jeli, tumpat, machang, tanah merah, pasir putih, bachok, jertih, rantau panjang, pasir putih, perlis pun ada, mereka dah mula yakin dan percaya ilmu amat perlu kalau mahu berniaga lama. bukan setakat lama tapi boleh jana pendapatan yang berganda-ganda. kelas di KB dah berjalan lebih 2 tahun, sambutan tak pernah berkurang malah sentiasa bertambah. kelas di tanah merah pun dah dimulakan lebih setahun lalu. penuh, penuh, penuh. tak siapa sangkan taipan menjadi sepopular dan sehebat ini di kelantan bumi serambi mekah. masa saya sampai tadi hanya beberapa kerat je rakang taipan yang aku biasa lihat. ramai orang baru dan saya dapat rasa semangat, keberanian mereka tak akan padam selagi belum berjaya dan menggengam pendapatan puluhan ribu sebulan. tak ada yang mustahil kalau kita buat usaha tanpa henti dengan bantuan dari group sehebat taipan 181.
kelas kali ini membincangkan gerakkerja selepas taipan membuat transformasi baru. perubahan mesti dilakukan untuk menjadi lebih kompetitif. tak bolah dok takat lama. leader dah selesa, oleh itu perubahan kali bangkit semula yang sedang tidur dan tambah laju yang sedang bergerak. setakat ini sambutan amat positis dan sales taipan tak akan alami kejatuhan mendadak. malah mungkin akan bertambah lagi. kita tunggu closing bulan ini. pengedar kena sentiasa bekerja, mesti setiap hari. mesti jumpa dengan 3 prospek. kalau lebih lagi baik. closing mesti cecah 20 TT sebulan. prospek kita semakin meluas. dengan modal yang minimum mampu menjana pendapatan berlipat ganda. ingat bukan skim cepat kaya. mesti kena usaha baru boleh jadi. duduk saja memang tak berjaya. jangan salahkan sesiapa kalau kita tak menjadi.
senarai nama mesti ada dan mesti bertambah. baru tak mati kutu.kalau tak tak tahu kemana nak pergi, siapa yang nak jumpa pun tak ada. senarai nama adalah aset berharga bagi sesiapa saja yang menceburi MLM. carta organisasi amat penting kalau mahu berjaya. selain cdm kartini yang bagi tips. cdm muhammad razali pun bagi sedikit tips, bagaimana nak buat closing yang sedang dia lakukan diutara. cdm abang ali, cdm siti rohani pun ada. cdm kelantan amat cemerlang kerjanya. tahniah buat mereka. usaha tangga kejayaan. jangan malu nak buka mulut, kalau terjumpa denganstranger. SENYUM, SAPA, SALAM. itulah rahsia untuk tambah senarai nama dan senarai prospek. kalau itu kita boleh lakukan maka meniaga kita akan jadi sepanjang hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger